CYT 35

8.1K 252 28
                                    

SEAWAL jam 5 pagi, Aareen mula bangun dari lena. Hari ini dia bakal memulakan tugasnya sebagai seorang guru. Tidak sabar rasanya mahu mula mengajar hari ini. Tambahan pula pada bulan pertama dia diberi peluang untuk mengajar murid-murid tahun 1 terlebih dahulu. 

Bila sudah mula bertugas, tanggungjawab dia semakin bertambah. Dia perlu bersiap lebih awal memandangkan dia juga perlu menyediakan sarapan pagi buat Haiyan. Walaupun lelaki itu jarang sekali mahu menjamah sarapan, dia tidak ambil hati. Dia juga tidak suka sarapan pagi. Akan tetapi dia perlu terus jalankan tanggungjawab sebagai isteri. 

Keluar dari tandas, Aareen mengerli jam dinding sekilas. Baru jam 5:20 minit pagi. Rasanya sudah lama dia berada di dalam tandas. Sambil mengelap rambut yang basah, dia melangkah mendekati meja solek. Sekujur tubuh Haiyan yang masih lena berbaring dipandang melalui pantulan cermin. 

Aareen tersenyum sendiri. Sikat rambut dicapai dan rambutnya yang panjang disikat rapi. Terpandang sesuatu, pergerakannya mula perlahan dan berhenti. Perutnya yang rata disentuh. Tidak semena-mena wajahnya membahang malu. Kenangan yang menyatukan dia bersama Haiyan ketika berada di Melaka terimbau kembali. 

🍃🍃🍃

Sambil bersandar pada dada bidang Haiyan, Aareen tidak henti tersenyum dan ketawa. Rancangan The Return Of Superman benar-benar buat dia sakit perut dan tidak henti senyuman melihat telatah kanak-kanak dalam rancangan itu. Comel betul!

Dia mendongak memandang wajah Haiyan. Lelaki itu terlalu fokus dengan telefon bimbit ditangan. Malam ini mereka hanya berehat di dalam bilik kerana hari kedua berada di Melaka ini mereka terlalu banyak berjalan. Jadi, mereka hanya ingin berehat. 

"Iyan."

Telefon dialihkan dan Haiyan menunduk memandang Aareen yang bersandar didadanya. Makin hari, Aareen seperti semakin manja dengannya. Dia juga melayan saja. Kening dijongket. 

"Awak rasa... saya ni muda sangat ke?" 

Berlapis-lapis dahi Haiyan bila ditanya begitu. "Tak faham. You're still twenty-four and yeah you're young. Why?"

"Iyan. Kita tak pernah bincang tentang rumah tangga kita, kan?"

Makin berkerut dahi Haiyan. Tadi tanya lain, sekarang soalan lain pula. Apa yang sebenarnya Aareen cuba sampaikan. 

"Maksudnya?"

"Family planning. Sejak kita kahwin, awak... hmm.. awak tak pernah pun..." Aareen menggantungkan ayatnya. Malu untuk bertanya lanjut. Biarlah lelaki itu faham sendiri. Dia cuma ingin tahu kenapa Haiyan tidak pernah ingin menyentuhnya. 

Haiyan mengambil beberapa saat untuk mengerti. Dahi yang berkerut kembali tegang bila sudah faham maksud disebalik kata-kata isterinya itu walaupun Aareen tidak menghabiskan bicara. 

Ketika ini, jantung Aareen berdetak laju menunggu jawapan dari lelaki itu. Terfikir juga dia, adakah lelaki itu tidak rela menyentuhnya? Atau... ada sebab lain yang menyebabkan suaminya itu mengelak dari berlaku perkara itu antara mereka. 

Haiyan berdehem tidak senang duduk. Kenapa Aareen mula membangkit soal itu? Dia lelaki dan Aareen adalah isterinya. Bukan tidak mahu dia melakukan itu namun, hati dan perasaan dia masih lagi belum beralih sepenuhnya pada Aareen. Dia tidak mahu menjadikan Aareen hanya semata-mata tempat memuaskan nafsunya. Biarlah semua berlaku disebabkan keinginan hati dan perasaan dia. 

Sekuat mana dia menepis godaan, tidak usahlah ditanya. Sejak dia dan Aareen memulakan hidup berdua dirumah sendiri dan mereka juga sebilik, berapa kali Haiyan cuba untuk menguatkan imannya. Hendak pula Aareen selamba saja berkemban di dalam bilik seperti dia tidak wujud di dalam bilik mereka itu. 

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang