Prolog

35.2K 578 25
                                    

KELUHAN lega akhirnya terhembus dibibir apabila selamat menjejakkan kaki ke bumi kelahiran. Sudah 5 tahun dia tidak pulang ke Malaysia disebabkan ingin mencapai impian dan cita-cita sebagai seorang doktor. Dan dia telah melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di United Kingdom. Perasaan rindu terhadap ahli keluarga juga sudah tidak dibendung lagi. Bayangkan 5 tahun hidup tanpa keluarga disisi, siapa yang tak rindu?

Troli yang berisi luggage ditolak sambil mata meliar mencari wajah-wajah ahli keluarganya. Orang ramai menyukarkan dia untuk mencari keluarganya.

"Abang!"

Suara yang amat dia kenal itu serta merta membuatkan dia menoleh ke kanan dan senyuman mula terukir apabila terpandang wajah adik bongsu perempuannya. Dengan segera dia mempercepatkan langkah mendekati adiknya itu.

"Hana." Panggilnya seraya memeluk tubuh kecil milik Hana.

Hana juga turut membalas pelukan itu. Sungguh dia terlalu rindukan abangnya yang seorang itu.

"Mana yang lain? Papa dengan Mama tak datang ke?" Soal Haiyan selepas meleraikan pelukan.

"Ada dekat luar. Hana tak benarkan dia orang masuk sebab dalam ni ramai orang sangat. Jom lah." Troli yang dipegang Haiyan dirampas oleh Hana dan dengan selamba dia beredar meninggalkan abangnya itu.

Tergeleng kepala Haiyan dengan sikap Hana.

"Ya Allah, Haiyan. Rindunya Mama dengan Haiyan." Tubuh Haiyan dipeluk oleh Puan Asiyah sebaik sahaja anak lelakinya itu keluar dari pintu utama KLIA.

Syukur yang tak terhingga apabila melihat anaknya selamat sampai ke pangkuan keluarga.

Haiyan tersenyum dan membalas pelukan Puan Asiyah. Kemudian dia beralih ke arah Encik Hafizuddin yang berada di sisi Puan Asiyah.

"Pa." Tangan tua itu dicium sebelum Encik Hafizuddin dipeluknya.

"Alhamdulillah Iyan dah selamat balik." Ujar Encik Hafizuddin. Belakang Haiyan ditepuk-tepuk perlahan.

"Yang lain tak datang?" Teringat Haiyan kepada Haidar, Haider dan Haitham. Haidar dan Haider merupakan abang daripadanya dan Haitham pula adik kembar kepada Hana.  

"Tak. Sebenarnya nak ikut tapi entah la, ada nak jumpa orang last minute la, ada yang kena pergi meeting la. Haitham macam biasa, ada training bola sepak dia."

Mendengar jawapan dari Hana, Haiyan hanya mengangguk faham. 

Lalu mereka berempat beredar dari situ dan menuju ke kereta Honda Jazz. Berkerut dahi Haiyan melihat kereta itu. Rasanya sebelum dia berangkat ke US 5 tahun lepas, kereta ini tiada. Kereta baru mungkin.

"Kereta siapa ni Pa?"

"Siapa lagi." Mulut Encik Hafizuddin dimuncungkan menunjuk ke arah Hana.

Haiyan memandang Hana.

"Hana?"

"Ya la. Lepas je dapat lesen kereta haritu terus mengamuk nak kereta. Itu yang Papa belikan. Senang dia nak pergi kampus."

"Hamboi kau dik. Senang je dapat." Perli Haiyan. Panggilan adik itu sudah terbiasa dari dulu lagi memandangkan Hana lebih rapat dengannya. 

Dia tidak pernah berasa iri hati pun dengan apa yang Hana selalu dapat kerana dia tahu kedua orang tuanya sayang mereka adik-beradik tiada tolok bandingnya. Encik Hafizuddin dan Puan Asiyah sayang mereka adik-beradik sama rata saja dan tidak pernah memilih kasih. Haiyan bersyukur kerana dia tidak pernah mempunyai perasan iri hati terhadap adik-beradiknya yang lain. 

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang