CYT 3

9K 356 22
                                    

USAI memastikan kelas pada hari ini sudah berakhir, Aareen terus berjalan menuju ke kereta yang diletakkan di parking kampus tersebut. Dengan riang hati dia berjalan keluar dari kelas dan mempercepatkan langkah. Tak sabar rasanya ingin sampai ke rumah kerana dalam kepala sudah terbayang pelbagai masakan dari Puan Lathifah yang berada di rumah.

Kaki Aareen terhenti dari melangkah apabila satu figura yang sedang elok bersandar pada badan keretanya. Bila dapat mengecam figura itu dia mula serabut. Kalau boleh dia ingin berpatah balik masuk ke dalam kelas. Namun disebabkan ingin pulang ke rumah, dia gagahkan juga kaki menghampiri kereta.

Tanpa menghiraukan figura itu, terus alarm kereta ditekan dan dengan berlagak biasa dia membuka pintu. Tetapi pintu itu tertutup kembali kerana ditahan oleh seseorang.

"Hai Reen." Sapa figura itu.

Aareen mengetap giginya. "Kau nak apa? Boleh tepi tak? Aku nak balik ni. Tak payah menyibuk."

"Kau kenapa Reen? Dengan cousin sendiri pun nak sombong bagai."

"Aku bukan sombong. Aku cuma malas nak layan kau. Dah la tepi." Dengan sehabis daya tubuh sepupunya itu ditolak menggunakan beg sandangnya.

Terdorong Naufal ke tepi dengan tolakkan Aareen. Dia tersenyum.

"Kuat juga kau ni kan? Weh aku dengar Abah dengan Umi ada dekat rumah abang Raif. Aku tumpang la. Dah lama aku tak jumpa dia orang." Tanpa menunggu kata putus dari Aareen terus dia berlalu ke sebelah penumpang.

Terlopong Aareen dengan tindak tanduk selamba badak dari Naufal. "Weh Fal. Kau tak payah mengada la. Pergi guna motor kau la."

"Kalau aku tak nak?"

"Kau tak dengar ke apa yang aku cakap? Aku cakap tak payah maksudnya tak payah."

Kesabaran Aareen sudah sampai kemuncak. Pantang benar dirinya bila bercakap dengan orang yang tidak faham bahasa seperti Naufal itu. Dari mereka kecil sampai lah dah sama-sama besar Naufal suka sangat mengganggu ketenteraman dirinya. Contohnya macam sekarang ini lah. Tiba-tiba datang nak tumpang orang bagai.

"Okay, okay. Kucing dah nak bertukar jadi singa dah." Perli Naufal seraya mengaku kalah. Kenal sangat dengan Aareen yang seperti singa itu.

Aareen menghembuskan nafas lega berserta keluhan. Ada sepupu pun bermasalah. Masuk ke dalam kereta dan enjin dipanaskan. Baru saja ingin menekan minyak, sebuah superbike berhenti betul-betul dihadapan keretanya dan perlahan bergerak ke sebelahnya. Siapa lagi pemilik superbike itu kalau bukan Naufal.

Cermin kereta dibuka. "Apa lagi kau ni?"

Naufal membuka cermin topi keledarnya dan tersenyum. "Disebabkan abang Raif tak ada aku akan pastikan kau selamat sampai depan rumah. Lagipun aku nak jumpa Abah dengan Umi."

Keluhan dilepaskan dan Naufal dijeling. "Suka hati kau la." Cermin dinaikkan dan Aareen mula menekan minyak berlalu meninggalkan kampus dengan diikuti Naufal dari belakang.

"Assalamualaikum Umi, Abah, Reen dah balik ni." Selamat sampai dirumah terus Aareen membuka pintu. Tambahan pula dia bawa 'tetamu' hari ini. Pintu dibiarkan terbuka kerana Naufal masih ada diluar.

Puan Lathifah keluar dari dapur bersama kain kecil ditangan. "Dah balik pun."

"Assalamualaikum."

Terus mata Puan Lathifah terarah pada pintu rumah dengan tanda tanya.

"Waalaikumussalam. Siapa tu Reen?" Soal Puan Lathifah kepada Aareen yang seperti tiada riak.

"Anak buah kesayangan Abah."

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang