Bab 37

4.7K 33 6
                                    

POV Razak

Alhamdulilah selesai sudah acara pernikahan Dol dan Liya, dan Dol dengan sah memperisterikan Liya dengan satu lafaz sahaja.

Habis saja acara, jemputan beransur menuju ke dewan, untuk menjamu juadah yang sudah disediakan.

Sedang aku berjalan menuju pintu keluar aku terdengar berberapa saudara mara ku yang berada didepan ku berkata, " tu kan bekas isteri Jak kan? ".

" Haaa", balas Mak Yam.

" besar pulak dah anaknya? Dengar-dengar bekas isteri Jak baru kahwin dengan suami baru, tapi anak dah umur 3 tahun", kata Mak Nom.

Mak Yam balas, " ehhhh kan bukan gossip je kan, anak tu anak Jak kut! Sebabnya aku terserempak dengan dia 5 bulan lepas dia kena cerai perut dia dah agak besar!".

" Nak katakan dia tu kaki selingkuh mustahil tau! Aku tahu Nora,  datang kerja balik kerja, malam pergi masjid, hujung minggu tolong orang kampung gotong royong, kalau tak pun tolong nenek dia jual kat pasar. Kesian dia kena cerai begitu!", sambung Mak Yam.

Aku yang sangat terkejut mendengar perbualan mereka, dan aku tahu ada sesuatu yang tak kena. Sekarang kesangsian ku lebih membuak-buak dan aku ingin memastikan adakah anak kecil yang di bawa Nora adalah anak ku atau anak orang lain.

Getus di hati ku sambil aku berjalan keluat

Jak ! Apa engkau dah buat ni? Sekiranya itu anak engkau habis lah engkau. Nora takkan bagi kau peluang nak hampir dengan anak tu dengan apa yang engkau telah buat padanya.

Banyak benda bermain di fikiran ku, aku merasakan dunia ku berpusing dan seolah-seolah aku telah ditampar dengan kuat sekali. Mungkin aku boleh cari Nora sekarang dan dapatkan penjelasan daripada dia.

Aku belari keluar ke dewan dengan sangat kalut mencari Nora. Tetapi aku nampak melalui jendela Nora keluar berjalan menuju ke tempat letak kereta. Lalu aku belari sepuas mungkin keluar dari dewan dengan harapan aku dapat mengejar Nora

" Nora! Nora! Tunggu, I ada nak tanya.., " aku berteriak sambil belari

Belum sempat aku berjumpa dengan dia, kereta yang di naiki Nora sudah memecut laju meninggalkan aku dengan perasaan dan fikiran ku yang tidak tenteram.

Aku merasakan sepertinya dunia ku terbalik dengan informasi yang ada kemungkinannya benar atau tidak, tapi informasi dari makcik makcik bawang tu menimbulkan seribu satu persoalan dalam fikiran ku.

Berjalan ku menuju kereta ku dan aku memandu terus ke rumah Kak Ngah sebabnya aku tahu Kak Ngah aku tahu.

Hampir sejam aku menunggu di depan rumah Kak Ngah ku. Berberapa minit kemudian kak Ngah ku dan keluarganya yang baru balik dari masjid, kak Ngah terus menyapa ku, " engkau nak apa lagi eh Jak?!"

" Jak nak tanya Kak Ngah sesuatu yang penting", balas ku dengan nada serius.

Kami pun masuk ke dalam rumah, aku, abang ipar ku sebagai orang tengah dan Kak Ngah ku berada dalam bilik study.

" Kak, Jak nak akak terus terang kat Jak. Tadi Nora ada bawa anak kecil, adakah anak kecil tu anak Jak? " , tanya ku dengan tenang walaupun sebenarnya aku merasa membuak-buak di dalam hati.

Kak Ngah membalas, " manalah akak tahu!".

Ada momen terdiam sedikit

"Lagipun takkan anak kau Jak, dia dah kahwin dengan orang lain", kak ngah sambung lagi dan aku tahu kak ngah cuba menipu ku kerana dia tidak pandai menipu.

"Kak kalau kak ngah nak menipu kak ngah pandai-pandai la menipu ni tak. Jak nak tanya lagi, itu anak Jak ke tak?! Mustahil akak tak tau", kata ku kepada kak Ngah ku dengan tona suara sedikit tinggi.

" kau jangan nak kurang ajar kat akak eh! Lagipun buat apa kau nak tau sangat tentang Nora ! Kau dah buang dan lepaskan dia dengan teruk. Kau tolak dia, maki dia, hina dia! Eh tak cukup-cukup lagi kah kau nak kacau hidup dia! Tolong lah Jak, sudah-sudah lah kau nak buat hal! Kalau Ebra pun anak kau, akak takkan rasa Nora nak anak dia be bapakkan engkau! Tak bertanggungjawap dan bodoh! ", balas kak Ngah ku terus

Kak ngah sambung lagi, "kan akak dah cakap kau akan menyesal nanti, nah sekarang dah terbukti kau memang menyesal lepaskan Nora. Isteri baik-baik begitu kau lepaskan, kau hina lagi dia mandul! Mana anak kau dengan Julia?! Kena tipu kan kau dengan Julia! Tup tup bukan anak kau! Kau ceraikan lagi perempuan simpanan kau! Padan muka kau Jak!".

" Kak....apa ni...", belum sempat aku berkata sudah dipotong kak Ngah.

" Aku malas mahu dengar apa yang kau nak cakap! Dan kak nak ingatkan kau ye, jangan kau nak buat apa-apa hal kat acara Liya dan Dol ya! Tolong-tolong lah sedar diri!", balas Ka Ngah.

Aku yang sekarang menyesal dengan perbuatan ku, dan aku tahu anak tu adalah anak ku sebabnya Kak Ngah memang tak tahu nak menipu. Serta kalau tu bukan anak buah darah dagingnya, takkan Kak Ngah tahu nama anak kecil tu, Ebra.

**************************************

Aku bersiap untuk menghadiri acara kesyukuran Liya dan Dol, sambil partner ku menolong ku memakaikan baju Ebra.

Tiba-tiba partner ku bertanya kepada ku, " kalau sekiranya you terjumpa dengan ex husband you, apa you akan buat eh?"

" Entah lah you, harap-harap dia tak berkelakuan gila la", aku balas.

Sampai aku dan keluarga kecil ku di acara itu terus kami disambut mesra oleh Mak Lang. Liya yang memakai baju serba putih, pun pergi menghampiri ku lalu memeluk ku dan mengajak Ebra untuk pergi bermain dengan sepupunya yang lain.

Liya yang berkata, " Kak Nora dan abang pergi la makan dulu, Liya bawa Ebra pergi main dengan Osman dan Zana".

" Okay ke ni Liya? ", balas ku kepada Liya

" Okay la Kak, apa pulak tak okay", kata Liya.

Aku pun pergi menuju ke meja dimana makanan dihidangkan. Sambil aku mengambil makanan, tiba-tiba aku dihampiri seseorang.

" Assalamualaikum Nora. Lama tak dengar khabar Nora. Nora sihat ke?", seseorang itu berkata.

Aku yang membalas sambil menoleh, " Waalaikum...salam".

Aku yang sedikit terkejut melihat Razak menegur ku dan berdiri hampir di sebelah ku.

" sihat. Awak nak apa eh?", aku yang sebenarnya malas nak jawap.

" Abang nak bincang sesuatu dengan Nora. Boleh?", Razak balas.

" Nak bincang apa lagi? Kita dah takde apa-apa lagi", aku yang meletakkan pinggan di atas meja dan membalas Razak dengan tegas.

" Sekejap je Nora, tolong lah ", Razak yang masih memaksa aku untuk berbincang dengan dia.

Aku cuba lari dan mengelak dia, namun pergelangan tangan ku dicapai Razak sampai aku berkata, " eh apa pegang-pegang ni! Lepas la!".

Lalu datang Luqman,  memegang tangan Razak dengan keras sambil berkata, " engkau ni memang habit suka pegang isteri orang ke?!".

Razak dengan mata nya yang terbuntang melihat tajam ke arah Luqman lalu berkata, " kau siapa nak sibuk hal aku dengan Nora?! "

" aku suami Nora! Hal dia hal aku jugak! ", balas Luqman.

Akhirnya tangan ku di lepas oleh Razak dan ada momen yang diam dan janggal.

Lalu Razak pun berkata berkata, " abang nak Nora jujur dengan abang, anak kecil yang Nora bawak tu anak abang kan?".

-Sekian-

Jiran Ku Terlajak Bujang [ Complete ]Where stories live. Discover now