CYT 12

6K 265 8
                                    

TELEVISYEN yang terpasang tidak menarik perhatian Puan Lathifah langsung. Fikirannya hanya menerawang ke arah tentang perbualannya bersama Raif pada minggu lepas. Perbualan mereka itu melibatkan Aareen.

"Raif kata haritu balik sini sebab nak cakap sesuatu dengan kami. Cakap pasal apa?" Soal Puan Lathifah setelah mereka berempat selesai makan malam.

Aareen telah pun masuk ke dalam bilik selepas mengemas dapur manakala Puan Lathifah, Encik Azad dan Raif menghabiskan masa berada diruangan TV.

Raif memandang Puan Lathifah. Dia terlupa akan perkara itu. "Ha'ah la Raif lupa pula."

Puan Lathifah menggelengkan kepala. Muda-muda lagi sudah lupa anak lelaki seorannya itu. "Cakap la. Umi dah tak sabar nak dengar ni. Atau Raif nak cakap yang Raif dah jumpa kekasih hati?"

"Umi ni ke situ pula. Tak ada la. Raif tak jumpa lagi."

Jawapan Raif menghadirkan rasa terkilan. Dia fikirkan anaknya itu ingin bercakap soal itu. Rupanya anggapan itu ke laut.

"Habis tu pasal apa?"

Pintu bilik Aareen yang tertutup rapat itu Raif pandang terlebih dahulu. Risau kalau adiknya itu terdengar perkara yang ingin memberitahu orang tuanya.

"Pasal Reen."

Encik Azad yang sedari tadi fokus pada TV terus berpaling ke arah Raif setelah mendengar nama Aareen disebut. Berkerut dahinya.

"Dah kenapa dengan Reen?"

Puan Lathifah turut tertanya-tanya. Apa yang anak perempuannya itu telah lakukan?

"Reen dah buat apa?"

Tergelak kecil Raif dengan riak kedua orang tuanya itu. Mungkin mereka fikir yang Aareen ada buat perkara tidak elok.

"Abah dengan Umi jangan la buat muka berkerut macam tu. Reen tak buat apa-apa pun."

"Habis tu?" Serentak Encik Azad dan Puan Lathifah menyoal. Kemudian mereka saling berpandangan.

"Abang ikut saya tanya Raif tu kenapa?"

"Bila pula? Mana la abang tahu yang awak nak tanya dia macam. Salahkan kita pula. Dah Raif teruskan kamu nak cakap apa." Balas Encik Azad kepada soalan isterinya yang seperti tidak puas hati kerana mereka berdua bertanya serentak dengan soalan yang sama.

Sekali lagi Raif tergelak. Kali ini dengan kuat. Ada saja la telatah kedua orang tuanya yang menghiburkan hati.

"Tak payah gelak sangat. Cepat cakap." Mati terus ketawa Raif bila Uminya mula menegur begitu.

"Okay macam ni. Sebelum tu Raif nak tanya Abah dengan Umi."

"Tanya apa?"

Harap sangat yang kedua orang tuanya itu memberi jawapan positif. Dia ingin bercakap tentang Aareen dan Haiyan kepada mereka berdua.

"Raif nak tanya, macam mana kalau Raif cakap yang ada seorang budak lelaki ni nak masuk meminang Reen?" Dengan perlahan saja dia menyoal. Bimbang kalau Abah dan Umi dia terkejut.

"Apa?!"

Terangkat kedua-dua bahu Raif mendengar suara terkejut Abah dan Umi dia. Ini bukan orang tuanya yang terkejut tetapi dia. Boleh terkena sakit jantung dia kalau macam ni. Dada diurut perlahan.

"Apa kamu cakap Raif? Merepek apa kamu ni? Adik kamu tu tak habis belajar lagi kan. Siapa budak lelaki tu? Suruh dia datang jumpa dengan Umi. Ada hati nak pinang anak dara orang yang tengah belajar lagi. Budak lelaki tu tengah belajar juga ke?" Melinting terus Puan Lathifah mendengar apa yang diperkatakan Raif.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang