CYT 36

7.3K 249 59
                                    

LANGKAH Aareen terhenti dari terus masuk ke dalam kereta. Matanya disepetkan memandang ke tempat menunggu anak murid sementara ibubapa datang menjemput mereka. Bila sudah kenal pasti siapa, segera Aareen melangkah ke situ.

"Alisya." Dia menyapa.

Alisya, anak murid kelasnya itu mendongak memandangnya. Aareen ambil tempat disebelah kanak-kanak itu.

"Alisya tak balik lagi?"

Pertanyaan Aareen dibalas gelengan dari Alisya. Wajahnya masam saja.

"Kesiannya. Siapa yang datang ambil ni? Mama?" Terlintas ketika sesi perkenalan diri, Alisya ada menyebut tentang mama kanak-kanak itu. Dia tersenyum sendiri. Ada ke patut samakan dia dengan mama kepada anak itu.

Wajah Alisya berubah mendung dan muram. Tiada secalit senyuman dibibir itu. "Mama tak pernah datang ambil Alisya."

Dahi Aareen berkerut.

"Kenapa?"

Anak itu mengeluh kecil. "Papa cakap, Mama pergi syurga. Tengah tunggu Alisya datang."

Aareen tersentak. Fahamlah dia dengan maksud itu. Rupanya Alisya telah kehilangan seorang ibu diawal usia begini.

"Alisya tak pernah jumpa Mama." Sambung Alisya lagi.

Kepala Alisya diusap Aareen perlahan. Jatuh kasihan dengan nasib anak muridnya yang itu. Di dalam kelas, Alisya seperti seorang yang periang. Ketika kelas bersamanya tadi, Alisya lah yang paling banyak bercakap dan menyahut pertanyaan dia.

Alisya menoleh pandang Aareen. "Muka Cikgu sama dengan Mama. Sebelum tidur, Alisya selalu tengok muka Mama dalam gambar."

Baru ingin membalas, sebuah kereta berhenti dihadapan mereka. Alisya segera berdiri.

"Lisya, sorry Papa late."

Aareen menoleh memandang ke arah gerangan itu. Dia terkejut.

"Abang Fattah?" Alisya disebelahnya dipandang. Papa?

Terkejut bukan kepalang bila rakan sekerja Raif adalah bapa kepada Alisya. Seingatnya, Raif pernah cakap yang Fattah masih lagi bujang dan belum mendirikan rumah tangga. Tapi... apa ni?

Fattah terhenti statik ditempatnya. "A... Aareen?" Alamak, kantoi!

"Aareen buat apa dekat sekolah ni?" Gugup dia bertanya.

"Aareen cikgu dekat sini. Baru masuk hari ni. Abang Fattah... Papa Alisya? Tapi, Abang Raif cakap Abang Fattah belum kahwin." Berkerut-kerut dahi Aareen saat ini. Berpusing otaknya memikirkan Fattah. Kata tak kahwin lagi, tapi dah ada anak. Macam mana tu?

"Cikgu kenal Papa?" Alisya yang hanya menjadi tukang dengar mula mencelah.

Aareen tersenyum. "Papa Alisya ni kawan abang kepada Cikgu."

"Aareen. Jangan bagitahu sesiapa pasal ni. Boleh?" Pinta Fattah serba salah. Dia masih belum sedia untuk orang sekeliling tahu bahawa dia sudah mempunyai anak. Bahkan, semua rakan kerjanya mengetahui yang dia masih lagi bujang.

Hairan Aareen dengan permintaan Fattah itu. "But why?"

"Lisya. Pergi tunggu dalam kereta boleh? Papa nak cakap something dengan cikgu Lisya."

"Okay, Papa. Bye, cikgu."

Setelah memastikan Alisya masuk ke dalam kereta, Fattah pandang Aareen semula.

"Alisya bukan anak Abang Fattah."

"Ha? Habis tu anak siapa?" Aareen menyoal dalam nada terkejut.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang