Bab 35

2.8K 27 1
                                    

Talak satu telah dijatuhkan oleh lelaki yang aku cintai dan percayai. Bakal bekas kak ipar ku yang sudah berumur cuba sedaya upaya untuk memapah ku ke dalam rumah, lalu lelaki yang menyakiti ku pergi meninggalkan aku.

Tanpa aku sadari sekian saja kehidupan ku suami isteri dengan Razak,  aku telah di ceraikan disebabkan aku tidak dapat memberikan zuriat kepada Razak, dan di matanya aku seorang kaki curang.

Aku yang duduk di kerusi meja makan masih terpana dengan kejadian tadi dan masih belum dapat menerima kan keadaan. Kak ngah cuba menenangkan ku sambil meminta suaminya untuk menelefon Razak.

Tidak lama kemudian, aku merasakan dunia ku berpusing, lalu aku terjatuh dan persekitaran ku berubah menjadi gelap.

**************************************

Tersedar aku dari lena, aku melihat sekeliling ku di kerumuni oleh seorang doktor dan jururawat. Lalu aku pun berkata, " doktor?"

" Puan Nora? Alhamdulilah,  puan Nora dah sedar! Puan Nora pengsan dan been out for nearly 2 hours. Puan Nora tak perlu risau, kandungan Puan Nora sihat dan stabil.  Tekanan darah Puan juga normal. Cuma mungkin Puan Nora ada sedikit tertekan dan letih", kata Doktor.

Sambung doktor, " kalau takda apa-apa lagi saya dan nurse akan tinggalkan Puan untuk berehat".

Aku yang membalas, " terima kasih doktor"

" Doktor! Adakah sesiapa ahli keluarga saya berada di luar?", aku bertanya.

" Ya, dia memberitahu frontdesk dia akak ipar Puan Nora ", balas Doktor.

" Adakah dia tahu yang saya mengandung?", aku tanya lagi.

Doktor membalas, " sebenarnya saya belum sempat memberitahu keluarga Puan Nora".

" boleh saya minta tolong Doktor agar tidak memberitahu akan keadaan saya yang sedang mengandung?", request ku kepada Doktor.

**************************************

Sudah masuk hari kedua aku di hospital, dan selama itu aku menangis memikirkan nasib ku yang sudah dijatuh kan talak. Tetapi aku merasakan aku mungkin lebih bahagia seorang dan anak dalam kandungan daripada aku dilayan sebegini buruk.

Tiba-tiba ada ketukkan di pintu ku dan terbuka sedikit pintu dan telihat kak ipar ku masuk sambil berkata, " Assalamualaikum Nora. Nora dah sihat ke sedikit hari ini? "

" Akak bawakan Nora makanan kegemaran Nora ", sambil menyediakan makanan di atas meja.

Sambil aku makan, tiba-tiba akak ipar ku bercakap, " Nora, akak ni nak cakap sikit. Bukan akak nak membela atau menangkan Jak, tapi akak nak tanya kalau ada kemungkinan Nora nak perbaiki hubungan Nora dengan Razak. Ada sebabnya Jak bertindak begitu."

Aku berhenti makan, mengambil masa untuk memikirkan apa yang patut aku balas kepada kak ipar ku. Lalu aku tengok akak ipar ku dan aku tahu perasaan dia untuk jaga adik dia dan harapan dia untuk aku hidup dan mendampingi adiknya datang dari lubuk hatinya yang sangat pedulikan adiknya.

Namun aku tidak boleh membiarkan perkara begini terjadi kepada ku lagi dan aku tidak boleh mmebiar orang sesuka hati melayan aku seperti Jak buat kepada ku.

Aku pun membalas kak ipar ku, " Kak, Nora tau akak ,akak yang sangat baik kepada Razak, namun kak usai Razak melafazkan talaknya kepada Nora, Nora memang tidak diperlukan lagi dalam hidupnya. Kalau Nora tidak diperlukan lagi, tidak ada guna Nora nak mempertahankan atau cuba memperbaiki keadaan kak".

Muka akak ipar ku sunggul dan kecewa dengan jawapan ku.

" Kak, Nora sangat-sangat minta maaf. Nora ni manusia jugak, nak melalui hal hal sebegitu dan diperlakukan seperti sampah Nora sedih sangat dan sakit hati", tambah ku lagi, dengan airmata ku tanpa ku sedari jatuh di pipi ku.

Kak ipar ku pun berkata, " Nora, jangalah Nora menangis. Akak minta maaf sangat bagi pihak keluarga akak dan akak faham. Nora ambil lah keputusan yang terbaik bagi Nora dan akak nak Nora tahu Nora ni akan sentiasa jadi keluarga akak walau apa pun terjadu. Kalau Nora nak minta tolong akak, Nora call je akak. Kalau akak boleh tolong InsyaAllah, akak tolong. Sudah...sudah jangan la Nora nangis". Kak ipar ku yang memelukku.

**************************************

Aku pulang ke rumah kedua orang tua ku dan aku ada cuba meng contact Razak untuk memberitahu yang aku hendak mengambil barangan ku kat rumahnya.,namun sepertinya dia sudah mem block aku.

Kedua orangtua ku yang berulang kali meminta maaf kepada ku kerana mengizinkan perkahwinan antara aku dan Razak terjadi. Tetapi bagi ku ini adalah ujian bagi ku, bukan salah sesiapa.

Ketika aku duduk di meja makan malam tu, aku memberitahu keluarga ku yang esok aku akan pergi ke rumah Razak untuk mengambil barangan ku dan kedua ibu bapa ku sangat-sangat menentang permintaan ku.

************************************

Keesokkan harinya aku pergi jugak ke rumahnya dengan harapan aku boleh mengambil barang- barang kepunyaan ku.

Ku lihat keretanya ada di garaj, lalu aku letakkan kereta ku di halaman rumahnya,lalu aku keluar dari kereta ku.

Sebenarnya berat kaki ku untuk melangkah ke dan berdiri di depan pintu, tetapi ini perkara yang aku mesti hadapi jugak, mau tak mau. Aku yang berdebar berdiri di depan pintu dan menekan lonceng rumahnya.

Berberapa minit kemudian, pintu di buka, dan sudah ku expect, Julia yang membuka pintu itu dan ikuti dengan soalan yang datang dari Razak, " sayang siapa tu?".

" Bekas isteri you", balas Julia sambil mengusap-usap perutnya.

Terdengar Razak yang berjalan menuju pintu, dan aku yang terkejut apabila Razak terus berkata, " apa engkau nak lagi eh pelacur?! ".

Perkataan yang aku tidak sangka-sangka keluar dari mulutnya, lalu aku pun membalas, " aku nak ambil barang aku".

" oh barang engkau?! Kau tunggu kat sini! ", suara Razak yang lantang dan pintu dihempas tutup.

Aku yang menahan diri daripada tidak menangis sudah letih menunggu selama 15 minit hendak pergi. Lalu pintu dibuka lagi.

" Eh pelacur! Kau nak sangat barang kau. Nah! ", Razak yang berteriak sambil melemparkan barangan ku keluar.

Aku yang berdiri disana terpana dengan kelakuannya, terus berkata, " Eh!! Tak perlu lah kau nak lempar barang-barang ni! ".

Razak terus menyentap tangan ku dan menarik ku, " engkau dengar sini perempuan jalang! Aku taknak lagi tengok muka kau yang jijik ni dan kau boleh pergi ke neraka dengan barang-barang kau! "

Lalu aku sekali lagi di tolak ke lantai dengan kuat oleh Razak dan dia masuk menghempaskan pintu meninggalkan aku disini dengan hati yang sudah sakit hancur berkecai.

Kali ni aku memang tidak boleh tahan airmata ku lagi, dan aku menangis sekuatnya teresak-esak. Aku yang berkata dalam hati.

Aku tak sangka engkau akan berubah sedemikian rupa Razak dan kau layan aku lebih teruk dari sampah. Menyesal betul aku memberikan kau peluang, dan menyerahkan seluruhnya kepada kau! Ya Allah! Besar sangat dosa ku kepada mu, sampai aku di uji begini?

*************************************

Proses perceraian ku Alhamdulilah berjalan dengan lancar, mungkin kerana kami berdua tidak ada anak , tidak ada tututan yang banyak antara kami berdua dan Razak sudah memutuskan untuk tidak mahu melalui sesi mediasi. Aku juga setuju saja dengan apa yang dia nak sebabnya aku sudah tidak merasakan apa-apa lagi dengan apa yang dia sudah lakukan kepada ku.

Aku ada terjumpa Razak, sekali dua di mahkamah. Namun sekali pun dia tidak mahu melihat aku dan dia sepertinya mengelak ku.

Jiran Ku Terlajak Bujang [ Complete ]Where stories live. Discover now