Bab 36

3.3K 32 2
                                    

Sudah 3 tahun aku tinggalkan "home" ku kerana aku mendapat peluang untuk menyambung pelajaran ku ke peringkat kedoktoran falsafah di Amerika setengah tahun lepas aku bercerai. Rezeki ku untuk pergi kesana bukan saja terhad kepada menyambung pembelajaran ku, tetapi aku juga diberikan tawaran dan sekarang berkerja sebagai associate lecturer di salah satu universiti di Amerika.

Aku merasakan ini adalah peluang yang amat baik bagi ku bukan saja untuk melanjutkan pelajaran ku, tetapi aku merasakan keluarga kecil ku memerlukan keadaan yang baru untuk membesarkan anak kesayangan ku dengan baik.

Tetapi minggu depan aku akan pulang ke tanah air untuk menghadir acara perkahwinan Aliya dengan Dol.

Ya! Aliya dan Dol, sepupu ku dan anak buah ex husband ku akan berkahwin. Sebelum ni keluarga sering kali menyuruh ku untuk menasihati Aliya agar memikirkan semula keputusan untuk menjadi sebahagian keluarga ex husband  ku, terutama sekali apabila mereka takut benda yang terjadi kepada ku akan terjadi lagi kepada Aliya.

Aku sudah berusaha menasihati Aliya, tetapi mungkin Dol memang lelaki baik dan aku hanya mampu berdoa kepada Yang Maha Esa agar benda-benda tak diingini tidak akan terjadi kepada Aliya.

***********************************

Selamat datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa........

Terdengarnya pengumuman itu di balai ketibaan, aku dan keluarga kecil ku selamat mendarat di tanah air dan sedang menunggu bagasi kami di luggage conveyor.

" You, I je yang angkat the bags, you relax dan chill je dengan Ebra ", kata partner ku.

Aku balas, " U think I tak dapat angkat ke ? ".

" Nooooo, you carried Ebra for 9 months. Takkan u tak dapat angkat. What I'm trying to imply, you just relax and chill ", balas partner ku.

Selesai kami meletakkan semua bagasi kami, kami bertiga pun keluar melalui pintu departure.

" Ahhhhh the smell of my home", kata ku.

Berberapa minit kemudian, datang lah kereta sewa untuk membawa kami ke apartment yang sudah kami tempah, dan esok kami akan bertolak ke kampung dimana kami plan untuk tinggal kat rumah nenek ku.

***********************************

POV Razak

" Assalamualaikum Pak Su! Dah lama ke sampai? Maaf la, Dol tadi ada urusan sikit ", Dol yang menyapa ku.

" Waalaikumsalam Dol! Ahhhhh ni bakal pengantin baru. Takpe la", balas ku.

Dol pun memulakan kata, " Begini Dol ni ajak Pak Su keluar ni sebabnya Dol ada nak sampaikan pesan sesuatu, ni dari mak. Mak dengar dari keluarga Liya, yang Mak S... eh takkk salah sepupu Liya, Dol rasa Pak Su tahu lah yang mana, besar kemungkinan datang ke acara perkahwinan kami. Mak harap-harap Pak Su tak buat hal ke entah jadahnya kalau sekiranya Pak Su terjumpa ex Pak Su".

" Mak sangat-sangat berharap Pak Su dapat control diri Pak Su la", Dol sambung lagi.

Aku yang terdiam dengan apa yang Dol cakap tu, aku tahu Kak Ngah ku dah taknak bercakap dengan aku kerana hal empat tahun lalu, ye salah dan kebodohan aku jugak. Tapi mendengar kata-kata itu datang dari Dol, aku juga merasakan tidak tentu arah.

**************************************
Ping

Text yang masuk datang dari ibu ku.

" Salam nak. Nora dah sampai ke? Flight okay? Ebra tak meragam ke sepanjang flight? ", - Ibu, 2.45 pm

Jiran Ku Terlajak Bujang [ Complete ]Where stories live. Discover now