Bab 21

5.7K 46 3
                                    

Seminggu telah berlalu, aku pun sudah settle down, restart everything kehidupan ku balik ke tanah air ku, dan hari ini adalah hari yang di tunggu-tunggu oleh kedua orang tua ku dan munglin juga belah sana.

Aku memasak pelbagai jenis juadah sepertinya nasi Beriyani, soto ayam bagi acara pertunangan ku dan disebabkan atas permintaan ku yang hanya mahukan acara pertunangan yang sederhana pihak lelaki juga akur dan menghormati permintaan ku.

Acara pertunangan ku akan di adakan pada pukul 11 tengah hari dan seperti yang di jangkakan pihak belah lelaki sudah pun sampai ke rumah ke dua orang tua ku.

Sepupu ku Aliya yang 3 tahun muda daripada ku belari kebelakang mengabari ku akan kedatangan pihak lelaki, " Kak Nora!!! Keluarga bakal tunang akak dah sampai!!!! Omggg! Tak sabar lah Liya".

" Eh!! Lain macam excited Liya ni, sebabnya akak rasa macam Liya pulak yang nak bertunang ni hahaha ", aku balas.

Aku yang tidak endah sangat akan siapakah bakal tunang ku sibuk memeriksa segala juadah yang bakal dihidangkan, sampai lah masa berberapa minit kemudian mama ku memanggil ku ke dalam untuk duduk di pelaminan yang simple tapi cantik untuk acara menyurungkan cincin. Baju kurung kedah yang berwarna Navy Blue pun hanya sekadarnya di hiasi sedikit batu- batu yang berkilat bagi menyerikan aku.

Mama ku memimpin ku dan mengiringi aku keluar, sambil ku bejalan menuju ke pelaminan kecil tu aku ada scan bilik tamu yang dipenuhi dengan keluarga ku dan keluarga pihak lelaki, manatau ada kelibat Mr. Razak. Aku berasa lega kerana lelaki tu tidak ada dikalangan orang-orang yang hadir dalam bilik tu.

Aku yang sudah duduk di pelaminan, sedia untuk disarungi cincin pertunang, alangkah terkejutnya aku, kak Rahmah yang jugak kakak Mr. Razak menghampiri ku dan duduk disamping ku.

Getus aku dalam hati ku.

Eh takkan kak Rahmah pulak yang menyurungkan cincin ku, mungkin dia hanya wakil keluarga belah lelaki.

Aku yang kini duduk tidak tentu rasa sambil melemparkan senyuman yang awkward.

Selesai saja cincin pertunangan disarungkan ke jari manis ku, pertukaran simbol pengikat dan aku bersalaman dengan keluarga belah lelaki ( jemputan yang perempuan), aku mengorak langkah ku ke dapur membiarkan tetamu menjamu selera di depan.

Akak si Liya, Kak Hani yang 2 tahun tua dari ku menyapa ku, " eh takkan tunangan orang ni sibuk duduk kat dapur tolong orang nak cuci pinggan mangkuk pulak, pergilah duduk kat pelamin, ambil gambar kut kut ada bakal... eh salah, tunang datang ".

" Malas lah kak, akak yang patutnya makan, ni biar Nora settle , sedikit rimas lah banyak orang kat depan, Nora nak ambil angin sekejap ", aku balas kak Hani.

" Betul ni Nora?", kak Hani bertanya untuk memastikan.

" Haaa ,betul lah kah, bawa lah Khalid makan kak , dari tadi Nora tengok dia tengah main- main tu", balas ku kepada kak Hani.

Aku menyinsing lengan baju kurung, duduk di stool dan sedia hendak mencuci pinggan mangkuk terpana sebentar melihat jari manis ku yang sudah dihiasi dengan cincin pertunangan 18 karat emas bertatah kan berlian. Simple tapi elegant .

Sedangkan aku lalai melihat cincin ku, satu suara yang lama sudah tidak ku dengari tapi sangat aku kenali menyapa ku, " Assalamualaikum,  Nora ".

Aku menjawab sambil mendongak ke atas, " Waalaikumsalam".

Tergamam dan kaku aku melihat sosok tubuh dan muka yang aku puja 2 tahun lalu. Aku merasakan gementar dan badan ku ada sedikit sejuk, tetapi another part of me, terasa derauan darah marah dan benci mengalir ke seluruh tubuh ku. Kalau nak ikutkan memang aku taknak tengok muka dia, namun apakan daya dah pilihan aku untuk menerima pinangan dari keluarganya

Jiran Ku Terlajak Bujang [ Complete ]Where stories live. Discover now