CYT 59

14.9K 374 62
                                    

PELIK. Aareen pelik dengan sikap Haiyan yang langsung tiada perubahan. Haiyan tidak bercakap. Malah mendekati dia pun tidak. Lelaki itu tidak dengar ke apa yang di cakap semalam? Atau... Haiyan merajuk? Argh! Pusing kepalanya sekarang ini. Siapa yang merajuk ni?!

Nasib baik hari ini merupakan hari minggu. Bolehlah dia cuba memujuk lelaki itu. Dia tahu dia sudah keterlaluan dalam meletakkan syarat. Alih-alih syarat itu memakan diri sendiri. Seperti semalam, dia pula yang beria-ria menangis bimbang Haiyan tidak pulang.

Haiyan diruangan TV dihampiri. Begitulah lelaki itu menghabiskan masa sepanjang hari-hari syarat berlangsung. Haiyan benar-benar mengikut syarat. Tapi sekarang, Aareen sudah tidak peduli lagi. Dia yang buat syarat dan yang sebenarnya dia juga tidak betah bila tidak dapat pujukan dari lelaki itu!

Duduknya dilabuhkan disebelah lelaki itu. Sekilas dia memandang Haiyan yang matanya hanya fokus pada skrin TV. Langsung tidak mengendahkan dia disebelah.

"Iyan..." Sengaja suaranya dilembutkan seraya lengan itu dipeluk dan kepala dilabuhkan pada bahu Haiyan.

Haiyan simpan senyum. Dia masih berpura-pura fokus pada filem dikaca TV. Hakikatnya dia juga sedang menanti tindakan wanita itu yang seterusnya. Sesekali mahu juga dipujuk Aareen. Ingat lelaki tak pandai merajuk?

Aareen mendongakkan wajahnya untuk memandang Haiyan. Riak lelaki itu masih lagi biasa. Seperti tiada perasaan.

"Iyan... kenapa ni? Awak marahkan saya?"

Masih tiada balasan juga dari lelaki itu. Tidak putus asa, Aareen menyulam tangan kirinya pada tangan kanan Haiyan. Kemudian, tangan kanan dia pula disatukan. Kini, tangan Haiyan berada ditengah-tengah antara tangannya. Dia tersenyum bahagia. Rasa berbunga bila melihat keadaan tangan mereka begini.

Manakala Haiyan pula masih keras. Masih seperti patung cendana membiarkan tingkah laku isterinya. Sudah 15 hari dia cekalkan hati dengan hanya dapat melihat Aareen dan tanpa menyentuh. Jadi, sudah terbiasa bila Aareen yang mulakan. Dan dia tidak boleh buat apa-apa. Sekarang biarpun Aareen membatalkan syarat-syarat tersebut, dia masih mahu berpura-pura tidak tahu. Lakonan perlu mantap!

Wajah Haiyan ditatap semula. Lelaki itu membisu saja. Buat dia seperti tidak wujud.

"Iyan... kenapa awak tak cakap? Kan saya kata semalam kita lupakan je syarat saya yang mengarut tu. Awak tak perlu diam macam ni." Pujuk Aareen lagi.

Argh! Kenapa dia pula yang terseksa bila Haiyan buat tidak tahu? Beginikah perasaan lelaki itu sepanjang 15 hari ini? Terseksa! Tapi inilah yang dia mahukan. Tidak sangka dia pun turut terseksa.

Keluhan dilepaskan.

"Awak merajuk ke?"

Krik krik krik.

"Awak marah ke?"

Krik krik krik.

"Awak nak saya pujuk?"

Krik krik krik.

Aareen memuncungkan bibirnya. "Tapi saya tak pandai pujuk. Saya pandai merajuk je."

Haiyan ketap bibir. Dia mahu ketawa sebenarnya tapi ditahan. Ketika wanita itu menyoal dia, Aareen turut menayangkan wajah comel. Geram!

Tiba-tiba suara Aareen tidak kedengaran lagi. Dia masih berfikir cara apa lagi yang perlu dia buat untuk memujuk Haiyan. Lama berfikir, dia macam boleh nampak ada mentol yang menyapa di atas kepala. Dia tersenyum penuh nakal.

Tangan mereka yang bertaut Aareen leraikan. Dia sudah tahu apa yang dia mahu lakukan. Walaupun cara itu buat jantung dia hampir lari dari rumah. Belum buat tapi dah berdebar tak menentu!

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang