Bab 17

6.5K 45 3
                                    

Aku terkejut dengan adanya abang Razak berdiri sepertinya menunggu ku di luar rumahnya.

Dia memberikan signal untuk menjawab panggilannya telefonnya.

Aku menjawab sambil berjalan ke kereta ku, "Assalamualaikum".

" Waalaikumsalam Nora, Nora ada masa spare untuk abang, abang nak cakap something , kita boleh pergi ke kebun abang? " abang Razak bercakap.

Aku merasa ragu dan tak tentu rasa, "Hmmmm".

" Kalau Nora taknak, abang tak paksa ", dia mencelah.

"Okay jumpa kat kebun abang" , dia pergi dulu, dan aku mengekorinya.

Aku masuk ke dalam kereta abang Razak

" Nora sihat? ", dia memecah suasana diam.

" haa, Alhamdulilah syukur sihat ", aku membalas.

" sepertinya Nora mungkin sudah tahu yang abang akan melangsungkan pertunangan awal bulan depan ni, dan abang ada bagitahu mak su Nora untuk jemput Nora ", dia berkata.

" haa, terima kasih kerana jemput Nora ", kata ku dengan nada sarkastik.

Kenapa ni Nora? Nora marah ke dengan abang? Seperti tak sudi je. Kalau Nora taknak jumpa abang atau pergi ke acara abang , abang tak paksa Nora ", dia berkata dengan suara yang sayu.

" Tak laaa, Nora berterima kasih sangat-sangat dah kena jemput ke acara pertunangan ex-boyfriend Nora, kalau Nora ada masa Nora pergi, kalau tak Nora ucapkan tahniah awal ni je eh", dengan tona ku yang menyindir.

" Abang tak tau apa masalah Nora, sekurang-kurangnya abang masih ada hati dan perasaan nak bagitahu dan jemput Nora, tapi Nora tak bagitahu abang pun Nora relocated to ibu pejabat Nora for good. Sampai hati Nora, at least bagitahu la abang ", abang Razak berkata dengan tone yg lebih tinggi.

" Perasaan? Perasaan apa ni? Kalau Nora bagitahu abang pun, nothing is gonna change and yet kita dah takde apa-apa hubungan lagi. Lagipun buat apa Nora nak tehegeh-tehegeh kat bakal tunang orang, nanti kena ucap pulak Nora ni orang ketiga dalam hubungan abang dengan Saadah. On the same time abang tak perlu lah nak rub semua kat muka Nora yang abang bahagia, Nora tahu la abang nak bertunang!", aku menegaskan semua kebenaran.

" Nora ni tak faham situasi abang macam mana masa abang hendak membuat keputusan tu. Lagipun abang selalu ajak Nora kahwin dengan abang sebab abang nampak masa depan abang dengan Nora, tapi Nora tak ambil peduli. Abang pernah tanya Nora kan kalau Nora boleh apply kat mana mana universiti tempatan, kalau PJJ pun tak lah jauh sangat, tapi Nora nak jugak pergi ke Amerika. Ni pindah HQ pun Nora tak bagitahu abang", belum sempat abang Razak bercakap aku terus bercakap dan memotong perkataannya.

Aku yang pada ketika ni memang aku dah tak boleh tahan marah ku kepada Abang Razak, dari perkataan yang keluar dari mulutnya seolah-olah aku lah punca dari perpisahan kami ini, " jadinya semua ni salah Nora lah?! Eh abang, sebenarnya Nora takde masalah nak kahwin dengan abang, cumanya kenapa abang nak sangat Nora apply kat local universiti sedangkan Nora ada peluang dan layak untuk pergi belajar jauh. Kalau abang taknak ikut Nora, boleh pakai FaceTime segala banyak lagi pasangan yang berjaya PJJ, abang je nak ikut idea kuno abang tu!.

" Abang pernah fikir ke tak tentang keputusan abang? sakit hati dan kecewa ke Nora kalau aku buat keputusan ni? tup tup abang nak kahwin dengan Saadah. Disebabkan abang adalah lelaki pertama yang Nora cintai, and I even let you take my virginity, itu adalah buktinya Nora nak hidup bersama abang, tapi hancur begitu saja. Sakit and kecewa Nora, abang. Dua tahun je Nora minta abang tunggu tapi abang dah buat keputusan untuk kahwin dengan Saadah dan buang Nora begitu saja. Abang ni sebenarnya nak jaga perasaan dan hati abang sendiri, and tindakan abang tu mementingkan diri sendiri! ", aku sambung lagi.

Jiran Ku Terlajak Bujang [ Complete ]Where stories live. Discover now