CYT 13

6.2K 260 44
                                    

"HANA. Mama mana?" Tiba sahaja di rumah terus dia menerpa ke arah Hana yang berada di taman mini milik rumah keluarganya. Tidak sabar dia nak tahu apa yang telah Mamanya sampaikan kepada Aareen sehingga gadis itu seperti menjauh dari dia.

Hana mengalihkan matanya dari laptop kepada memandang hairan Haiyan. Kenapa dengan abangnya itu? Baru sampai rumah terus tanya Mama mereka. Dengan kasut tidak dibuka lagi.

"Abang kenapa? Kut ya pun buka la dulu kasut tu. Mama ada dekat dapur tengah buat puding." Laptop kembali difokuskan. Siapkan assignment lagi bagus dari memikirkan tentang abangnya yang pelik.

Haitham yang turut berada disitu kehairanan melihat Haiyan seakan kalut begitu. Tidak sempat bertanya, Haiyan terlebih dahulu membuka langkah ke pintu utama.

Haiyan terus kembali ke pintu utama dan membuka kasut. Figura Puan Asiyah dicari di dapur.

"Mama."

Terkejut Puan Asiyah dengan suara Haiyan yang tiba-tiba masuk ke dapur. Dadanya digosok perlahan menghilangkan rasa terkejut. Ada anak lelaki pun boleh menyebabkan sakit jantung. Badan dipusingkan ke belakang.

"Terkejut la Mama. Baru balik terus cari Mama. Kenapa?"

Puan Asiyah didekati. "Iyan nak tanya."

"Tanya saja la."

"Mama ada cakap something dekat Aareen tak time dia datang sini?"

Puan Asiyah berfikir sejenak dengan dahi yang berkerut. "Kenapa?"

Lain yang dia nak tahu lain pula Mamanya jawab. Ingatkan diam sebab nak jawab soalannya tapi sebaliknya.

"Mama ada cakap dekat dia yang Iyan nak masuk meminang dia. Tapi dia cakap Iyan tak ada cakap pasal tu dekat dia." Selamba saja Puan Asiyah jawab tanpa tahu apa-apa.

"Kenapa Iyan tanya?"

Haiyan memejamkan mata dan meraup rambut. Lupa pula dia ingin memesan kepada Mamanya supaya tidak bercakap tentang isu itu kepada Aareen. Dia sengaja tidak memberi tahu kepada gadis itu kerana dia takut Aareen tidak setuju dan mula jauh darinya. Dan sekarang benda yang dia takut itulah sudah terjadi.

Hairan Puan Asiyah melihat Haiyan yang seperti tertekan saja. Adakah dia salah cakap? Tapi betul lah yang Haiyan pernah memberitahu dia supaya dia masuk meminang Aareen. Cuma tunggu masa yang sesuai saja.

"Mama ada salah cakap ke?"

Haiyan memandang Puan Asiyah. Hendak dimarah tidak boleh kerana itulah adalah syurganya. Hanya mampu terima dan bersabar.

"Aareen dah jauh dari Iyan lepas dia balik dari sini, Mama." Ujar Haiyan dengan suara mengendur. Kerusi meja makan dapur ditarik dan duduk disitu. Habis la rancangan dia lepas ini.

Perasaan bersalah meresap ke dalam hati seorang ibu. Sungguh dia tidak sangka disebabkan perkara itu menyebabkan Haiyan dan Aareen bergaduh. Kerusi bersebelahan Haiyan diambil.

"Iyan. Mama minta maaf. Mama tak tahu sampai boleh jadi macam ni." Belakang Haiyan digosok. Pasti Haiyan sedih dan risau sekarang. "Lagipun kenapa Iyan tak bagitahu dia Iyan nak masuk meminang dia?"

"Iyan sengaja tak bagitahu dia Mama. Mama kena tolong Iyan sekarang."

"Tolong apa? Iyan cakap."

"Tolong pujuk Aareen. Please." Tangan Puan Asiyah dicapai. Merayu agar Mamanya dapat memujuk Aareen.

Puan Asiyah tersenyum. Sekarang, Haiyan yang ada dengannya bukan lagi Haiyan yang dulu. Haiyan yang dulu seorang yang tidak kesah dengan mana-mana perempuan selepas ditinggalkan arwah Tihani. Haiyan yang sekarang adalah Haiyan yang baru.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Where stories live. Discover now