5

13.2K 575 193
                                    

Adyan tersenyum sinis apabila dia teringat akan Nurul yang sudah mulai dibenci oleh keluarganya. Dia berasa tenang dan bebas kerana akhirnya gadis itu sudah pergi di dalam hidupnya.

"Terima jelah nasib kau, Nurul." katanya sendiri lalu tergelak jahat. Dia membetulkan rambutnya sedikit sebelum melangkah keluar dari biliknya.

Kaki menuju je tingkat bawah. Datin Salha dan suaminya sedang berbual tanpa perasan akan kehadirannya.

Adyan membuat wajah yang mendung dan sayu. Dia harus membuktikan kepada kedua orang tuanya yang dia seperti kehilangan nyawa setelah Nurul pergi meninggalkannya.

"Mummy?" serunya perlahan. Datin Salha tersentak. Begitu juga dengan suaminya. Mata mereka berdua terarah kepadanya.

"Ad? Kenapa ni? Kenapa muka Ad sedih je ni?" soal Datin Salha. Adyan memeluk tubuh ibunya lalu menghamburkan tangisan palsu.

"Ad tak sanggup macam ni lagi. Ad sayangkan Nurul. Ad nak Nurul semula. Tolong carikan dia untuk Ad. Ad merayu dengan mummy," ujar Adyan sambil mengeluarkan airmatanya. Datin Salha mengusap kepala anaknya dengan perasaan yang bengang.

"Ad, jangan jadi bodoh. Dia dah curang dekat belakang Ad tahu tak? Kenapa Ad masih terhegeh-hegeh dekat perempuan tak guna tu? Ad nak dia buat Ad macam tu lagi ke? Ad nak ke dia pijak kepala Ad sebab Ad sangat sayangkan dia? Ad nak macam tu ke?" marah Datin Salha tidak suka. Ad tersenyum sinis disebalik pelukan mereka berdua.

'Ad pun tak ingin nak dekat dia. Sampai mati pun Ad tak nak dekat dia balik.' getus hati Adyan.

"Tapi Ad sayangkan dia. Dia je yang sanggup gantikan tempat Zulaikha. Dia baik. Ad tak sanggup untuk lepaskan dia. Ad tak sengaja lafazkan talak tu dekat dia. Ad nak rujuk dekat dia semula. Tolong Ad," kata Adyan seakan merayu. Datin Salha menahan amarahnya. Dia tidak mahu memarahi anak kesayangannya kerana yang salah bukan anaknya tapi salah bekas menantunya yang tak guna tu.

"Takpe. Nanti mummy carikan yang lain untuk Ad ye? Jangan sedih. Mummy tak suka tengok anak kesayangan mummy ni sedih," kata Datin Salha. kepada Adyan sambil mengusap kepala anaknya dengan lembut. Dato Izamil memandang wajah anaknya.

"Ad, kenapa Ad nak sangat dekat dia? Sedangkan Ad sendiri yang dah ceraikan dia?" sampuk Dato Izamil setelah lama berdiam diri. Ad meleraikan pelukannya.

"Sebab Ad sayangkan dia. Dia kawan baik Ad serta isteri Ad sendiri. Memang betul Ad yang lepaskan dia. Tapi waktu tu Ad dalam keadaan marah. Ad tak dapat berfikir secara waras. Ad menyesal. Kalau Ad boleh putarkan masa, dah lama Ad putarkan semula," katanya dengan nada yang sayu. Pasangan suami isteri tersebut memandang wajah anak mereka dengan perasaan simpati.

"Ad nak balik dekat dia?"

"Nak. Ad nak sangat. Tapi kalau dah ditakdirkan kami berdua takde jodoh. Ad terima dengan hati terbuka. Mungkin ini memang dah ketentuan Allah," balas Adyan lalu tersenyum hambar. Datin Salha mengusap lengannya.

"Ad jangan risau ye sayang. Nurul akan terima balasan sebab buat anak mummy macam ni. Mummy janji yang dia takkan hidup dengan senang. Dia harus terima balasan. Dah dapat suami yang baik macam Ad pun masih juga nak curang dekat belakang Ad. Perempuan tak reti bersyukur. Menyesal mummy jadikan dia menantu," ujar Datin Salha. Ad hanya menggelengkan kepalanya.

"Dahlah tu. Takpe. Semua orang pernah buat kesilapan kan? Kita doakan je supaya Nurul dapat berubah. Semoga dia tak buat macam tu lagi dekat bakal suami dia," kata Adyan.

"Ad terlampau baik sangat. Bersyukur mummy dapat anak yang baik macam Ad," ujar Datin Salha kepada Adyan. Lelaki tersebut tersenyum manis ke arah Datin Salha.

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now