Bab 28

4.8K 58 5
                                    

Sudah hampir 6 bulan setengah aku dan Razak menjalani hidup suami isteri, namun aku belum lagi disentuhnya, mungkin di takut kut.

Seperti kebiasaannya Razak menyediakan sarapan dan terus berkata " pagi sayang, sayang nak abang hantar sayang pergi kerja?"

" Takpe awak, Nora boleh drive sendiri " sambil aku makan bubur ayam yang telah Razak sediakan.

Sedang Razak berdiri untuk mengambil cawan kosong, dia memegang dadanya dan terus rebah ke lantai.

Bedebuk!

Aku terkejut melihat Razak jatuh tersungkur, lalu aku pun terus berlari menuju ke arah dimana Razak sedang terbaring sambil berkata," Ya Allah, awak kenapa ni?!"

Aku melutut, memeriksa nadinya, namun aku tidak megesan degupan nadinya, lalu aku hampirkan muka ku ke mukanya, Razak pun tidak bernafas, dan aku periksa degupan jantungnya dengan mendakapi telinga ku di dadanya. Disaat itu aku tahu Razak telah mengalami cardiac arrest.

Aku cuba bertenang, menelepon 999 dan aku berlari mengambil AED yang terletak disebelah First Aid kit, sebabnya aku perlu buat CPR kat Razak supaya darahnya tetap mengalir ke seluruh badannya.

Selepas berberapa minit aku membuat press chest compression datang lah ambulance menggantikan aku memberikan penolongan pernafasan kepada Razak. Di saat ini aku tidak dapat membuat apa-apa lagi melainkan berdoa dan tidak pernah aku berdoa dengan bersungguh- sungguh sehingga airmata ku mengalir.

Pernafasan Razak sudah stable, dan dia pun diusung masuk kedalam ambulance, lalu seorang daripada paramedik memanggil aku ke tepi untuk menanyakan aku tentang detail first corresponder yang ku buat tadi, " so I did 5 minit every 1 minute of 100 press chest compression sebelum ambulance datang".

" Puan, Encik Razak berada di situatsi yang untung kerana ada Puan membuat CPR minit pertama sebelum kami datang ,kalau tidak tentu sekali dia boleh braindead ", kata paramedik itu.

Sepanjang perjalanan kami dari rumah hingga ke hospital mulut ku kumat-kamit tidak berhenti berdoa mengharapkan yang terbaik . Sampai kami di hospital, Razak terus di masukkan kedalam bilik pembedahan dan sambil aku duduk di luar, kedua ibu bapa ku dan kakak ipar ku datang terus memeluk ku.

**************************************
Hampir 1 jam setengah sudah kami menunggu di luar bilik pembedahan dan seorang doktor akhirnya keluar.

Dia bertanya, " Puan, isteri kepada Encik Razak?"

" Ye, saya " , aku menjawab.

" Lepas ni kami akan memindahkan Encik Razak ke bilik untuk rawatan selanjutnya, dan jugak operasi Encik Razak berjalan dengan lancar Alhamdulilah. Puan boleh kita bincang dalam bilik saya lepas ni? " , doktor itu berkata lagi.

Aku yang melepaskan keluhan lega selepas mendengar kata-kata doktor itu dan berkata, " Ya Allah, Alhamdulilah, InsyaAllah boleh doktor".

Ketika ini aku sudah duduk di bilik doktor, dan doktor itu terus berkata, " Okay Puan Nora, Encik Razak sangat beruntung kerana ada yang  memberikan bantuan pernafasan kepadanya di minit awal jantungnya terhenti. Dan sepertinya semasa kami membuat pembedahan, jantung Encik Razak terhenti kerana ada jangkitan myocarditis, jangkitan sebegini boleh melemahkan jantung seseorang".

Perasaan lega bercampur dengan risau bermain di kepala dan hati ku.

Doktor sambung lagi, " Namun disebabkan pertolongan pernafasan yang puan bagi awal kepada Encik Razak, dan kondisi kesihatan sangat baik Encik Razak sebelum terkena jangkitan ini, InsyaAllah Encik Razak akan pulih lebih cepat dan besar kemungkinan dia akan bangun dalam masa seminggu. Jadi diharapkan puan bersabar dan berdoa banyak-banyak".

Aku berjalan sedikit lega menuju ke bilik dimana suami yang aku sebenarnya cintai ditempatkan, sambil ku berjalan, aku ada merasakan sesal tidak melayannya dengan baik kerana at this point in my life, apa yang kita ada boleh hilang dengan sekelip mata.

Di dalam bilik tu sudah ada kedua ibu bapa ku , dan kakak ipar ku, sesudah ku masuk kedalam, aku menerangkan segala penjelasan doktor kepada ku, dan mereka semua menghelakan nafas lega.

**************************************

Kakak ipar ku sangat menolong ku kerana dia offer dirinya untuk menjaga Razak ketika ku bekerja dan malamnya pulak aku akan menemani Razak di hospital.

Hari ke 12

Hari ni hari Sabtu,  aku cuti dan aku akan menemani Razak sepenuh hari.

Aku duduk disebelahnya, sambil melihat nya, lalu aku berkata, "awak bila awak nak bangun ni, ni dah hari ke 12, I betul-betul janji akan layan awak sebaiknya, beri kasih sayang kepada awak kalau awak bangun tolong lah wak. I akan panggil awak sayang or abang apa saja awak nak. Saya akan mencintai awak sepenuh hati saya, sebab I memang sayang dan mencintai awak, saya je yang dibutakan dengan perasaan ego saya".

Beep...beep...beep

Mesin ECG tiba-tiba berbunyi. Aku pun menekan punat emergency.

Nurse dan doktor masuk ke dalam bilik berberapa minit kemudian, dan aku di arahkan untuk keluar dari bilik itu sekejap.

Aku yang sedang mundar- mandir berjalan diluar sedikit risau, sambil menjenguk melalui cermin pintu itu.

Lalu doktor dan jururawat yang mengendalikan Razak pun keluar dan dokto terus berkata, " Alhamdulilah Puan Nora, suami puan sudah sedar, mungkin dia sedikit mamai, jadi puan berilah Encik Razak sedikit masa untuk process segala yang telah terjadi. Saya akan kembali memeriksa keadaan Encik Razak dalam masa 3 jam nanti"

Aku masuk ke dalam bilik itu, terus menuju duduk di sisi katilnya, masih ternganga melihat Razak sudah sedar. Lepas tu dengan rasa gembira dan lega, aku berteriak," Ya Allah, awak!!!! Jahat betul la awak ni! "

" Sayang, betul ke ni Nora akan buat apa yang Nora cakap kat abang tadi? ", kata Razak.

Aku cium dahi dan pipinya, lalu Razak berkata, " Pipi dan dahi je, mulut takde ke? Kata nak layan abang sebaiknya".

" Eh awak jangan macam-macam ye, I nak pergi ke kaunter sebentar ", aku balas.

Razak menarik tangan ku, lalu aku terduduk, sambil dia berkata, " sekejap la sayang, takkan sayang taknak melepas rindu kat abang dan abang dah maafkan sayang"

" eh awak ni! Dah bangun, takkan naik gila pulak, sebentar ye abanggg, Nora nak ke kaunter dulu ", aku berkata manja sambil roll my eyes, sedikit menyampah dengan kelakuan orang tua ini, tapi aku mendapati comel jugak dia ni.

Doktor dan jururawat pun sudah berada di bilik Razak, dan lalu doktor memeriksa keadaan Mr. Razak setiap 3 jam.

Doktor menerangkan kondisi Razak setelah memeriksanya, " Okay kami dah periksa semua tekanan darah tinggi, pernafasan dan bacaan ECG pun semua Alhamdulilah okay.

Namun kami hanya boleh discharge Encik Razak dalam masa seminggu ke dua minggu kerana kami ingin memantau keadaan Encik Razak dan mungkin dia perlu menjalani basic therapy dalam masa tiga hari ini".

Aku melihat Razak dengan muka yang gembira mendengar penerangan dari doktor.

Jiran Ku Terlajak Bujang [ Complete ]Where stories live. Discover now