28

13.7K 461 49
                                    

"Kau kenapa Syed? Kenapa kau diam?" soal Adyan geram. Lelaki itu tidak menghabiskan ayatnya. Hatinya semakin panas apabila tangan lelaki itu menggengam erat tangan Nurul.

Syed memandang wajah isterinya yang jelas terpancar riak wajah sedih. Hatinya berasa pilu melihat wajah tersebut. Dia sudah berjanji yang dia takkan membuat gadis itu bersedih lagi.

"Syed minta maaf. Tapi Syed takkan ceraikan isteri Syed," balas Syed yakin. Datin Salha dan Adyan berpandangan satu sama lain.

"Syed!! Perempuan ni penipu!! Syed kena ceraikan dia. Syed nak dia kikis harta Syed ke?"

"Dia kikis pun Syed tak kisah," balas Syed laju. Dia takkan ceraikan gadis itu. Adyan mengetap rahangnya. Sakit pula hatinya lelaki itu tidak mahu melepaskan Nurul.

"Kau kena lepaskan dia bro!! Dia tu bekas pelacur!! Dia tak layak dengan kau!!" marah Adyan kepada rakannya. Syed terus berdiri lalu menuju ke arah Adyan.

"Kau takde hak nak kata isteri aku bekas pelacur!! Kau ada bukti ke yang dia pernah jadi pelacur? Ada bukti?" soal Syed dengan nada yang sedikit tinggi.

"Aku bekas suami dialah!! Aku tahulah perangai perempuan sial tu macam mana!!"

Buk!!!

Satu tumbukan padu diberikan oleh Syed kepada Adyan. Lelaki itu jatuh ke lantai. Datin Salha menjadi kalut mendapatkan anaknya.

"Ya Allah, Ad!! Syed apa nak jadi dengan kau ni?" soal Datin Salha sedikit marah. Dia membantu anaknya untuk berdiri. Adyan memegang pipinya yang terasa sakit. Pandangan tajam diberikan oleh Adyan kepada Syed.

"Dia bukan perempuan sial!! Dia isteri aku!! Kau jangan ingat yang kau tu kawan aku, kau boleh hina dia sesuka hati!!" ujar Syed dengan wajah yang bengis. Nurul hampir menitiskan airmatanya.

"Kau bodoh Syed!! Bodoh!! Kau dah termakan dengan lakonan perempuan tak guna tu!! Aku akan pastikan kau menyesal sebab kau tak percaya cakap aku!! Kau tunggu je!! Waktu tu kau akan menyesal!!"

"Aku takkan menyesal. Aku percayakan dia!!" balas Syed dengan yakin. Adyan menumbuk meja dengan kuat.

"Umi..jom kita pulang. Buang masa je kita bercakap dengan orang bodoh ni. Bukannya dia nak percaya cakap kita. Takpe, nanti bila dia dah menyesal, dia akan cari kita juga. Jom kita pulang," ujar Adyan kepada ibunya. Datin Salha menurut saja.

"Umi akan pastikan Syed menyesal. Umi akan beritahu dengan mummy Syed tentang hal ini," ujar Datin Salha lalu melangkah pergi bersama Adyan.

Syed duduk kembali di atas sofa. Dia menarik nafas panjang lalu dihembuskan perlahan-lahan. Dia cuba menenangkan perasaan marahnya dengan cuba menenangkan fikirannya.

Nurul tidak bersuara. Dia hanya berdiam diri. Takut jika dia bersuara nanti dirinya yang kena tempias amarah Syed.

"Sayang..."

Nurul terus memandang wajah suaminya. Lelaki itu sedang tersenyum manis. Dia membalas senyuman tersebut.

"Sayang okey ke?" soal Syed lalu menarik tubuh isterinya masuk ke dalam pelukkannya. Nurul terkaku. Lidahnya seakan terkelu. Jantungnya juga sudah memainkan peranan.

"Okey," balas Nurul sepatah dengan perlahan. Syed mengganguk. Dahi Nurul dicium lama. Hampir saja Nurul menitiskan airmata namun dia tahan.

"Sayang jangan risau eh? Abang tetap percayakan sayang. Dan sayang jangan risau. Abang takkan tinggalkan sayang," ujar Syed seperti tahu apa yang ada di dalam fikiran gadis itu.

"Kenapa abang tiba-tiba baik dengan sayang?"

"Sebab abang dah jatuh cinta dekat sayang," balas Syed lembut. Nurul terkejut. Dia mendongakkan kepalanya memandang wajah Syed.

"Betul ke ni? Tapi abang kan dah nak khawin dengan Ceyla?"

"Abang tak jadi khawin dengan dia. Sebab abang dah tahu semuanya," balas Syed lalu mengucup tangan Nurul. Nurul mengerutkan dahinya.

"Tahu apa?"

"Tahu yang sayang tak bersalah. Bukan sayang yang perangkap abang kan? Tapi Ceyla yang buat rancangan tu," jawab Syed. Dia cuma tahu yang Fryceyla pernah berhubung dengan seseorang untuk memerangkap dirinya tetapi dia tidak tahu orang yang memanggil pihak Jabatan Islam adalah Adyan.

"Dari mana abang tahu?" soal Nurul lagi. Setahunya dia belum sempat membagi bukti yang dia ada kepada lelaki itu. Syed tersenyum.

"Abang tahu dari Alvin. Dia yang beritahu semuanya dekat abang. Abang terkejut sangat waktu tu. Dan abang rasa bersalah sangat," balas Syed lemah. Nurul tersenyum gembira.

"Maknannya, abang dah tahu perkara yang sebenar lah kan? Abang tak salahkan sayang lagi kan?"

"Abang dah tahu sayang. Abang tak salahkan sayang lagi," balas Syed lalu memeluk kembali isterinya. Nurul tersenyum bahagia. Dia turut membalas pelukkan tersebut.

"Alhamdulillah. Terima kasih."

"Sama-sama, sayang. Abang takkan ceraikan sayang. Abang nak sayang tetap ada dengan sayang. Boleh?" pinta Syed. Nurul mengganguk.

"Thank you, dear,"







Adyan melangkah masuk ke dalam club. Bunyi rentak musik yang kuat tidak menjadi masalah untuknya. Dia ingin berjumpa dengan Fryceyla.

Kelibat gadis itu dicari. Setelah jumpa, dia terus menuju ke tempat gadis itu. Fryceyla yang sedang berasmara dengan seorang lelaki terhenti apabila Adyan menyeru namanya.

"Ceyla."

"Adyan..you buat apa dekat sini?" soalnya kepada lelaki itu. Fryceyla membuat isyarat mata kepada lelaki yang berada di sebelahnya untuk pergi. Lelaki itu sempat mengucup bibir Fryceyla beberapa sangat sebelum dia melangkah pergi. Adyan membuat muka menyampah melihat mereka berdua.

"Aku datang sini sebab nak jumpa kau. Bila kau nak mulakan rancangan kau. Kau tahu tak Syed tu dah jatuh cinta dan percayakan Nurul sepenuhnya?" dengus Adyan. Fryceyla menyilangkan kakinya.

"I tahu. You tak payah cakap pun, i dah tahu. I sendiri pun tak sangka yang Syed akan jatuh cinta dekat perempuan tak guna tu dalam masa yang singkat," balas Fryceyla dingin.

"Kau dah tahu macam tu, kau buatlah kerja kau dengan cepat. Aku bukannya bagi kau duit tanpa buat kerja!!" marah Adyan kepada Fryceyla. Gadis itu mencebik malas.

"Sabarlah. I tahulah apa yang i buat. You tak payahlah nak marah-marah dekat i," marah Fryceyla kembali kepadanya.

"Buat kerja kau dengan cepat!! Aku nak Syed ceraikan dia secepat mungkin. Kau faham tak?"

"I fahamlah!! You ni bising sangat. Tapi i tertanya-tanya. Kenapa you bencikan sangat dekat Nurul tu? Apa hubungan you dengan dia?" soal Fryceyla ingin tahu. Adyan tersenyum sinis. Bibirnya didekatkan pada telinga Fryceyla.

"Itu bukan urusan kau. Kau tak perlu tahu kenapa aku benci sangat dekat dia dan kau tak perlu tahu apa hubungan aku dengan perempuan tu. Kau cuma perlu buat kerja kau dengan teliti dan lancar. Faham?" katanya lalu menjauhkan kembali bibirnya daripada telinga Fryceyla. Gadis itu menjeling.

"Aku gerak dulu. Ingat Ceyla. Buat kerja dengan teliti. Aku taknak rancangan kau gagal. Faham?"

"I fahamlah!! You pergi pulanglah!!" Fryceyla menghalau Adyan dengan wajah yang menyampah. Adyan hanya tersenyum sinis. Dia terus meninggalkan tempat tersebut.

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt