CYT 60

12.2K 325 20
                                    

3 bulan kemudian...

JARI dihentikan dari terus menaip di papan kekunci komputer. Naufal segera menyandarkan tubuhnya pada badan kerusi kerja. Urat-urat leher dibetulkan. Sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak kerja yang perlu dia selesaikan.

Mata dipejam rapat. Mahu menghilangkan rasa penat sekejap. Waktu pejabat juga akan tamat lagi setengah jam. Nasib baik segala kerja sudah siap dan tidak perlulah dia bawa balik ke rumah.

Teringat akan sesuatu, matanya dibuka luas kembali. Dahi berkerut seketika sebelum mencapai telefon diatas meja. Whatsapp dibuka dan ruangan chatting antara dia dengan seseorang dibuka.

"Dua puluh empat hari bulan enam?" Otak mula ligat mengira-ngira. "Sekarang dah bulan sembilan. Maknanya dah tiga bulan Hana tak Whatsapp aku. Dan tiga bulan juga aku tak jumpa dengan dia."

Rasa gelisah tiba-tiba datang dalam diri. Sepanjang tempoh perkenalan dia bersama Hana, tidak pernah mereka tidak berhubung. Hendak pula Hana yang suka sangat Whatsapp dia terlebih dahulu. Kesibukan kerja membuatkan dia sedikit lupa tentang gadis itu.

"Tapi... aku yang Whatsapp dia dulu ni. Dia tinggal bluetick je?" Kepala digaru. Pelik. Kenapa dengan Hana?

Tanpa menunggu, gadis itu terus dihubungi. Tidak tahu kenapa dia rasa resah pula bila sedar yang Hana sudah lama tidak berhubung dengannya.

"Harap maaf. Nombor yang anda hubungi tiada dalam talian."

"Aik? Tiada dalam talian?"

Tiada dalam talian maksudnya nombor tersebut tidak digunakan lagi la kan? Maknanya, Hana tukar nombor telefon? Tapi tidak memaklumkan padanya?

"Kejap, kejap. Kenapa aku perlu rasa macam ni? Aku dengan dia tak ada apa-apa pun." Tangan ditongkat pada meja dan ibu jari pula mengetuk-ngetuk dahi.

Seingat dia, dia dan Hana saling kenal sudah lebih setahun. Jujur dia katakan yang dia sangat selesa dengan Hana. Tidak pernah dia berasa selesa dengan mana-mana perempuan sebelum ini. Dengan Hana, dia seperti menjadi diri sendiri. Soal hati dan perasaan dia juga. Malah, Hana kerap memberi nasihat kepadanya.

"Huh! Malas nak fikir." Barang-barang di atas meja dikemas. Bersiap-siap untuk balik.

Dalam kata malas hendak fikir, motornya tetap saja dipandu menuju ke restoran milik Encik Hafizuddin. Dia tidak tahu sejak bila restoran itu menjadi restoran kegemaran dia. Yang pasti dia mula suka makan disitu disebabkan adanya Hana.

Tapi... kenapa?

Melangkah masuk ke dalam restoran, benda pertama yang dia cari adalah kelibat Hana. Namun tiada pula dia nampak gadis itu. Biasanya sibuk mengambil pesanan atau duduk di kaunter bayaran. Haitham yang berada di hujung restoran itu dihampiri.

"Haitham."

Haitham lalu mengangkat wajah dari membelek telefonnya. Sedikit kaget dengan kemunculan Naufal disini. Rasanya sudah lama lelaki itu tidak bertandang ke sini.

"Abang Naufal. Ya? Nak order ke? Tak ada orang ambil order?" Melilau matanya mencari pekerja. Ada yang curi tulang ni!

"Tak, tak. Bukan. Abang Naufal cari Hana. Dia tak datang restoran ke hari ni?" Hati yang mendesak Naufal untuk mencari Hana. Tidak sabar-sabar dia bertanya.

"Oh, Akak. Akak dah lama dah tak datang sini. Katanya malas." Balas Haitham mahu tidak mahu. Sebenarnya dia tahu punca sebenarnya kenapa kakak kembarnya itu tidak datang ke sini lagi. Dia juga menyokong. Kerana dia tahu apa perasaan Hana pada Naufal.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang