CYT 6

7.2K 298 16
                                    

KERETA diletak ditempat kereta yang dikhaskan oleh pihak hospital. Aareen disebelah penumpang dipandang sayu. Tidak sanggup Raif melihat keadaan adiknya yang kemurungan itu. Dia rindukan adiknya yang ceria seperti biasa bukan seperti ini yang hanya terdiam.

"Abang cakap nak pergi klinik. Kenapa datang hospital?"

"Reen. Hospital dengan klinik sama saja la. Dah jom keluar." Pintu kereta dibuka dan mereka sama-sama keluar dari perut kereta.

"Reen larat tak nak jalan? Nak abang pimpinkan?"

Pelawaan Raif dibalas dengan gelengan dari Aareen. Selagi dia mampu buat sendiri dia tidak akan menyusahkan abangnya. Cukup semalam dia menyusahkan abangnya itu dengan bangun dari tidur kerana dia mengigau.

Setelah mendaftar dan hampir 10 minit menunggu, nombor Aareen dipanggil.

"Reen masuk dulu." Ujarnya kepada Raif yang duduk disebelahnya.

"Boleh ke?"

Ketawa kecil terlepas dari bibir pucat Aareen. Abangnya itu terlampau risau akan dirinya padahal dia baik-baik saja dan masih boleh buat sendiri.
Pintu bilik diketuk sebelum masuk.

"Masuk." Arah doktor dari dalam bilik tersebut.

Aareen membuka pintu dan memberi salam terlebih dahulu. Bibir dikemam bila doktor yang berada di dalam adalah doktor lelaki. Ini yang dia lemah ni. Dia tidak suka jika doktor lelaki yang memeriksa keadaannya. Dengan terpaksa Aareen masuk dan duduk di atas kerusi yang disediakan.

Disebabkan doktor itu memakai mask, tidak dapat Aareen melihat wajah doktor itu dengan jelas. Tambahan pula doktor itu sedang menunduk. Dalam hatinya berharap bahawa Haiyan lah doktor lelaki itu. Tidak tahu kenapa selepas peristiwa semalan, teringin sekali dia mahu berjumpa dengan lelaki itu. Mahu mengucapkan beribu-ribu terima kasih.

"So..." Doktor itu mula mengangkat wajah memandang Aareen.

Tetapi yang menghairankan Aareen adalah doktor itu seperti terpaku melihat dirinya. Sungguh dia tidak selesa bila dipandang begitu.

Aareen berdehem sedikit.

"Sorry. So, sakit apa?"

Pada pendengaran Aareen, soalan doktor itu tersangatlah skema.

"Erm... demam." Itu sajalah jawapan yang ada. Lainlah kalau Uminya ada sekali, biasanya setiap apa yang disoal doktor pasti dia akan memandang Puan Lathifah. Berharap Uminya yang akan mewakili dia menjawab soalan.

Doktor mengangguk faham sebelum mengambil temperature untuk memeriksa suhu Aareen. Berdebar Aareen saat melihat mata doktor tersebut. Tambahan pula doktor itu seperti tidak lepas dari memandang dirinya.

Setelah siap memeriksa keadaan Aareen, doktor membenarkan Aareen keluar dan mengambil ubat terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah.

"Thanks doctor. Saya keluar dulu."

Saat inilah yang dinantikan Aareen. Akhirnya dapat juga dia keluar dari bilik yang dirasa menyesakkan nafasnya.

Nafas dihembus dengan lega setelah Aareen keluar dari bilik tersebut. Lega kerana dia lepas dari pandangan doktor tersebut. Tetapi yang dia tidak faham kenapa dadanya ini berdebar tidak berhenti bila melihat doktor itu?

Seorang jururawat yang baru muncul disebelah memandang dia dengan hairan melihat Aareen yang berbuat sedemikian. Aareen hanya tersenyum malu.

"Minta lalu Cik." Pinta jururawat tersebut ingin masuk ke dalam bilik tersebut.

"Oh sorry."

Jururawat itu tersenyum dan mengangguk sebelum membuka pintu bilik. Aareen mula melangkah pergi.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang