CYT 49

8.9K 323 45
                                    

TUBUH dibaringkan ke katil dengan penuh rasa gembira. Senyuman sinis tidak pernah lekang dibibirnya kini. Sejak beberapa hari ini hatinya sungguh lapang dan gembira apabila melihat Raif bagaikan orang yang tidak siuman mencari di mana keberadaan Aareen. Raif juga bagaikan sudah lupa tentang kerjaya lelaki itu sebagai seorang pilot. Tinggal berapa hari saja lagi mereka akan terbang ke Melbourne namun Raif masih lagi sibukkan diri dengan mencari Aareen. 

Tangan disilangkan ke belakang kepala dijadikan sebagai bantal. 

"Raif, Raif. Kau ni nampak cerdik tapi sebenarnya..." Fattah tertawa sinis. Tidak sangka Raif begitu naif dan terlalu mudah untuk membuat lelaki itu percaya. 

Sama juga seperti kejadian dimana Raif melihat Lisa tidur bersama seorang lelaki. Ya, itu semua rancangan dia. Demi tidak mahu melihat kebahagiaan Raif bersama Lisa, dia mula bertindak gila dengan mengupah seseorang untuk memerangkap Lisa. Malah, dia sendiri yang membantu orang upahannya itu untuk membuat situasi di mana Lisa meniduri lelaki lain nampak seakan nyata biarpun tiada apa yang berlaku pada masa itu. Sekadar membuat Lisa tertidur disebabkan kesan ubat dan membawa ke hotel kemudian menghubungi Raif dengan mengatakan ternampak Lisa bersama lelaki lain. Dan... Raif percaya dengan mudah. 

"Satu, kau dah rampas Lisa dari aku. Dua, kau rampas pangkat captain yang sepatutnya aku dapat. And now, masa untuk aku rampas apa yang kau ada pula."

Mungkin Raif tidak punya apa-apa selain dari keluarga dan juga pangkat yang ada. Namun dia tahu bagaimana Raif mementingkan keluarganya dari perkara yang lain terutama sekali adik lelaki itu. Aareen. 

Masih terbayang bagaimana bahagia dan gembira sekali wajah Raif dan Lisa ketika pasangan itu menyampaikan kepadanya bahawa mereka berdua akan bertunang dan berkahwin tidak lama lagi. Mendidih sekeping hatinya pada ketika itu. Dan dia tahu bahawa Lisa tahu perasaan dia terhadap gadis itu. 

Melihat Raif dan Lisa, pantas Fattah melangkah laju menuju ke hujung restoran. Bibirnya tersenyum bila melihat 2 rakannya. Tidak hairan bila Raif dan Lisa ada bersama kerana sejak dari belajar lagi sememangnya mereka bertiga tidak berpisah. Dia dan Raif paling rapat.

Kerusi ditarik kemudian diduduk. "Sorry, aku lewat sebab you know my mom macam mana. Banyak tanya. Nak pergi mana, dengan siapa. Pening." Kepala digelengkan. 

Raif dan Lisa saling pandang dan ketawa serentak. Terhibur melihat Fattah. 

"It's okay lah. Kita orang pun baru sampai ni." Balas Raif bersama senyuman penuh kegembiraan. Tidak sabar ingin sampaikan sesuatu pada Fattah. 

Raif dan Lisa dipandang silih ganti. Fattah pelik bila wajah kedua-duanya itu nampak seperti ceria dan gembira saja. Sama-sama tersenyum seperti ada sesuatu yang menggembirakan tanpa pengetahuan dia. Dahi dikerutkan. 

"So, ada apa nak jumpa? And why your face both of you look so shine and... happy? Have something yang aku tak tahu ke?" Soal dia ingin tahu. 

Dilihat Raif dan Lisa saling pandang dan membalas senyuman. Hati dijentik cemburu bila melihat senyuman lebar Lisa diberikan kepada Raif. Berbeza sekali bila dengan dia. Senyuman yang tidak pernah dia nampak bila gadis itu bersama dengan dia. Sebaik mungkin dia cuba mengawal rasa cemburu yang bertandang. Raif, Lisa dan juga dia hanya berkawan dan tidak lebih dari itu walaupun dia pernah meluahkan perasaan kepada Lisa. Gadis itu menolak namun dia tidak kesah. 

Raif pandang Fattah. "Aku... memang ada something nak bagitahu dengan kau."

Fattah jongket kening sebelah. Tidak sabar ingin tahu. Mungkin Lisa tersenyum lebar sebegitu kerana Raif sudah pun memberitahu gadis itu terlebih dahulu berbanding dia. 

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang