Bab 19

5.8K 48 3
                                    

POV Razak

Aku memberhentikan kereta ku depan rumah kakak ku, Rahmah dan enjin kereta ku matikan sambil aku duduk seketika dalam kereta. termenugkan nasib ku, merindui Nora yang dah taknak ada apa - apa hubungan dengan ku.

Kak Ngah memanggil aku ke rumahnya untuk membincangkan tentang sesuatu.

" Assalamualaikum, kak Ngah!!! " , aku beteriak sambil menekan bell rumah nya.

" Waalaikumsalam,  Ya Allah Jak! engkau ni! Macam tak biasa aje ya, tepekik bagi salam. Masuk lah ", balas kak Ngah ku yang kadangnya suka ku buli.

Kak ngah sambung, " meh sini! duduk ni akak dah tuangkan teh, atau Jak nak air kopi? Kalau tak akak buatkan".

" Eh tak perlu kak, teh kosong dah bagus ni ", aku balas.

"Jadinya kenapa lah kakak ku yang cantik ni memanggil aku ke sini", sambung ku.

" Ni akak nak tanya, Jak ni dah bersedia kah nak memperisterikan Saadah? ", kak Ngah bertnya.

Aku yang sedikit terkedu dengan soalan itu, sepertinya kakak ku tahu aku tidak mencintai Saadah, namun ku balas, " boleh lah kak ".

" Eh Jak, apa boleh lah, takde istilah boleh lah nak hidup semati hingga ke akhir hayat ", kaka ku membalas sambil tersengih, lalu dia menyambung, " kalau Jak tak setuju disatukan dengan Saadah kenapa Jak tak bagitahu je, dan masih ada masa kalau engkau nak cancel pertunangan ni Jak".

" Malas lah nak fikir kak, benda dah nak jadi apa nak batalkan ", aku balas.

" Sebenarnya akak bingung la dengan sikap engkau ni Jak, akak tau kau masih sayang kat Nora kan? ", kenyataan yang aku tidak sangka keluar dari mulut kakak ku.

Sejurus aku mendengar pekataan itu keluar dari mulut kakak ku, aku tersedak air teh yang ku hirup dengan sedikit mengelabah sambil ku membalas, " eh mana akak tahu tentang Jak dan Nora? ".

" Akak ni bukan nya buta Jak, sejak engkau di pasang kan untuk susun kerusi kat dewan dengan Nora, engkau berubah 180. Lebih baik, lebih ceria, lebih bergaul. Dan engkau fikir akak tak tau ke Jak sering keluar dengan Nora pergi bandar", lagi sekali kakak ku mengejutkan aku dengan mukanya yang tersengih.

Kakak ku menyambung, " Masa engkau terima pinangan Saadah tu, akak terkejut sangat yang akak fikir Jak ni memang naif, tak tahu apa- apa atau memang bodoh. Kenapalah Jak tak bagitahu ,pertahan dan pilih Nora, ni Jak okay kan je cadangan keluarga Saadah".

" Eh apa pulak akak ni, tak baik tau perli Jak begitu ", aku merasakan sedikit sedih dan menyesal akan keputusan ku.

" Bukan apa Jak, Jak tahu, Nora tu akak nampak berusaha sangat nak menangkan hati Jak. Jak fikir, makanan yang akak bagi setiap hari tu sebelum Jak dengan Nora sama sama ,bukan akak masak, itu Nora yang masak. Alasannya dia cakap, sebab Jak tinggal seorang",  ini adalah perkara yang aku sendiri baru tahu.

Akak ku sambung lagi, " Tu tanah tempat kau berkebun ,memang tu tanah Almarhum Ayah, namun banyak syarikat cuba tuntut sebabnya hilang geran tanah takde dokumentsi. Jak tahu siapa uruskan tu? Nora, dia minta tolong dengan kenalan dia uruskan segala hal tuntutan. Takkan 2 tahun pun Jak tak boleh tunggu Nora tu".

Setelah mendengar semua itu keluar dari mulut kakak ku, aku merasakan sepertinya dunia ku hancur atas keputusan salah yang telah aku buat. Aku telah melepaskan seorang perempuan yang sanggup bersusah payah dengan aku.

" Jak fikirkan lah betul- betul, Nora tu baik, rendah diri, mudah bergaul dengan orang kampung. Tapi kalau Jak nak jugak Saadah, itu terpulang lah kepada Jak membuat keputusan. Kau tu bukannya muda lagi, kahwin lah dengan seseorang yang Jak rasa sesuai untuk Jak. Akak nak ada orang jaga adik bungsu akak ni kalau akak takde nanti" , akak ku sekali lagi membuat aku merasa bersalah.

Setelah aku kembali balik ke rumah ku, duduk aku dalam kereta seketika , memerhatikan rumah kosong yang telah di tinggalkan Nora. Dengan seribu sesalan, aku merasakan aku lah orang yang paling bodoh di dunia ni kerana melepaskan cinta hati ku.

**************************************************

Berberapa bulan telah berlalu, aku membatalkan semua acara perkahwinan ku yang telah dirancang bersama Saadah, kerana aku mengetahui yang Saadah hanya mahu menjadi isteriku kerana dia menyangkakan aku boleh dipermainkan untuk menjadi "pak sanggup" untuk bayi dalam kandungannya.

Setelah itu aku ada cuba untuk menghubungi Nora, melalui WhatsApp tapi aku membatalkan niat ku kerana aku malu atas segala perbuatan ku kepadanya. Namun satu hari, aku ternampak akaun IG Nora dan aku cepat-cepat meng follow nya.

Aku memberanikan diri, untuk DM, Nora. Dia hanya membalas DM ku keesokkan harinya dan sepertinya setiap kali aku ingin memulakan perbualan dia sering mengelak dari menjawab panjang atau tidak membalas sama sekali.

Mungkin dia sudah berubah hati.

Jiran Ku Terlajak Bujang [ Complete ]Where stories live. Discover now