CYT 19

7.2K 267 16
                                    

Dua minggu kemudian...

TERSENYUM lebar Puan Lathifah bila melihat beberapa buah kereta masuk ke kawasan rumahnya melalui tingkap. Hari ini ahli keluarga Haiyan datang untuk masuk meminang Aareen tanpa pengetahuan anak gadisnya itu. Dia pula yang teruja. Pada awalnya dia teragak-agak untuk setuju setelah diberitahu oleh Haiyan bahawa keluarga lelaki muda itu mahu datang meminang Aareen. Setelah difikir keikhlasan Haiyan terhadap Aareen, dia setuju saja. Ditambah pula dengan sokongan Encik Azad.

"Abang. Cepat la keluar. Dia orang dah sampai dah." Jerit Puan Lathifah kepada suaminya yang masih berada di dalam bilik. Suaminya pula yang bersiap lebih daripadanya.

"Ya, kejap la. Awak ni tak menyempat betul." Encik Azad membalas seraya keluar dari bilik dengan songkok ditangan. Kemudian songkok dikemaskan atas kepala sebelum menghampiri Puan Lathifah.

Puan Lathifah menjeling suaminya. "Lambat betul awak siap. Orang nak masuk meminang anak awak ke nak masuk meminang awak? Awak pula yang lebih." Selorohnya dengan muka masam. Dia pula yang teruja seorang diri. Suaminya itu bagaikan tiada reaksi langsung. Padahal suaminya juga yang beria memaksa setuju dengan Haiyan tempoh hari.

"Dah jom sambut dia orang. Tak elok biarkan tetamu dekat luar lama-lama." Malas Encik Azad melayan seloroh isterinya itu. Sempat juga dia mengintai dari celahan tingkap melihat beberapa buah kereta. Dan terlihat seorang wanita keluar dari kereta itu dan masih membelakangi rumah mereka. Mungkin itu ibu kepada Haiyan. Duganya sendiri.

"Assalamualaikum."

Kedengaran orang memberi salam dari luar jadikan mereka berdua kelam kabut. "Eh dia orang dah bagi salam la. Jom." Terkocoh-kocoh Puan Lathifah melangkah ke pintu rumah yang sedia terbuka itu diikuti Encik Azad dari belakang. Senyuman tidak lepas dari bibir.

"Waalaikumu... ssalam." Terhenti langkah Puan Lathifah setelah jejak kaki keluar dari rumah dan kaget melihat pasangan suami isteri yang juga terkejut memandang dia dan Encik Azad. Kelu serta merta lidahnya untuk mempelawa tetamu itu masuk ke dalam.

Encik Azad juga berdiri kaku disebelah Puan Lathifah. Riak wajahnya jelas terkejut dengan kedatangan pasangan suami isteri itu. Seakan tidak percaya dengan apa yang ada di depan mata sekarang. Dia sedang bermimpikah?

"As... siyah." Perlahan nama itu meniti di bibir Puan Lathifah sebelum air mata kegembiraan menitis dipipi. Terus dimeluru ke arah wanita yang terkejut itu dan memeluk erat tubuh itu.

Terkejut Puan Asiyah dengan pelukan kakak iparnya yang erat itu. Masa seakan terhenti ketika abang dan kakak iparnya keluar dari rumah. Dengan teragak-agak pelukan Puan Lathifah dibalas. Dia dan kakak ipar tirinya itu langsung tiada masalah. Malah ketika dia diusir oleh abang tirinya, Puan Lathifah la yang paling kuat mempertahankan dia dari keluar dari rumah orang tua mereka.

Pelukan dileraikan. Puan Lathifah memegang pipi Puan Asiyah. Sungguh, dia tidak percaya yang mereka akan bertemu kembali. Ini lah dia minta dan doakan selama ini. Akhir sekali doanya dimakbulkan.

"Ya Allah, Yah. Lama kita tak jumpa. Tak sangka Allah bawa juga Yah ke sini. Alhamdulillah." Ucap Puan Lathifah dengan penuh kesyukuran. Harapan untuk melihat suami dan adik tirinya berbaik semakin luas. Suaminya juga telah memaafkan Puan Lathifah.

Manakala Encik Azad masih berdiri kaku memandang adik tiri dan adik iparnya silih berganti. Apa yang telah berlaku? Apa tujuan kedatangan mereka berdua ke rumahnya dan macam mana mereka dapat tahu rumah barunya itu? Dia bukan tidak dapat menerima kehadiran pasangan itu, namun dia berasa malu dengan diri sendiri dan juga mereka berdua. Sejujurnya dia memang sudah memaafkan adik tiri dan adik iparnya itu.

Encik Hafizuddin tersenyum melihat isterinya dan Puan Lathifah. Dua wanita itu memang rapat sejak dulu lagi. Bagaikan adik beradik kandung. Abang ipar tirinya yang sedang berdiri dihadapan pintu itu dipandang. Dengan teragak-agak langkah diatur ke situ.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang