CYT 34

7.6K 268 8
                                    

HAIYAN mengangguk kecil seraya mengucapkan terima kasih kepada pelayan restoran setelah mereka selesai membuat pilihan makanan. Bibir yang tergaris senyuman tipis terus kendur serentak dengan dahi yang dikerutkan apabila mata bertentangan dengan Aareen. Isterinya itu asyik memandang dia dengan gaya menahan pipi menggunakan tangan kanan yang ditahan diatas meja. Aareen tersenyum lebar.

Perbuatan Aareen membuat Haiyan kurang selesa. Tidak semena-mena jantungnya yang baru saja normal kembali berdetak kuat. Dia mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk keluar dari kereta setelah apa yang Aareen lakukan kepada dia sebentar tadi. Rasa terkejut masih belum hilang.

"Kenapa senyum macam tu?" Soalnya cuba menarik perhatian isterinya itu daripada terus memandang dia tanpa berkelip.

Hendak pandang itu tiada masalah. Yang jadi masalah adalah bila senyuman Aareen itu yang begitu tertarik baginya. Sudah lama rasanya Aareen tidak tersenyum lebar seperti itu selepas berlaku peperangan dingin antara mereka sebelum ini.

Aareen menjongket bahu. "Saja." Jawabnya selamba.

Dalam hati tidak henti-henti dia mentertawakan suaminya itu. Tidak tahu pula Haiyan ini sejenis lelaki pemalu rupanya. Setelah apa yang berlaku di dalam kereta tadi, suaminya itu sedikit segan mahu bertentang mata dengannya. Aareen rasa seperti tertukar pula. Sepatutnya yang mempunyai sikap segan nak malu itu adalah dia. Ini tidak, Haiyan pula yang segan.

Beberapa minit menunggu, makanan sudah tiba. Tanpa membuang masa, mereka terus menjamu selera mengisi perut yang mula berbunyi.

"Iyan. Nak rasa tak?" Tanpa segan silu, Aareen menyua sesudu kuey teow ladna kepada Haiyan.

Haiyan mengangkat wajah. Sedikit terpinga-pinga memandang sudu yang disua ke arahnya dan juga wajah Aareen silih ganti. Dia sedikit kebingungan dengan tingkah Aareen yang banyak diluar jangkaan dia pada hari ini. Tidak mahu mengecewakan Aareen, teragak-agak dia membuka mulut dan menerima saja suapan kuey teow ladna dari isterinya walaupun dia kurang gemar.

Kini, Aareen pula yang terkaku seketika. Dia sengaja berbuat demikian kerana ingin menguji lelaki itu. Dan dia yakin yang Haiyan pasti akan menolak. Dia juga sudah siap sedia menerima kelakukan dan penolakan dari lelaki itu. Namun... Haiyan selamba saja menerima suapan dia. Tidak! Hatinya sedikit tersentuh. Senyuman tidak mampu disembunyikan lagi.

Dengan penuh rasa gembira, dia ingin menyambung menikmati makanannya.

"Liya, wait."

Haiyan dipandang hairan. Dilihat tangan lelaki itu mula bergerak mencapai bekas tisu disebelah dan sehelai tisu ditarik. Berkerut-kerut dahi Aareen tika ini. Kenapa?

Sesaat, Aareen seakan mula merasakan nafas tersekat. Senyuman yang melebar tadi terus menghilang. Jika tadi Haiyan yang terpinga-pinga, sekarang dia pula. Mana tidaknya, selamba saja Haiyan mengelap hujung bibirnya!

"Makan pun comot." Komen Haiyan. Kemudian dia kembali menyambung menjamu selera. Dia tersenyum geli hati melihat wajah Aareen itu. Yang hakikatnya, tiada sebarang sisa comot pun di hujung bibir itu. Sengaja dia mahu mengenakan isterinya itu.

Selesai mengisi perut, mereka kembali meneruskan perjalanan menuju ke Melaka. Aareen tidak pasti apa yang menarik di Melaka kerana dia tidak pernah menjejak kaki ke negeri itu. Ada juga terfikir hendak bercuti disitu tetapi masa yang tidak mengizinkan memandangkan dia sibuk belajar sebelum ini.

Hampir 2 jam pemanduan, Haiyan akhir memberhentikan kereta dihadapan Imperio Residence Seafront Perfect Host. Hotel yang telah siap ditempah oleh Haiyan sebelum datang ke sini. Dia sememangnya telah merancang untuk membawa Aareen bercuti ke Melaka. Dengan bantuan Faiz, dapatlah sedikit sebanyak dia tahu tempat yang menarik disini memandangkan ibu Faiz berasal dari Melaka.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang