CYT 25

6.3K 224 9
                                    

SONGKOK diatas katil dicapai dan dia mendekati meja solek. Haiyan memandang dirinya disebalik cermin dengan wajah suram. Nafas ditarik dengan dalam sebelum dihembus kuat. Matanya dipejam rapat.

"Ya Allah. Betul ke apa yang aku buat ni? Kahwin dengan perempuan yang aku tak cinta." Rintih Haiyan sayu. Pelipis dipicit perlahan.

Tiada guna juga dia berfikir sekarang. Majlis ijab dan qabul dia dengan Aareen akan berlangsung pada hari ini juga. Untuk dia batalkan majlis itu mustahil. Banyak hati yang akan terluka nanti. Terutama sekali Puan Asiyah, Mama dia. Tentu wanita itu akan kecewa teruk dengan dia.

"Aku kena teruskan. Demi Mama."

Songkok disarungkan ke atas kepala dengan sedikit semangat yang ditanam di dalam diri. Mahu atau tak, dia kena juga teruskan perkahwinan ini. Dia yang mulakan langkah untuk mendekati Aareen. Dia yang masuk meminang gadis itu. Dan, dia juga yang telah memberi Aareen harapan.

Haiyan tahu akan perasaan Aareen terhadap dirinya. Lebih daripada tahu. Setiap tingkah laku Aareen dengannya sebelum mereka bertunang lagi sudah dia tahu akan isi gadis itu. Haiyan tahu siapa dia di dalam hati Aareen. Tapi, sengaja dia buat tidak tahu. Tidak mahu Aareen lebih berharap kepada dia.

Tok! Tok!

"Mengelamun jauh anak teruna Mama. Boleh Mama masuk?"

Puan Asiyah tersenyum lebar diambang pintu bilik yang terbuka luas dipandang. Kepala dianggukan.

"Masuk la Mama."

Anak lelaki terunanya didekati. Tidak sangka sudah besar panjang anak lelakinya itu. Bakal jadi suami orang sudah. Baju melayu putih tersarung kemas ditubuh tegap Haiyan dibetulkan sedikit.

"Handsome anak Mama ni. Dah nak jadi suami orang dah."

Tersenyum sumbing Haiyan dengan pujian itu. Bukan tak pernah dengar pujian itu dari Puan Asiyah. Boleh dikatakan setiap pagi sebelum dia berangkat ke hospital, pujian itu lah yang sering Mamanya tuturkan.

"Tengok la anak lelaki siapa."

Tergelak kecil Puan Asiyah sebelum wajahnya berubah serius. Ditenung dalam wajah Haiyan. Siapa sangka anak lelakinya dulu yang langsung tidak terbuka hati untuk menerima mana-mana perempuan setelah pemergian arwah Tihani, kini sudah bakal menjadi suami orang.

"Mama bangga dengan Iyan."

"Bangga? Kenapa?"

"Bangga sebab Iyan dah boleh move on dari kehidupan yang sebelum ni. Mama tahu tak sepatutnya Mama sebut tentang ni. Tapi, Mama cuma nak luahkan perasaan bangga Mama terhadap Iyan. Iyan tahu tak? Dulu, masa Iyan cakap dengan Mama yang Iyan tak akan terima mana-mana perempuan pun dalam hidup Iyan, Mama rasa Mama dah kehilangan anak lelaki Mama yang seorang ni." Pipi kiri Haiyan dipegang Puan Asiyah.

Haiyan hanya setia mendengar dengan sedikit perasaan terharu dan sedih. Berdosakah dia terhadap Mama sendiri kerana pernah berkata begitu?

"Tapi bila saja Iyan cakap yang Iyan mula kenal dengan Reen, Mama happy sangat. Rasa bersyukur Mama tak terucap. Betapa lega hati Mama bila akhirnya anak teruna Mama ni buka juga hati dia untuk perempuan lain. Sembilan tahun Mama tunggu. Sembilan tahun Mama tunggu Iyan kembali kepada kehidupan normal macam dulu."

"Bertambah happy Mama bila Iyan nak suruh Mama pergi meminang Reen. Hanya Allah saja tahu perasaan Mama masa tu. Setiap hari Mama minta doa agar anak Mama ni terbuka hati untuk terima jodoh yang dikurniakan Allah. Setiap hari Mama doa supaya Iyan boleh move on dengan arwah. Dan...Alhamdulillah, Allah makbulkan doa Mama. Dan tak salah juga bila Mama paksa Iyan carikan calon isteri. Buktinya, hari ni anak teruna Mama bakal dijab qabulkan dengan Reen."

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang