CYT 15

6.6K 252 15
                                    

BERKEDUT seribu dahi Encik Azad melihat kekalutan isterinya di dapur. Sekejap ke sana sekejap ke sini mengambil bahan masakan yang hendak dimasukkan ke dalam kuali dan periuk. Entah apa yang dikalutkan dia sendiri tidak tahu. Kerusi meja makan ditarik dan diduduki sambil mata tidak lepas memandang kelincahan Puan Lathifah yang bertungkus-lumus memasak pelbagai lauk.

"Masak banyak macam ni siapa yang nak makan?" Soalnya secara mengejut tiada deheman ataupun salam.

Terangkat bahu Puan Lathifah kerana terkejut dengan suara suaminya yang tiba-tiba saja bergema di dapur itu. Nasib tidak melayang sudip ditangannya itu.

"Abang ni buat saya terkejut saja la." Dada diurut bagi meredakan debaran kerana terkejut. Mujur dia tidak ada serangan jantung. Kalau tidak... tak sempat nak jumpa menantu.

"Habis tu awak tu yang sibuk sangat sampai tak perasan saya dah masuk. Saya tanya ni, yang masak banyak macam ni siapa nak makan?" Lauk-pauk diatas meja makan diperhati satu persatu. Meleleh air liurnya. Semua masakan kampung. Siap dengan ulam lagi.

"Untuk awak makan la." Selamba Puan Lathifah menjawab. Tangan lincah menghiris lada merah dan hijau untuk dibuat sambal.

Luas mata Encik Azad terkejut. "Saya?" Banyak sangat untuk dia habiskan semua ini. Mahu ulang alik ke tandas sepuluh kali berturut-turut.

Tergelak Puan Lathifah dengan reaksi yang diterima dari suaminya . "Tak ada la. Hari ini kita ada tetamu. Itu yang saya masak banyak."

"Tetamu? Eh tak pernah ada tetamu kalau bukan hari raya atau kenduri. Tiba-tiba saja. Siapa?"

Pisau diletak diatas papan hiris dan tangan dibasuh sebelum mendekati suaminya. "Cuba teka?"

"Saya dah tua. Mana pandai nak teka bagai. Bagitahu saja la." Malas benar Encik Azad nak berteka bagai bila sudah tua macam ni. Otak pun sudah berkarat.

Jawapan dari Encik Azad dapat cebihan dari Puan Lathifah. Dah buat suspen sikit pun tak boleh suaminya itu.

"Tetamu kita tu bakal menantu awak la." Dia kembali melangkah ke kabinet ingin menyiap hirisan lada yang di tinggalkan sebentar tadi.

Mulut Encik Azad berbentuk 'O' setelah diberitahu oleh isterinya. Terus terang kan mudah kerja daripada berteka seperti tadi. Tak ada la dia tertanya-tanya.

"Dah bertolak ke sini ke?"

"Dah. Pukul sembilan tadi. Kejap lagi sampai la tu."

"Bagus la macam tu. Awak masak la banyak mana pun. Saya nak duduk dekat luar. Nak tunggu bakal menantu sampai." Perkataan 'bakal menantu' sengaja ditekankan sebelum berlalu keluar.

Tergeleng Puan Lathifah. Teruja betul nampak suaminya itu mahu berjumpa dengan bakal menantu. Dia sendiri juga sebenarnya tidak sabar menunggu Raif sampai ke rumah membawa Haiyan. Ingin juga lihat bagaimana rupa dan sikap budak lelaki itu.

Makanan sudah siap masak dan dihidangkan di atas meja dengan teratur. Tinggal air saja yang tidak dibancuh lagi. Kalau Aareen ada sekarang sudah pasti anak gadisnya itu akan hulurkan tangan membancuh air.

"Tipah! Raif dah sampai ni!" Ujar Encik Azad dari ruang tamu. Dia bingkas bangun bila melihat kereta Audi milik Raif masuk ke kawasan rumah. Lega Encik Azad bila Raif selamat sampai.

Tergesa-gesa Puan Lathifah keluar dari dapur dan masuk ke dalam bilik mengambil tudung sarung sebelum keluar ke ruang tamu. Berdebar pula nak jumpa bakal menantu. Nasib baik pakaian pun tidak selekeh hari ini. Kalau hari biasa dia hanya mengenakan kain batik dan baju kurung kedah saja. Disebabkan hari ini ada tetamu kena la pakai cantik sikit. Bakal menantu pula tu.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang