Bab 16

7K 55 0
                                    

Sepanjang perjalanan ke tempat letak kereta Sekolah Kebangsaan Dayang Senandung kami hanya berdiam diri dan tidak berkata- kata apa-apa. Kami berpegangan tangan yang letaknya dipaha ku, ada kalanya Abang Razak mencium tangan ku, dan aku merasakan dia juga ada memandang ku. Aku cuba untuk tidak memandanganya kerana aku takut aku akan menangis dengan perpisahan ini.

Sampai kami di tempat letak kereta itu, aku berkata, " so this is it". Aku mencapai muka abang Razak, mengusap mukanya dalam masa yang sama menahan diri ku daripada menangis.

Abang Razak menarikku lagi dalam pelukannya dan bibir kami berpaut lama. Aku terasa airmata abang Razak yang jatuh terkena pipi ku, lalu aku berkata, " Abang janganlah menangis, nanti tak handsome tau. InsyaAllah seperti Nora cakap kalau kita ada jodoh kita akan bertemu dalam keadaan yang lebih baik. Ini dah ketentuan dari Allah Yang Maha Esa. Mungkin, Nora bukanlah perempuan yang baik untuk abang. Jadi abang, janganlah abang kecewa, sedih atau marah dengan ketentuannya. Terima Kasih atas kasih sayang yang abang dah berikan kepada Nora, selama Nora kenal abang".

Aku pun mencium dahi lelaki sedikit sasa dan berotot yang menangis didepan ku sambil ku meleraikan pelukannya. " Assalamualaikum Abang Razak", kata ku sambil melangkah keluar dari keretanya.

Sejurus ku masuk ke dalam kereta ku, enjin aku start, dan aku merasakan dada ku penuh dengan keberatan untuk meninggalkan lelaki pertama yang ku cintai dan yang secara tidak langsung memenangi dara ku.

Aku pun terus memandu pergi dari tempat letak kereta ku dengan perasaan yang sangat kecewa dan sedih. Aku berbisik kepada diri ku, " Nora jangan menangis, Nora jangan menangis, ini adalah jalan terbaik"

Pipi ku perlahan- lahan dibasahi airmata ku, tidak lagi ku dapat menahan sebak dan tangisan ku dan ku berhentikan kereta ku di tepi perhentian bas, dan menangis meraung sepuasnya. Aku sedar akan keikhlasan abang Razak untuk memperisterikan aku, namun aku dan ego ku untuk mencapai mimpi ku telah menyakiti hati lelaki yang ku sayangi dan cintai.

**************************************

New month, new adventure.

Sudah hampir 3 bulan kami putus contact aku masih cuba move on dari perpisahan bersama abang Razak, walaupun ada kalanya aku sangat merindui sosok tubuh lelaki yang aku pernah sayangi, tapi takdir tidak mengizinkan kami bersama.

" Pssssttt, pssssttt, apa yang engkau temenung ni Nora, mari cerita kat aku" , kata Zana teman rapat ku kat tempat kerja.

Balas ku kepada Zana, " Eh takde laaaa".

" Ekeleh tipu laaaa, termenung boyfriend kan? " sakat Zana.

" Boyfriend kepala otak engkau la Zana ", kata ku.

Ping, ping, ping

" Assalamualaikum Nora, mak su nak bagitahu ni, jiran sebelah Razak nak bertunang awal bulan depan ni. Dia ada jemput Nora jugak, dan dia ada tanya mana Nora sekarang ? Tapi mak su bagitahu la Nora ada kursus kat ibu pejabat." - Mak Su 10 an.

" Waalaikumsalam, oh ye ke? Hmmm InsyaAllah kalau Nora tak sibuk Nora datang, tapi mak su, Nora minta tolong ye jangan dulu bagitahu sesiapa tentang Nora pindah atau nak pergi meyambung pelajaran kat luar negara"- sent 10.15 am

Urusan pembelajaran ku sudah semua diuruskan kerana aku telah awal menyediakan dan memahami segala proses, aku memilih untuk pergi pada 20 Ogos, lebih awal lebih baik agar aku dapat menyesuaikan diri ku dengan keadaan di New York.

Aku pergi pada petang 20 Ogos dan transit di Singapura dan dari situ aku akan terbang selama 19 jam dan 20 minit.

Aku pergi melawat nenek ku dan mak su di kampung untuk memberitahu akan menerbangan ku, dan memastikan tiada barang penting tertinggal di rumah ku. Keluar ku dari rumah ku....

Jiran Ku Terlajak Bujang [ Complete ]Where stories live. Discover now