CYT 62 (End)

18.7K 389 55
                                    

Psstt... harap maaf kalau ada typo or salah ayat ke apa sebab iera tak check and terus publish je. Ni pun jenuh fikir macam mana nak tamatkan HAHAHA. Happy reading! Ni bab last tau🤪

-

2 tahun kemudian...

MELANGKAH keluar dari tandas, bibir melorek senyuman bahagia. Mata tidak lepas dari memerhati 3 beranak yang pulas ketiduran di atas katil tersebut. Perlahan dia melangkah menghampiri katil. Makin melebar senyuman bila melihat betapa pulasnya pasangan kembar itu tidur sambil kedua-duanya memeluk tubuh sasa Haiyan. Aarash di sebelah kiri dan Aariz disebelah kanan. Kedua-duanya begitu selesa memeluk si bapa sambil kaki juga turut berada di atas perut Haiyan.

Sekejap saja masa berlalu. Usia anak-anak mereka telah pun genap 2 tahun. Seperti baru semalam dia baru melahirkan pasangan kembar itu. Hari ini kedua-dua sudah dapat berlari dan tidak reti duduk diam. Hendak pula Aarash dan Aariz begitu cepat boleh berjalan.

Dia tersenyum lagi seraya melangkah ke wardrobe. Dress miliknya dan juga 3 pasangan baju Melayu dicapai untuk digosok. Hari ini keluarga mereka ada majlis yang sangat besar. Jadi, mereka perlulah bersiap-siap dengan awal.

Usai, katil didekati semula. Aareen berlabuh disisi Aariz yang masih tidur. Nyenyak betul. Kini matanya tertumpu pada wajah Haiyan yang turut nyenyak dalam lena. Kesian lelaki itu, jam berapa baru Haiyan lelapkan mata kerana melayan kerenah dua hero mereka. Merengek tak mahu tidur.

Bibir Aareen dijatuhkan pada ubun-ubun Haiyan. Dia tersenyum sambil tangan mengusap pipi lelaki itu. Ah! Makin hari dia makin jatuh cinta pada Haiyan.

"Sayang..." Panggil dia lembut dan perlahan. Bimbang nanti Aarash mahupun Aariz akan terbangun disebabkan suaranya.

Dilihat Haiyan menggerakkan kepala ke kiri namun masih belum ada tanda-tanda mahu membuka mata.

Bibir didekatkan pada telinga Haiyan.

"Sayang bangunlah..."

Tiba-tiba bibir Haiyan melorek senyuman kemudian ketawa kecil. Berkerut dahi Aareen bila Haiyan ketawa begitu. Lelaki itu masih tidur kan? Atau bukan?

Haiyan membuka mata dan terus matanya disapa seraut wajah lembut milik Aareen. Mahu memegang wajah itu, tangan kanannya menjadi sebagai bantal Aaraz.

"Kenapa gelak?"

"Cara Liya kejut Hubby macam nak Hubby teruskan tidur tau. Manja sangat."

Wajah Aareen membahang. Intonasi suaranya memang begitu nak buat macam mana.

"Dah la cepat bangun. Dah pukul enam dua puluh dah. Solat Subuh."

Haiyan pandang kanan dan kirinya. Tersenyum melihat Aarash dan Aaraz masih nyenyak tidur dalam dakapannya. Perlahan-lahan tubuh dibangkitkan dari baringan agar tidak menganggu tidur kembar itu. Kemudian, dia meralih pula pada Aareen dengan meletakkan kepada diatas riba wanita itu. Mata dipejamkan menikmati belaian tangan lembut Aareen pada rambutnya.

"Give your morning kiss dulu."

Tangkas tangan Aareen menolak kepala Haiyan dari ribanya. "Mengada! Pergilah mandi cepat. Dekat bawah tu banyak lagi kerja kena buat tau."

"Kiss me first. Mmm..." Memuncung bibir Haiyan menanti Aareen memberi ciuman padanya.

"Ah tak ada. Hubby tak gosok gigi lagi. Busuk!" Selamba bibir Haiyan ditenyeh Aareen.

Haiyan bangun dari baringan. "Okay, okay. Hubby pergi mandi. Lepas solat nak tuntut morning kiss." Dalam sisa mengatuk yang masih ada, dia mencapai tuala dan melangkah masuk ke dalam tandas.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang