CYT 8

7K 290 14
                                    

LAJU Haiyan menuruni anak tangga sambil tangan lincah melipat lengan baju kemeja berjenama Polo sehingga ke siku. Dia sudah terlewat ingin berjumpa dengan seseorang pada hari ini. Kasut berjenama Adidas diambil dari almari rak kasut yang tersedia disebelah pintu rumah. Cepat-cepat kaki disarung pada kasut itu.

"Iyan nak pergi mana? Kenapa kelam kabut semacam Mama tengok?" Tegur Puan Asiyah apabila perasan gerak geri Haiyan yang sedikit kelam kabut ketika turun dari tingkat atas.  Dahinya berkerut. Nak kata anaknya itu ada kecemasan di hospital tak mungkin kerana dari pakaian Haiyan dia sudah tahu pasti Haiyan bukan ingin ke hospital.

Haiyan berpaling memandang Puan Asiyah di muka pintu. "Iyan nak pergi jumpa kawan kejap. Dah lambat ni Ma. Iyan pergi dulu. Assalamualaikum." Tangan wanita itu disalam sebelum BMW miliknya dihampiri.

Tergeleng Puan Asiyah melihat Haiyan yang kalut itu. Salam dijawab sambil menghantar pemergian Haiyan yang keluar dari perkarangan rumah.

BMW Haiyan pandu dengan penuh berhati-hati membelah jalan raya yang kesesakan. Tambahan pula hari ini merupakan hari minggu. Setelah sampai di tempat yang telah dijanjikan dia keluar dari perut kereta dan terus menuju ke arah orang yang janji untuk berjumpa.

"Assalamualaikum."

Raif mengangkat wajah kemudian tersenyum melihat Haiyan yang berdiri dihadapannya. "Waalaikumussalam. Duduk la." Pelawanya.

"Sorry lambat. Saya hampir terlupa yang Encik Raif nak jumpa dengan saya."

"Tak perlu minta maaf. Saya pun baru sampai." Bohong Raif biarpun sebenarnya hampir setengah jam dia menunggu Haiyan di kedai makan itu.

Haiyan tersenyum serba salah. Terlalu banyak perkara yang dia harus fikir sehinggakan terlupa yang Raif ingin berjumpa dengannya. Pada awalnya dia cukup hairan bila Raif menghubunginya dan terus mengatakan lelaki itu ingin berjumpa dengannya. Tertanya-tanya juga dirinya atas sebab apa ingin berjumpa denganya.

Sejak peristiwa dia selamatkan Aareen, Raif tidak pernah menghubunginya selepas dari kejadian itu. Dan bila buat pertama kalinya Raif menghubunginya dia benar-benar berasa hairan.

"Kenapa Encik Raif nak jumpa saya?"

"Eh tak payah la Encik bagai. Panggil nama dah cukup." Tegah Raif. Dia tidak suka bila orang memanggilnya dengan sebegitu. Terlalu formal baginya.

"Tak nak order dulu?"

"It's okay. Dah makan dah dekat rumah tadi."

Raif mengangguk faham. Niatnya ingin berjumpa dengan Haiyan adalah satu. Ingin bertanya tentang hubungan lelaki itu dengan adiknya, Aareen. Dan kali ini dia berharap dia menjawab jawapan yang tepat dan jujur dari Haiyan.

Kedudukan dibetulkan terlebih dahulu. Tangan diletakkan di atas meja dan dicantumkan. Wajah Haiyan dipandang.

"Saya ada something nak tanya and please jawab dengan jujur." Kata Raif berharap.

Dahi Haiyan berkerut. Lain benar bunyi itu. Adakah Raif ingin bertanya soal dia dan Aareen? Tapi setahunya Aareen tidak pernah memberitahu apa-apa kepada Raif tentang mereka berdua. Lagipun antara mereka berdua tiada yang serius.

"Lain macam je bunyi. Insha Allah saya jawab dengan jujur. Apa dia?"

"Haiyan dengan Reen ada apa-apa ke?" Tanpa menunggu dan berfikir terus soalan itu terpancul keluar. Tidak perlu berfikir kerana Raif sudah lama memikirkan soalan itu. Sudah tersemat kemas dalam otaknya.

Haiyan tercengang. Benarlah tekaannya sebentar tadi. Resah dia ingin menjawab soalan itu. Ketawa kecil dilepaskan.

"Oh pasal tu. Kita orang berdua just kawan."

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang