CYT 53

10.4K 315 31
                                    

ENTAH untuk kali ke berapa Raif berulang alik masuk ke dalam wad yang menempatkan Lisa. Kemalangan yang terlalu teruk menyebabkan wanita itu kehilangan banyak darah dan memerlukan darah yang lain. Lisa juga koma disebabkan darah beku di kepala gadis itu. Keadaan Lisa sungguh memilukan dengan wayar yang berselirat pada tubuh itu. Dalam keadana begini semua tergantung kepada semangat Lisa dan juga dorongan dari orang sekeliling. Jika tidak, Lisa mungkin akan pergi buat selamanya.

Kata Naufal, Lisa dirempuh oleh sebuah kereta ketika mahu melintasi jalan menuju ke kawasan rumah gadis itu. Menurut saksi juga, kereta yang melanggar Lisa seakan sengaja menekan minyak bila nampak kelibat Lisa untuk melintasi jalan. Tanpa sempat mengelak kerana kelajuan kereta itu akhirnya Lisa terhumban ke depan menghempap jalan dengan kuat. Bahagian kepala yang paling banyak kesan hentakan sehingga menyebabkan darah keluar mengalir dengan banyak.

Tubuh kaku Lisa dihampiri Raif. Pilu mencengkam hati melihat keadaan bekas tunang dia kini. Saat ini juga segala pertelingkahan antara dia dan juga Lisa terulang tayang diruangan minda. Segala apa yang gadis itu katakan, tidak sedikit pun dia percaya dan memberi peluang kepada Lisa untuk menjelaskan perkara sebenar. Malah dia semakin menuduh Lisa yang bukan-bukan. Dia juga membiarkan gadis itu dibuang keluarga.

Wajah diraup kasar. Apa yang dia rasa? Sesungguhnya dia begitu kesal dengan sikap dia sendiri. Melulu dalam bertindak tanpa sempat berfikir dan siasat yang mana salah dan benar. Dia hanya menerima bulat-bulat peristiwa tersebut hanya kerana dia melihat dengan matanya sendiri. Tidak sedikit pun memberi Lisa peluang untuk berbicara dengannya.

Fattah.

Dia pasti kemalangan yang menyebabkan Lisa begini datangnya dari lelaki itu. Sebelum dia datang ke hospital, sempat dia memukul Fattah bertalu-talu melepaskan segala kemarahan dihati. Lalu meninggalkan Fattah disitu. Hati yakin mengatakan Fattah juga merancang kemalangan terhadap Lisa. Namun, untuk dia melaporkan kepada polis sedikit mustahil memandangkan dia tiada bukti selain mengatakan Fattah pernah berdendam dengan dia. Mungkin Fattah boleh dijadikan suspek.

Termasuk dengan hari ini, sudah 3 hari Lisa terlantar disini. Tiada seorang pun yang datang melawat kecuali dia dan Naufal. Dia ada juga memaklumkan kepada keluarga gadis itu tetapi seorang pun tidak muncul. Dia juga menjelaskan kepada orang tua Lisa tentang apa yang terjadi sebelum ini adalah sepenuhnya bukan salah Lisa. Mungkin orang tua Lisa memerlukan masa untuk menguatkan diri sebelum datang ke sini melihat keadaan anak mereka.

Raif mengeluh.

Seadainya dia percayakan kata-kata Lisa terlebih awal, mungkin dia sudah dapat tahu siapa Fattah yang sebenarnya. Nampak baik tetapi bertopengkan syaitan. Dan... dia dengan Lisa akan bahagia bersama.

Sejujurnya didasar hati miliknya masih tersemat nama Lisa. Mana mungkin dengan mudah dia hapuskan rasa cintanya pada Lisa. Gadis itu adalah cinta pertamanya. Tetapi disebabkan rasa kecewa, terus dia menutup hati buat Lisa biarpun dia masih mencintai gadis itu. 

Melihat Lisa yang bernafas melalui mesin oksigen begitu meruntumkan hatinya. Tidak pernah terlintas difikiran yang dia akan bertemu semula dengan Lisa dalam keadaan gadis itu memilukan begini. Masih jelas diingatan bila kali terakhir mereka bertemu. Iaitu di airport selepas dia pulang dari Osaka beberapa bulan yang lepas. Mungkin sudah hampir setahun berlalu. Sebelum Aareen berkahwin lagi.

Kerusi ditarik dan dia duduk disitu. Merenung wajah Lisa yang penuh lebam hasil dari kemalangan tersebut. Dada dicengkam pilu dan perit dan menjadi sebak berkumpul disitu sebelum tanpa sedar air mata sudah mula bergenang.

Kepala ditundukkan. Tidak dapat dikawal akhirnya air mata jatuh menitik. Untuk apa dia menangis jika benar tidak mencintai Lisa? Benarlah hatinya masih buat gadis itu.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang