CYT 47

12.5K 369 131
                                    

SAMPAI diperkarangan rumah, Haiyan segera menerpa ke arah pintu rumah dan membolos masuk dengan tergesa-gesa. Biarpun sedar bahawa kereta milik isterinya tiada diluar, dia tetap mahu memeriksa sendiri. Langkah diatur laju ke arah anak tangga dan mendaki. Dada menahan debaran yang menggila. Berharap Aareen tidak pergi jauh darinya.

Sepanjang perjalanan dari hospital menuju ke rumahnya, tidak henti-henti dia menghubungi Aareen. Namun, satu panggilan pun tidak berjawab. Whatsapp lagilah. Aareen menutup last seen, jadi dia tidak tahu bila kali terakhir wanita itu berada diaplikasi tersebut.

"Liya."

Tidak tahu kenapa dia tetap saja menyeru nama itu dengan penuh harapan Aareen akan menyahut. Tindakan bodoh yang dia lakukan di hospital tadi benar-benar membuat dia menyumpah pada diri sendiri. Bagaimana dia sanggup menaikkan tangan pada wanita yang sedang mengandungkan anaknya? Hanya disebabkan satu kesalahan, dia terus menghukum Aareen.

Bilik tidur mereka diterjah masuk. Perkara pertama yang diperiksa adalah almari pakaian milik isterinya!

Almari dibuka dan... Haiyan kaku ditempatnya. Denyutan jantung seakan terhenti secara tiba-tiba bila melihat baju-baju yang tergantung banyak, kini hanya tinggal beberapa helai sahaja. Yang tinggal hanya baju yang pernah dia berikan kepada Aareen.

Haiyan jatuh terduduk. Dia menunduk kesal. Aareen benar-benar pergi meninggalkan dia kali ini.

Wajah diraup kasar dan sesal!

"Allah! Apa aku dah buat ni?!"

Tapak tangan kanannya dipandang. Bayangan wajah Aareen yang menangis selepas menerima tamparan menyapa ruang memorinya. Tanpa diduga, air mata keluar mengalir dipipi bersama mata yang dipejamkan. Menyesal dengan apa yang dia lakukan kepada isterinya!

"I'm sorry, sayang. I'm sorry." Bibir tidak berhenti bergerak memohon maaf dari wanita itu.

Teringat semula beberapa keping gambar yang berada di dalam sampul surat serahan Aareen padanya. Betapa dia terkejut dengan semua gambar-gambar dia sedang berdua-duaan dengan Farah. Semua gambar yang ditangkap jelas menunjukkan kemesraan dia bersama Farah.

Ya! Dia tahu memang salah dia bila dia bertindak menduakan Aareen tanpa dia sedar. Tetapi, siapa saja yang sanggup mengekorinya dan merakam setiap perbuatan dia bersama Farah?!

Penumbuk dikepal erat. Dia perlu cari tahu siapa perilakunya. Tentu gerangan tersebut sudah mempunyai rancangan untuk menjauhkan Aareen dari dia!

🍃🍃🍃

Hana mundar-mandir didalam biliknya. Keadaan dia sekarang gelisah tidak menentu. Ingatannya hanya dipenuhi dengan pertelingkahan yang berlaku antara abang dan kakak iparnya dan juga seorang perempuan sewaktu dihospital tadi.

Keadaan salah seorang kawannya yang terlantar dihospital membawa dia ke hospital tersebut. Dalam keadaan dia sedang menunggu waktu melawat tiba, dengan tidak sengaja dia berjalan di kawasan taman dan terlihat kelibat Haiyan, Aareen dan bersama seorang perempuan yang mungkin juga seorang doktor disitu.

Paling mengejutkan bila tidak dijangka akalnya, tamparan Haiyan melayang pada pipi Aareen, kakak iparnya. Selepas Aareen beredar, dia terus menyerang Haiyan.

"Abang!" Lantang suara Hana menyeru nama abangnya. Langkah diatur dengan laju mendekati Haiyan bersama seorang perempuan yang dia tidak kenal.

Jelas wajah Haiyan berubah riak. Pucat. Mungkin tidak sangka dia juga akan ada disini.

"Apa yang abang buat dekat Kak Reen tadi?!" Soal Hana dengan suara yang meninggi.

Tiada kata yang keluar dari Haiyan. Melihat perempuan disebelah abangnya, dia menolak bahu Farah dengan kasar.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang