CYT 57

10.8K 327 21
                                    

SEMANGKUK bihun goreng siap dihidang diatas meja makan. Kemudian diambil dulang teko juga turut diletakkan atas meja. Senyuman kecil tergaris dibibir apabila melihat hidangan sarapan buat dia dan Haiyan sudah siap. Hari ini hari minggu, jadi tidaklah dia terlalu mengejar masa untuk buat sarapan. 

Sekarang, bila dia buat sarapan pasti Haiyan akan menjamah. Bukan seperti dulu. Pelik pula bila lelaki itu berubah menjadi seorang yang suka bersarapan. Namun dia tidak banyak soal. Nak makan atau tak nak langsung dia tidak peduli dan makan hati kerana dia tahu sikap Haiyan yang jenis tidak suka bersarapan. 

Kerusi ditarik dan punggung dilabuhkan. Perut yang makin membukit diusap-usap. Dia juga hairan dengan keadaan perutnya yang makin besar. Sekarang sudah masuk usia hampir 6 bulan, tapi besar langsung tak nampak usia 6 bulan! Makin hari dia makin terasa debaran didada menunggu hari kelahiran anak dia bersama Haiyan. Takut berserta dengan teruja. 

Sejak kandungan makin membesar, dia juga cepat keletihan. Tidak boleh berdiri lama dan kerap juga sakit pinggang. Di sekolah pula dia perlu mengambil beberapa minit untuk berehat setelah sampai di kelas sebelum terus mengajar. Penat!

"Sayang..." 

Suara Haiyan dari ambang dapur mengalihkan perhatiannya. Langkah lelaki itu diatur mendekati meja makan. Sebelum duduk, sempat saja bibir Haiyan mendarat dipipinya tanpa sempat dia mengelak. Itulah Haiyan! Suka sangat cium-cium, sentuh sana sentuh sini! Tapi, dia tetap kuatkan semangat. Tidak mudah mengalah dan masih belum memaafkan lelaki itu secara nyata. 

Haiyan duduk dihadapan Aareen. Tersengih-sengih memandang isterinya yang beriak tidak puas hati itu. Biasalah, itu adalah salah satu cara dia untuk melembutkan dan mencairkan hati isterinya. Tapi bukan mudah! Bila dia perasan yang wanita itu terleka namun pantas saja Aareen tersedar. 

Dalam tidak berpuas hati, Aareen tetap ringankan bibir bertanya. 

"Nak makan apa? Bihun goreng or roti ni?" Masam saja wajahnya. 

"Dua-dua tu tak nak."

"WhatThen awak nak makan apa? Penat tau saya masak lepas tu bakar roti ni lagi. Tapi awak tak nak?" Aareen mula membebel. Sakit hati betul bila dah siap masak tapi ada orang banyak songeh pula tak nak makan yang itu. 

Haiyan menggerakkan tubuhnya ke depan sehingga dadanya rapat dimeja. Diangkat sedikit tubuhnya agar wajah hampir dengan wajah Aareen. Bibir masih digarisi senyuman manis. 

"Saya tahu awak penat masak tapi saya tetap tak nak dua-dua tu. Saya nak makan Li..." Terus suara Haiyan tidak kedengaran lagi. 

Aareen pula selamba mencendok bihun goreng ke dalam pinggannya. Puas hati bila dapat menyumbang sekeping roti ke dalam mulut Haiyan. Dia tahu apa yang Haiyan mahu katakan. Itu sebab dia segera mencapai roti dan disumbat ke dalam mulut lelaki itu. Baru reti diam. 

Roti yang disumbang di dalam mulut itu Haiyan gigit dan terus dikunyah. Dia kembali ke tempat asal. Sebal bila Aareen sanggup sumbat roti ke dalam mulutnya belum sempat dia habis bercakap. 

"Sampai hati awak sumbat roti ni. Kasar pula tu."

Aareen simpan senyum mendengar rungutan dari suaminya. Bihun sudah siap dimakan. Dia hanya mengambil dalam jumlah yang saja memandangkan dia ingin makan roti pula. Rungutan dari Haiyan itu dibiarkan. Sekeping roti dicapai. 

Pin! Pin! 

"Ha! Oh my god. Barang dah sampai!" Begitu teruja dia saat ini. Dia kenal bunyi hon Pos Laju. Tentu saja barang dipesan online sudah sampai. 

Roti digigit dan dibiarkan tergantung. Kemudian dia bangun untuk menuju ke pintu rumah. Haiyan bersedia dengan menolak sedikit kerusinya ke belakang. Bila langkah Aareen hampir dengannya, pinggang wanita itu diraih lembut. 

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang