CYT 33

9.5K 295 22
                                    

BERSAMA keluhan, Raif bangun dari kerusi dan perlahan berjalan jauh dari kawasan rumahnya yang masih dikunjungi ramai. Skrin telefon dipandang bersama gelengan kepala. Dari semalam, telefon itu tidak berhenti dari ada panggilan masuk. Siapa lagi kalau bukan Lisa. Nampaknya gadis itu langsung tidak mahu berputus asa.

Punat hijau digesel dan telefon ditekap pada telinga.

"Awak nak apa lagi Lisa? Boleh tak stop ganggu saya?" Serangnya belum sempat Lisa membuka bicara.

"Raif. Selagi awak tak nak dengar penjelasan saya, selagi tu saya tak akan berhenti ganggu awak. Awak perlu tahu perkara yang sebenar." Ujar Lisa dengan penuh yakin di hujung talian.

Sebelah tangan mencekak pinggang. Raif memeritkan mata. Pening bila Lisa langsung tidak pernah berhenti berputus asa.

"Bukti dah ada depan mata. Nak jelaskan apa lagi, Lisa?"

"Raif. Dalam dunia ni bukti yang palsu pun ada. You should listen to me first. Awak hanya percayakan bukti yang awak nampak. Ada ke awak siasat benda tu betul ke tak? Awak mudah diperdaya tahu tak Raif."

Bibir Raif terherot. Dia tersenyum sinis.

"Dah berpeluk atas katil pun still lagi deny benda tu ke? Eh dah la Lisa. Saya dah malas nak ingat semua benda tu." Sekarang ini dia sedang cuba sehabis mungkin untuk melupakan segala kenangan diantara dia dan juga Lisa. 

Mata dipejam seketika seraya menggelengkan kepala. Cuba menghapus peristiwa yang meninggalkan kesan luka dihatinya. 

"Raif! Saya tak buat semua tu, percayalah. Ada orang nak aniaya kita, Raif. Please trust me. Awak kena hati-hati dengan setiap orang yang berkawan. Ada diantara dia orang nak jatuhkan awak dan tengok awak derita. Trust me, Raif. Please." 

Dahi Raif berkerut seribu. Apa maksud Lisa? Diantara kawannya ada yang mahu menjatuhkan dia?

"Awak jangan merepek Lisa! Apa kaitan ada orang nak jatuhkan saya dengan awak yang curang tu? Kalau dah rasa tak ada benda nak dijelaskan dengan betul, jangan pula awak tuduh orang lain yang bukan-bukan semata-mata nak tutup perbuatan awak yang keji tu!" Dadanya mula berombak menahan marah. 

Kedengaran Lisa mengeluh kuat dihujung talian. 

"Fine! Kalau awak masih tak nak percayakan saya, it's okay Raif. Saya akan buktikan siapa yang dah buat hubungan kita hancur macam ni. Orang yang awak paling rapat dan percaya itulah sebanarnya dah tikam belakang awak! Dia tak senang tengok kejayaan awak. I'll show you the truth. Masa tu..." Gadis itu jeda sebelum menyambung dengan suara yang bergetar. 

"... kalau awak masih lagi tak percaya, saya akan bawa diri saya sejauh yang mungkin dari awak. I'm promise. Saya just nak bersihkan balik nama saya yang dah buruk dan saya nak buktikan dekat awak yang saya sekeji tu. Assalamulaikum."

Raif masih lagi menekap telefon ditelinga biarpun panggilan telah ditamatkan oleh Lisa. Hatinya sedikit tercuit rasa ragu-ragu. Apa yang cuba gadis itu sampaikan dan jelaskan kepada dia?

"Siapa yang nak jatuhkan aku?"

Setelah habis berbual bersama Hana, Naufal masuk ke dalam rumah. Niatnya hanya mahu mencari kelibat Puan Khadijah. Ingin memaklumkan yang dia sudah mahu pulang ke rumah. Untuk hari ini, dia tidak banyak melihat agenda yang menyakitkan hatinya diantara Haiyan dan Aareen. Mungkin masing-masing sibuk menguruskan majlis. Haiyan pula sentiasa berada di luar rumah berbual dengan orang kampung. 

Langkah terbantut bila ternampak Aareen yang sedang menyusun makanan diatas meja. Kanan dan kiri diperhati sebelum dia mula mendekati sepupunya itu. Mencuba nasib, siapa tahu sejak menjadi isteri Haiyan, Aareen mula berubah untuk berbual dengannya. 

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang