CYT 27

6.5K 240 39
                                    

TEKAK yang terasa haus memaksa Aareen untuk bangun dari lenanya. Kelopak mata dibuka perlahan bersama dengusan kecil. Malas betul dia mahu bangun dari baringan. Comforter ditolak kasar dari terus menutup tubuhnya dan dia bangun dari baringan. Dengan bermalasan dia turun dari katil lalu keluar dari bilik tidur untuk ke dapur.

Aareen tersenyum sendiri saat keluar dari bilik apabila melihat gaya tidur seorang demi seorang sanak saudaranya yang bermalam dirumah orang tuanya. Ada yang meniarap, ada yang polos tidurnya dan ada yang berpelukan. Kepala digeleng sebelum menuju ke dapur.

Seusai meneguk air, terus saja dia masuk semula ke dalam bilik. Ruangan kosong sebelah kiri diatas katil dipandang dengan hairan. Ke mana Haiyan menghilang?

Mata dikalih ke pintu tandas. Lampu yang tidak menyala menunjukkan lelaki itu tiada di dalam. Kepala digaru. Semalam elok saja lelaki itu tidur disebelahnya. Baru saja dia mahu bergerak ke katil, ternampak kelibat kaki seseorang diatas lantai sebelah katil. Cepat-cepat dia berjalan ke situ.

Alangkah terkejut dia saat melihat sekujur tubuh milik Haiyan elok terbaring di atas lantai. Hatinya dijentik sesuatu yang musykil.

"Kenapa dia tidur bawah?" Perlahan Aareen menyoal sendiri.

Perbualan dia bersama Haiyan semalam menjengah minda.

Selesai berkumpul sanak saudara diluar sehingga jam 12 malam, Aareen mengambil keputusan untuk masuk tidur terlebih dahulu kerana dia sudah tidak tahan mengantuk. Beberapa minit dia berada di dalam bilik, kemudian Haiyan turut masuk ke dalam.

Kelam kabut Aareen bangun dari baringan ketika pintu bilik dibuka seseorang. Dia tahu tentu Haiyan gerangan itu. Dia berasa tidak selesa jika berbaring dihadapan lelaki itu.

Haiyan yang masih tercegat dihadapan pintu bilik menghairankan Aareen. Mata lelaki itu juga meliar memandang seluruh biliknya seperti mencari sesuatu.

"Awak, kenapa?" Tanya Aareen setelah agak lama melihat lelaki itu berdiri dan tiada tanda-tanda mahu tidur lagi.

Anak mata Haiyan beralih pada Aareen di atas katil. Liur diteguk bagaikan tersekat bila saja pandangan dia disapa dengan sesuatu yang sangat indah dan memukau. Rambut Aareen yang bebas beralun melajukan degupan jantungnya.

Sungguh! Gadis itu kelihatan terlalu memukau tanpa sebarang alas yang menutupi kepala. Wajah Aareen sangat berlainan bila tanpa tudung. Baru sekarang dia dapat melihat rambut Aareen memandangkan gadis itu asyik bertudung sepanjang hari ini.

Cantik. Desis hatinya.

Aareen yang perasan terus bertukar gugup dengan pandangan itu. Tidak senang duduk dia dibuatnya.

"Aw... awak?" Dengan berani lelaki itu dipanggil. Berharap Haiyan akan segera mengalihkan mata ke arah lain. Jangan la pandang dia begitu kerana dia tidak sanggup menahan seksa bila dada berdebar hebat.

Haiyan tersedar. Sedar dengan kedudukan matanya dimana, laju dia larikan ke arah lain.

Aduh, Iyan! Apa kau buat tadi?!

"Saya nak tidur dekat mana?" Tidak ingin membuang masa, terus dia bertanya. Sebenarnya, sebab kenapa dia masih tercegat dihadapan pintu adalah kerana dia tidak tahu ingin tidur di mana. Dia cuba mencari kalau-kalau ada tilam nipis yang tersedia di dalam bilik Aareen.

Hampir jatuh geraham Aareen. Soalan apa itu? Ruang kosong disebelah dia dipandang. Terlampau luas! Masih muat jika lelaki itu tidur disebelah. Lelaki itu dipandang semula. Tubuh Haiyan diperhati. Tak ada la besar sangat lelaki itu. Fit saja tubuh itu. Tak luak pun ruang katil ini.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang