CYT 32

7.4K 263 25
                                    

"AAREEN." Lengan Aareen diraih lembut oleh Haiyan sebaik sahaja dia melihat Aareen seakan mahu keluar dari bilik mereka. Mereka baru saja selesai menunaikan solat Isyak. Isterinya itu juga semakin membisu selepas mereka pulang dari kedai.

Tanpa bicara, Aareen berhenti tanpa sebarang riak diwajahnya. Dia malas mahu berhadapan dengan wajah Haiyan yang langsung tiada rasa bersalah dalam diri lelaki itu. Malah, Haiyan langsung tidak mengingati apa yang telah lelaki itu katakan kepadanya.

Dia, tak pernah sekali pun menunjukkan betapa berianya dia mahu menjadi isteri lelaki itu. Tetapi sebaliknya, Haiyan yang bersungguh-sungguh rapat dengannya, masuk meminang, bertunang dan mempercepatkan perkahwinan mereka. Alih-alih, lelaki itu mengatakan seperti menyesal pula jadikan dia isteri. Apa semua tu?

Haiyan yang beria dan bukan dia!

Kedengaran Haiyan menarik nafas dalam sebelum dihembus. Lelaki itu terjeda seketika.

"Aareen. We need to talk. Kita selesaikan masalah kita sekarang juga." Ujar Haiyan perlahan. Jujur dia tidak boleh dengan sisi Aareen yang sekarang ini.

Tangan Haiyan yang memegang lengan, Aareen tepis perlahan. Dia berpeluk tubuh sambil pandang ke arah lain.

"Nak cakap apa?" Mendatar dia bertanya.

"Okay look. Saya memang tak ingat apa yang saya dah buat pada awak selain dari saya pernah tengking awak. Can you just tell me what i have done to you? Jangan buat saya terfikir sendiri." Seharian Haiyan cuba untuk ingat semula, namun sedikit pun dia tidak ingat dan tidak tahu.

Lelaki itu dipandang tidak percaya. Ya Allah! Betul-betul lah? Haiyan memang tak ingat?

"Seriously Iyan, awak tak ingat?" Soal Aareen sedikit bengang.

"Aareen. Just tell me." Sudahlah. Haiyan tidak tahan lagi tertanya-tanya sendiri. Kalau begini, sampai bila pun masalah mereka tidak selesai.

Aareen mengangguk. "Okay. I'll tell you."

Haiyan dipandang tajam. "Masa awak marah saya, tengking saya, ayat apa yang awak keluarkan dan lepaskan pada saya? Tak akan sikit pun awak tak ingat? Sikit je." Siap dengan gaya tangan lagi dia buat. Haiyan tak ingat lagi tak tahu nak cakap apa.

Dahi Haiyan berkerut seribu. Ayat? Apa yang dia katakan kepada Aareen? Seingatnya, dia hanya memarahi Aareen dan mengingati Aareen sekali lagi supaya jangan masuk bilik itu lagi.

Melihat kerutan dahi dan wajah Haiyan seakan kebingungan, fahamlah Aareen bahawa lelaki itu sememangnya tidak ingat. Bahasa kasar, nyanyuk!

"Nak saya ulang apa yang dah awak cakap dekat saya?" Mungkin dengan cara itu Haiyan akan ingat semula.

Yakin Haiyan mengangguk. "Say it."

Aareen sedut udara banyak-banyak. Mencari kekuatan agar dia tidak berasa sebak untuk mengulangi semula ayat yang pernah dilepaskan dari Haiyan kepada dia.

"Awak cakap saya degil. Ya. Saya mengaku saya degil. Tapi kata-kata awak tu yang menyakitkan hati saya. Saya ulang balik apa yang awak dah cakap. Macam ni..." Dia berjeda seketika sebelum menyambung.

"Kalau saya tahu degil dan keras kepala macam ni, saya tak akan jadikan awak isteri saya la!"

Kata-kata Haiyan diulang seratus peratus sama seperti lelaki itu keluarkan. Sedikit pun tiada yang kurang. Mulai dari hari itu, memori dan ingatannya akan mengingati setiap patah kata yang Haiyan katakan kepadanya. Simpan untuk masa hadapan.

Tersentap!

Haiyan tergamam dan tercengang. Benarkah dia berkata begitu?

"Awak tahu tak Iyan. Bukan saya tau yang beria nak kahwin dengan awak. Awak yang beria dan awak yang mulakan segalanya. Tapi boleh awak cakap macam tu dekat saya. Sakit awak tahu tak sakit? Ni..." Sambung Aareen sambil menunjuk ke dadanya. "Hati saya sakit bila awak sanggup ungkit benda tu. Kenapa? Orang degil macam saya ni tak layak ke nak dijadikan isteri? Tak layak ke?"

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang