CYT 55

11.2K 331 35
                                    

"REEN! Jangan lari! Ya Allah budak ni." Jerit Puan Lathifah seraya keluar dari perut kereta dengan tergesa-gesa mengejar langkah Aareen. Apabila Encik Azad berhentikan saja kereta di tempat letak kereta, tidak sempat dia menghalang Aareen dari keluar dulu. Sedar- sedar saja anak perempuannya telah keluar dari perut kereta. 

Encik Azad yang turut kelam kabut keluar dari kereta itu dipandang. "Abang cepatlah. Reen tengah berlari tu. Ya Allah budak tu risau sungguh. Dengan mengandungnya boleh dia berlari macam tu." Omelnya tidak henti. 

Langkah diatur semakin laju menuju ke wad yang menempatkan suaminya. Berdebar-debar jantung milik dia kini tidak sabar hendak melihat keadaan lelaki itu. 2 jam yang lalu bila mendapat panggilan dari Raif, bagai hendak luruh jantungnya. Raif mengatakan Haiyan dimasukkan ke hospital disebabkan kemalangan. Tidak sempat abangnya bercakap lagi dia segera mematikan talian dan menggesa Encik Azad dan Puan Lathifah datang ke sini. 

Kaunter pertanyaan dihampiri dengan nafas yang tercungap-cungap. Jururawat yang ada disitu pantas berdiri. 

"Ya, cik?"

"Boleh saya tahu Doktor Haiyan diwad berapa?"

"Oh Doktor Haiyan. Cik jalan ke kanan ni terus jumpa wad tu. Wad yang paling depan." Ramah jururawat tersebut memberitahu. 

Aareen mengganguk. "Terima kasih." Lantas langkah diatur ke situ. 

Jumpa saja wad yang dimaksudkan, tanpa salam terus dia merempuh masuk. Mata dihidang oleh sekujur tubuh Haiyan dipembaringan atas katil pesakit. 

"Iyan!" Tubuh itu diterpa dan dipeluk erat. 

"Aduh!" Haiyan yang sedang lena itu terkejut bila diterpa sebegitu. Ditambah pula dengan keadaan tangan dia yang berbalut hingga ke siku. Sengal terasa bila ada yang menekan disitu. 

Mendengar suara lelaki itu mengaduh, Aareen mengangkat wajah. Jelas dia kerisauan. Matanya tertancap pada tangan Haiyan yang berbalut lalu segera dia menjauh. Mulutnya ditekup. Sungguh dia tidak sengaja ingin buat lelaki itu sakit. Tetapi dia terlebih risau dengan keadaan Haiyan sehingga tidak perasaan keadaan sakit suaminya. 

Aareen dipandang oleh Haiyan. "Liya." Dia cuba untuk bangun tetapi dihalang oleh isterinya. Terkejut dengan kehadiran Aareen diwad itu. 

"Iyan, sorry. Saya tak sengaja and tak perasan tangan awak..."

"Shhh..." Telunjuk Haiyan berlabuh pada ulas bibir Aareen. Wajah Aareen dielus lembut. 

Tidak dapat mengawal emosinya, Aareen mengalirkan air mata kerisauan dan kegusaran yang terpendam sedari tadi. Seboleh mungkin dia mengawal rasa itu ketika dalam perjalanan menuju ke Kajang. Kalau boleh, dia mahu terbang ke sini terus. 

Haiyan senyum kecil. "Hei. Kenapa menangis pula ni?" Air mata itu diseka lembut. 

"Macam mana awak boleh jadi macam ni? Saya risau bila abang call cakap awak accident." Ujar Aareen dalam tangisan. 

Keadaan tangan kanan yang berbalut menyukar Haiyan untuk memeluk Aareen. Wanita itu diarahkan supaya berpindah ke sebelah kirinya pula. Sampai sahaja isterinya disebelah kiri, ditarik Aareen rapat ke dadanya. Belakang wanita itu diusap. 

"Tak ada apa la, sayang. See. I'm okay."

Aareen mengangkat wajah. Tangan kiri naik mengusap wajah bersih Haiyan dan perlahan-lahan naik pada dahi kanan lelaki itu ditampal kapas luka. 

"Saya just terseliuh tangan and luka dekat dahi je. Nothing serious, sayang. Jangan risau dan jangan menangis." Pujuk Haiyan lagi bersama senyuman. Wajah dekat Aareen ditatap sayang. Untung saja hentakkan kepalanya tidak terlalu kuat. 

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang