Bab 33

4.3K 51 6
                                    

Pagi tu aku turun dan sarapan sudah tersedia di atas meja, sambil Abang Razak berkata, " selamat pagi sayang".

Aku terus memeluk suami ku dari belakang, mencium pangkal leher, dan berkata " pagi abang, abang extra handsome la hari ni, abang sibuk ke tak today? Nora reserved a place kat bistro yang kita selalu pergi, sebabnya Nora nak gi date dengan abang tonight. Okay ke tak? "

Abang Razak yang memusingkan badannya, " okay je, ada anything special ke today sayang?".

" Itu abang kena figure out sendiri ", aku balas.

Sambung ku sambil mengenitkan mata dan memicit pipi punggung suami ku,  "Jangan lupa pukul 8 later ".

**************************************

Malam yang ku tunggu-tunggu telah tiba, aku sampai ke Seraya Mall lebih awal dari pukul 8. Sejurus aku sampai di bistro itu, pelayan pun menghampiri meja yang telah ku tempah dan menyerahkan buku menu kepada ku.

" okay saya akan order later ye, terima kasih ", kata ku kepada pelayan.

Jam menunjukkan pukul 8.45, aku sudah menunggu Razak hampir satu jam, dan pelayan dah balik-balik berulang alik ke meja ku. Aku hendak meneleponnya, namun aku terlihat status story Dol yang dia, Razak dan lain-lain nya bergambar ramai bermain badminton.

Aku pun memanggil pelayan, dan aku mengorder wagyu steak, medium rare, lemon cake dan ice lemon tea.

Seusai pesanan ku sampai, aku memakannya dengan rasa marah dan aku pun ada rasa terkilan akan perbuatan Razak kepada ku.

Sepanjang perjalanan balik ke rumah aku menangis teresak-esak. Bukan saja aku merasakan tidak dihargai kerana lelaki kesayangan ku lupa akan hari jadi ku, aku amat kecewa date night yang sepatutnya kami sering buat pun sudah kurang.

Sangkaan ku memang meleset, mungkin memang betul Razak sudah tidak mencintai ku dan dia hidup bersama ku ada satu kebiasaan dan rutin baginya.

**************************************

POV Razak

Jam dah menunjukkan 9.30 malam, anak buah ku Aziz pun mendekati ku untuk menyapa ku.

" Assalamualaikum Pak Su, eh kenapa Pak Su kat sini eh? Jangan kata paksu nak pergi warehouse kerja sampai lewat selepas ni sebabnya Aziz fikir pak su ada date nak celebrate birthday mak su kat Seraya Mall", aku yang tergamam , darah ku berderau dan badan ku sejuk mendengar tentang perkara itu keluar dari mulut anak buah ku Aziz.

Aku yang keluar dari dewan itu dengan cepat-cepat memandu kereta ku balik ke rumah, sampai ku di simpang rumah ku. Terlihat kereta Nora sudah di garaj dan aku merasakan tidak sedap hati dan amat bersalah dengan kelalaian ku.

Sejurus aku masuk kedalam rumah, lampu sudah di tutup, sepertinya Nora sudah tidur, aku pun naik ke atas menuju bilik ku berharap Nora belum tidur, namun sangkaan ku meleset.

Aku yang pergi ke sebelah tempat Nora, melutut sambil berbisik, menghampiri muka ku " Nora sayang, sayang dah tidur ke? ".

Soalan ku tidak di jawab Nora menandakan dia sepertinya sudah tidur, atau dia berpura-pura tidur. Namun aku biarkan saja dahulu, dan akan ku tunggu esok untuk berbincang sebaiknya dengan Nora.

Malam ni aku tidak dapat tidur nyenyak kerana banyak perkara yang aku fikir, bagaimana aku hendak make it up pada Nora atas segala kebodohan dan kesalahan ku.

Keesokkan harinya, aku terbangun dari lena, dan jam menunjukkan pukul 6 pagi dan ku sedari Nora sudah tidak ada tidur disamping ku. Aku yang bergegas berlari anak ke bawah untuk mencari Nora, aku mencarinya diseluruh pelusuk rumah pun dia tidak ada.

Jiran Ku Terlajak Bujang [ Complete ]Where stories live. Discover now