CYT 20

7.1K 231 9
                                    

MELIHAT Encik Azad yang tersenyum sendiri bersama telefon bimbit ditangan turut menghadirkan senyuman dibibir Puan Lathifah. Tentu suaminya sedang berbalas meseg dengan Encik Hafizuddin. Sejak dari peristiwa yang menyatukan semula keluarga mereka, senyuman dibibir suaminya itu tidak pernah pudar. Terpancar kegembiraan dan kebahagiaan diraut wajah suaminya. Dia bersyukur kerana dapat melihat keluarga yang sudah lama terpisah akhirnya bersatu kembali.

Teringat akan Haiyan dan Aareen. Kalau bukan sebab hubungan yang terjalin antara Aareen dan Haiyan, pasti keluarga mereka tidak akan bersatu. Hubungan anak perempuannya bersama Haiyan merangkap anak saudara dan bakal menantunya itu ada hikmah disebaliknya.

"Abang. Senyum-senyum kenapa? Sampai hati tak ajak saya." Puan Lathifah mula mengusik seraya duduk disebelah Encik Azad.

Encik Azad memandang isterinya bersama senyuman. "Ini ha Hafiz. Ada saja cerita dia yang kelakar." Telefon bimbit ditunjuk.

"Saya suka tengok awak sekarang. Gembira dan selalu senyum. Kalau sebelum ni jangan harap la nak senyum lebar macam tu. Jarang sangat."

"Itu puji campur sekali dengan perli ke?" Soal Encik Azad bila dia rasa isterinya itu cuba mengusiknya. Tahu la sebelum dia jarang senyum dan ketawa. Ketika itu kan sarat dengan masalah. Dan sekarang tidak lagi.

Setiap malam dia akan bangun mendirikan solat sujud. Bersyukur kepada yang Maha Esa kerana telah mengembalikan keluarganya semula ke pangkuan. Syukur yang tidak terhingga sekali. Dia juga bersyukur kerana Allah telah melembutkan hatinya untuk memaafkan. Andai kata dia masih tidak terbuka hati, pasti dia tidak akan merelakan hubungan antara Aareen dan Haiyan. Bila marah, semua akan jadi tidak kena di mata.

Puan Lathifah tergelak. "Terasa ke?"

"Ada la sikit. Sejak dah tua ni mudah sangat terasa, Pah. Bukan abang saja. Awak tu pun ha. Semakin kuat merajuk sekarang. Cakap sikit merajuk." Encik Azad mengembalikan buah paku kepada isterinya. Ingat isterinya saja yang boleh usik? Dia pun boleh la.

"Abang."

"Hmm?"

"Anak dara kita dah dipinang orang. Bila kita nak pergi pinang anak dara orang pula?"

Telefon bimbit diletak di tepi. Faham sangat Encik Azad dengan maksud disebalik soalan itu. Siapa lagi yang dimaksudkan kalau bukan anak lelaki tunggal mereka, Raif.

"Kenapa tanya saya? Tanya la anak teruna awak tu."

Puan Lathifah mengeluh. Sudah puas dia tanya kepada Raif tentang itu. Tetapi jawapan anaknya itu,

'Nanti-nanti la dulu Umi.'

'If belum sedia lagi.'

'Belum ada calon yang sesuai.'

Dan banyak lagi alasan yang diberi. Kalau Raif masih tiada calon sendiri, biar dia yang tolong carikan. Risau dia kerana Raif sudah pun berginjak 30-an namun masih tiada kekasih selepas putus tunang dua tahun yang lepas.

"Dah tanya dah."

"Ha lepas tu? Apa dia jawab?"

"Macam biasa. Masih belum sedia lagi."

Encik Azad menggelengkan kepala. Tidak tahu sampai bila Raif akan terus kecewa disebabkan bekas tunangnya dulu. Sampai sekarang anak lelakinya itu masih belum berpunya.

"Abang rasa anak kita jadi macam tu sebab kesan tunang dia dulu ke?" Masih terlayar diminda Puan Lathifah betapa kecewa Raif bila dapat tahu tunangannya curang dibelakang dengan lelaki lain.

"Mungkin. Insha Allah dia akan buka hati dia untuk orang lain. Kita pun tahu kan betapa sakitnya dia bila tahu perkara sebenar? Lagipun, perkara tu masih baru lagi."

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang