PROLOG

35.2K 838 96
                                    

"Awak tak penat ke asyik dera saya macam ni? Awak takde rasa kasihan langsung ke dekat saya?" rintih seorang gadis kepada suaminya. Dia menangis semahunya.

"Kesian? Kau cakap apa? Kesian? Tch! Aku takde masa langsung nak kesian dekat kau! Kau tu cuma perempuan kampung dan bodoh! Ada hati nak suami kaya macam aku," ejek suaminya. Gadis itu memandang suaminya sayu.

"Sampai hati awak cakap macam tu dekat saya! Awak sedar tak yang awak sendiri nak khawin dengan saya!" marahnya kepada sang suami yang hanya memandangnya kosong.

"Nurul, Nurul. Aku khawin dengan kau pun bukannya atas dasar suka! Aku terpaksa! Kau faham tak? Kalau bakal isteri aku tu tak larikan diri waktu perkhawinan kami berdua berlangsung, aku tak ingin nak khawin dengan kau!" marah Adyan Hafiz kepadanya. Lelaki itu bernama Adyan Hafiz yang merupakan anak orang kaya. Dia juga merupakan sahabat kepada Nurul. Tapi dia tidak menyukai gadis itu kerana menganggap gadis itu yang menyebabkan bakal isterinya melarikan diri sewaktu perkhawinan mereka berdua.

"Adyan! Sampai bila awak nak salahkan saya atas semua yang jadi? Sampai bila? Sumpah demi Allah, Adyan. Saya tak buat benda tu! Sumpah! Tolonglah percaya. Takkan saya nak khianat kawan baik saya sendiri? Kalau betul yang saya ni iri dengan Zulaikha sebab khawin dengan awak, saya dah rampas awak dari dulu lagi! Awak tak fikir ke semua tu? Saya boleh rampas awak dari dia sebab awak rapat dengan saya! Tapi saya tak sanggup buat semua tu sebab saya sayangkan Zulaikha! Saya nak dia bahagia bukannya menderita! Tapi awak sanggup tuduh sama macam tu," balas Nurul kecewa. Adyan tergelak. Dia menarik tudung Nurul sehingga kepala gadis itu terdongak ke atas.

"Kau jangan nak berlakon baik depan aku, Nurul. Aku tahu yang kau memang tak suka aku khawin dengan dia sebab kau suka aku? Kau fikir aku tak tahu ke yang kau simpan perasaan kau dekat aku? Aku tahu semua tu! Aku dengar apa yang cerita dekat Zulaikha! Kau yang luah dekat dia yang kau cintakan aku! Dan disebabkan kau, dia melarikan diri dan taknak khawin dengan aku! Semuanya salah kau! Salah kau, Nurul!!!" tengkingnya dengan kuat lalu menampar pipi Nurul dengan kuat sehingga bibir gadis itu pecah.

Pang!

"Auch!!"

Nurul menangis tanpa suara. Sampai hati dia dituduh sedemikian. Dia bukanlah jahat seperti yang dikatakan oleh Adyan. Dia masih belum gila untuk merampas kebahagian kawan baiknya sendiri. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa risaunya hati dia sewaktu gadis itu melarikan diri pada majlis perkahwinannya.

"Sumpah demi Allah, awak! Sumpah! Memang saya ada cakap dekat dia yang saya sukakan awak! Memang saya cakap dekat dia yang saya cintakan awak dan anggap awak lebih daripada seorang kawan tapi itu dulu! Dulu! Sebelum saya tahu yang awak dan dia akan langsungkan perkhawinan korang berdua. Saya beritahu dekat dia yang saya rela undur diri. Saya dah buang perasaan itu lama! Sebab saya tahu mencintai seseorang belum tentu akan memiliki. Kalau awak tak suka dan benci dekat saya. Kenapa awak nak saya gantikan tempat Zulaikha? Kenapa awak? Kenapa!" katanya dengan linangan airmata.

Mereka baru sahaja bergelar suami isteri dua hari yang lepas. Waktu itu, Zulaikha iaitu bakal isteri kepada Adyan tidak munculkan diri sewaktu perkhawinan mereka berlangsung. Apabila mereka memeriksa bilik gadis tersebut. Gadis itu sudah tiada. Yang hanya adalah sepucuk surat yang ditinggalkan olehnya. Di dalam surat tersebut dia mengatakan bahawa dia tidak boleh untuk teruskan perkhawinan mereka. Dia meminta agar Nurul mengantikan tempatnya menjadi isteri kepada Adyan.

"Kau tanya kenapa? Kalau bukan disebabkan permintaan orang yang aku sayang, aku takkan terima kau lah sial! Kau tu bernasib baik je sebab dapat khawin dengan aku! Eh!! Aku bencilah tengok muka kau! Semak!" katanya lalu menolak tu tubuh Nurul sehingga kepalanya terhantuk pada bucu meja di dalam bilik mereka berdua.

"Auch!!"

"Aku akan pastikan kau menyesal dengan apa yang kau buat! Kau jangan ingat yang aku tak tahu apa yang kau buat! Kau memang sengaja berlakon sedih sebab Zulaikha tak dapat khawin dengan aku kan? Kau sengaja cakap sumpah bagai supaya aku ni percaya dengan cakap kau kan? Memang taklah! Aku takkan percaya cakap kau sampai bila-bila! Aku akan pastikan kau menyesal! Aku takkan buat hidup kau aman sebab hancurkan impian aku khawin dengan orang yang aku cinta!" kata Adyan dengan keras. Pandangannya terhadap Nurul penuh dengan kebencian. Dia sangat bencikan gadis itu. Sangat benci!

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now