CYT 16

5.8K 231 19
                                    

"ASSALAMUALAIKUM." Mendengar suara memberi salam dari luar rumah, cepat-cepat Puan Lathifah keluar dari bilik dan menerpa ke arah tingkap. Orang di luar dilihat terlebih dahulu sebelum pintu dibuka. Itu adalah cara paling selamat jika tidak mahu perkara buruk terjadi. Zaman sekarang bukan boleh percaya.

Setelah dapat mengecam siapakah gerangan itu, terus dia membuka pintu rumah tanpa ragu. "Waalaikumussalam. Jah rupanya. Aku ingatkan siapa tadi. Eh, masuk la dulu."

Jemput Puan Lathifah kepada adik iparnya.

"Masuk Jah."

Puan Khadijah melangkah masuk ke dalam dengan senyuman. "Abang Azad tak ada ke?"

"Tak ada. Keluar dengan Raif."

"Oh. Eh, cakap pasal Raif. Semalam Jah ada nampak seorang budak lelaki ni berbual dengan Abang Azad. Tapi Jah tak pernah nampak pula dia dalam kampung ni. Kawan Raif ke?" Soal Puan Khadijah apabila teringatkan lelaki muda yang dia nampak di masjid semalam sebelum berangkat pulang.

"Itu Haiyan. Kawan Reen." Tersenyum lebar Puan Lathifah mengenalkan Haiyan sebagai kawan Aareen. Tidak tahu kenapa sejak dia mengenali Haiyan dan tahu sikap dan adab lelaki muda itu hatinya jadi tenang saja.

Puan Khadijah buat muka hairan dan pelik.

"Kawan Reen? Sejak bila budak tu pandai berkawan dengan lelaki? Dan Kak Pah tak marah ke?" Bukannya dia tidak kenal kakak iparnya itu seperti apa.

Soalan Puan Khadijah menghadirkan ketawa dari Puan Lathifah . "Kak Pah marah kalau berkawan saja. Kalau ada niat elok Kak Pah okay saja."

"Apa maksud Kak Pah?"

"Budak lelaki tu datang sebab nak minta restu Kak Pah dengan Abang Azad nak masuk meminang Reen." Kata Puan Lathifah berterus terang. Antara mereka berdua memang tiada rahsia langsung.

"Betul ke?" Tak semena-mena pula Puan Khadijah bersoal teruja dan gembira.

Puan Lathifah mengangguk. "Betul la. Tak akan Kak Pah nak tipu pula."

"Tahniah la Kak Pah tak lama lagi dapat menantu." Bahu kakak iparnya ditolak perlahan. Dia pula yang teruja lebih.

"Tapi kan, Jah tengok muka budak lelaki tu macam pernah nampak. Kak Pah tak rasa ke muka dia nak sama dengan adik tiri Jah dengan Abang Azad?"

"Maksud Jah, Asiyah?"

Tekaan Puan Lathifah dijawab dengan anggukan dari adik iparnya menandakan jawapannya tepat. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan adik iparnya yang seorang itu. Walaupun hanya sekadar adik ipar tiri, sayang dia kepada adik ipar tirinya itu tidak pernah berubah sama dia sayangkan kepada Puan Khadijah.

Wajah ceria dan teruja Puan Khadijah berubah sedih dan mendung. "Jah teringat dekat Asiyah. Rindu sangat dengan dia, Kak Pah. Dah berpuluh tahun kita tak jumpa dia sejak Abang Azad halau dia dari sini."

Bahu adik iparnya digosok. "Sabar Jah. Insha Allah suatu hari nanti kita pasti akan berjumpa dengan dia."

"Kak Pah rasa Abang Azad masih belum maafkan Asiyah ke?" Disebabkan abangnya itulah adik tiri mereka pergi dari rumah peninggalan ayah mereka bertiga. Walaupun adik tiri mereka itu adalah adik berlainan bapa, dia sedikit pun tidak berasa benci kepada adik tirinya sehingga la sekarang.

Puan Lathifah tersenyum hambar. Soalan itu terlalu sukar untuk dia jawab. Dia tidak tahu sama ada suaminya masih maafkan Asiyah ataupun tidak. Tetapi sejak kepergian Asiyah dari Raub, kerap suaminya itu menginggau dan memanggil nama Asiyah di dalam tidur.

Di dalam sudut hati suaminya, Puan Lathifah tahu bahawa suaminya itu sangat sayang akan Asiyah. Tetapi disebabkan perasaan benci terhadap musuh, sanggup mengetepikan perasaan sayang itu. Setiap hari dia berdoa agar dipertemukan dengan adik tiri suaminya itu. Walaupun adik tiri, mereka semua tetap adik beradik. Hubungan adik beradik yang erat tidak akan putus.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang