CYT 14

5.9K 258 13
                                    

LUGGAGE diangkat dan dimasukkan ke bahagian belakang. Hari ini tamat kerja Raif selepas terbang ke Osaka selama seminggu. Pintu kereta sebelah pemandu dihampiri sebelum dibuka. Baru saja kaki kiri melangkah masuk ke dalam, Samsung miliknya berdering. Kemudian terus diambil Samsung itu keluar dari kocek seluar.

"Umi?" Kenapa pula Uminya menelefon di waktu pagi seperti ini? Ada sesuatu yang penting kah?

Panggilan diangkat seraya masuk ke dalam kereta. Topi yang berlecanakan sayap diletak di sebelah penumpang.

"Assalamualaikum Umi. Kenapa call Raif pagi macam ni? Ada benda penting ke?"

Enjin kereta dibuka dan butang penghawa dingin ditekan. Lega rasanya bila dapat berehat seperti ini sambil menyandarkan badan ke kusyen kereta.

"Kenapa? Umi boleh call Raif kalau ada benda penting saja ke? Kalau tak penting tak boleh?"

Tergelak kecil dengan soalan Puan Lathifah. Ada saja la Uminya yang seorang itu. "Bukan macam tu tapi pelik la."

"Hmm... memang ada benda penting pun. Kamu dekat mana ni?"

"Raif baru sampai airport, Umi. Nak balik rumah dah."

"Oh. Dah seminggu kamu kerja. Lepas ni cuti berapa hari?"

"Lepas ni kena terbang ke Melbourne pula. Cuti dalam lima hari macam tu la." Tidak hairan Raif kalau Puan Lathifah bertanyakan soal kerjanya.

"Umi cakap ada benda penting nak cakap. Apa?"

"Umi tak ganggu Raif ke?"

"Tak la. Bagitahu saja la."

Berkerut dahi Raif kerana Uminya dia secara tiba-tiba. "Umi?"

"Umi nak cakap yang..." Puan Lathifah berhenti seketika. "Umi terima kalau budak lelaki tu datang nak meminang adik kamu."

Bersinar luas mata Raif seakan tidak percaya. Badannya ditegakkan. Dia pula yang teruja lebih.

"Betul ke Umi?" Soalnya sedikit teruja dan tidak percaya. Mana la tahu Uminya itu sedang mengigau ke apa.

"Ya. Umi dah habis fikir dah pasal tu. Betul la Abah cakap. Reen tu tak lama lagi dah habis belajar jadi dia boleh ada kehidupan sendiri. Umi yakin Reen akan berjaya suatu hari nanti walaupun masa tu di dah jadi isteri orang."

Lega hati Raif mendengar. Uminya tidak main-main. "Alhamdulillah. Terima kasih Umi."

"Tapi..."

Sudah. Ada tapi la pula.

"Bawa budak tu balik Raub. Abah dengan Umi nak jumpa dengan dia."

Raif tergelak. Ingatkan apa la tadi. "Insha Allah. Dengan Reen atau tanpa Reen?" Kalau boleh dia tak nak Aareen ada sekali.

"Jangan bagitahu Reen. Bawa saja... siapa nama budak tu? Iyan? Rayan?"

"Haiyan, Umi."

"Ha Haiyan. Bawa balik dia seorang saja."

Tersengih Raif. Uminya itu seperti faham saja yang Aareen tidak tahu langsung mengenai perkara itu. Seperti memberi peluang pula kepada dia dan Haiyan untuk teruskan cadangan membuat kejutan kepada Aareen. Dan Aareen akan tahu bila tiba masanya nanti.

"Umi pasti?"

"Raif tak percayakan Umi? Tak kenal Umi ni macam mana bila Umi cakap sesuatu yang Umi tak setuju tetapi tiba-tiba Umi boleh setuju? Atau nak Umi tukar fikir..."

"Percaya. Mestilah Raif percayakan Umi. Nanti Raif bincang dengan Iyan dulu bila nak balik sana." Cepat saja Raif memotong percakapan Uminya. Seram dia dengar soalan terakhir itu.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang