16

11.2K 476 70
                                    

Syed mencari kelibat isterinya. Dia baru sahaja pulang pada waktu itu. Entah mengapa dia berasa bersalah kerana menampar isterinya sendiri.

Dia tidak tahu apa yang dia rasakan tapi yang dia tahu yang dia berasa bersalah kerana berbuat demikian.

'Mana dia ni? Takkan dia dah keluar rumah pula? Ya Allah, Syed kau buat apa?'

Dia mengetuk pintu bilik isterinya sebanyak 3 kali namun tiada sahutan. Jantungnya sudah berdegup dengan sangat kencang.

'Kenapa takde sahutan? Dia ada dalam di dalam ke? Jangan je dia lari rumah.'

Syed memulas tombol pintu tersebut kerana tidak berkunci. Keadaan di dalam bilik tersebut gelap gelita. Dia menghidupkan suis lampu. Terlihat Nurul yang sedang tidur di sejadah bersama telekung yang masih belum ditanggalkan oleh gadis itu.

Sayu hati Syed dan perasaan bersalah di dalam hatinya semakin bertambah. Dia keliru dengan gadis itu. Sebenarnya dia baik ataupun jahat? Dia sengaja berlakon baik atau dia memang seorang yang baik? Dia keliru.

Bibirnya mengeluarkan keluhan. Kakinya melangkah menghampiri tubuh gadis itu secara perlahan-lahan. Syed mencakung melihat wajah isterinya yang lena dibuai mimpi.

Dalam tidak sedar bibirnya mengukirkan senyuman kecil. Kepala gadis itu diusap perlahan bersama senyuman kecil yang terukir di bibirnya.

"Aku minta maaf, Nurul. Aku minta maaf. Aku tak sengaja buat macam tu dekat kau. Sumpah aku tak sengaja. Aku cuma dah tak tahan dengan perangai kau yang kuat melawan dan kurang ajar." luah Syed dengan jujur. Pandangan sayu dihalakan ke arah Nurul.

"Aku minta maaf sangat-sangat. Aku pun tak tahu dengan perasaan aku. Aku keliru. Tapi aku minta maaf bukan bermaksud aku suka kau. Aku cuma rasa bersalah je." katanya lagi. Syed mencempung tubuh Nurul secara perlahan-lahan dan diletakkan di atas katil.

Gadis itu langsung tidak sedar. Syed berfikir mungkin tidurnya sangat lena sehinggakan dia tidak sedar. Syed merenung lama wajah isterinya dengan tatapan yang sukar ditafsirkan.

"Kau ni sebenarnya memang sengaja berlakon ke atau apa? Kau jahat ke baik? Aku pula yang pening. Haih. Aku harap orang upahan aku dapat cari maklumat tentang kes tempoh hari dengan cepat. Aku pun nak tahu kau bersalah atau tak." ujar Syed penuh berharap.

"Hmm."

Syed terkejut. Matanya dengan mata Nurul bertembung. Lama mereka dalam keadaan seperti itu.

"Kau buat apa dekat bilik aku?" soal Nurul dengan mamai. Rasa mengantuk masih belum hilang. Syed berdehem lalu mengusap belakang lehernya. Rasa kekok pada waktu itu berdua dengan isterinya sendiri.

"Takde buat apa pun. Aku salah bilik. Aku fikir ni bilik aku. Bila dah masuk baru aku sedar yang ni bilik kau bukan bilik aku," tipu Syed. Nurul memandangnya pelik. Takkan lah lelaki itu tak sedar yang bilik tersebut bukan biliknya? Mencurigakan je mamat ni.

"Yeke? Lepas tu yang kau berdiri dekat sini sebab apa pula? Sebab kau rabun? Tidur sambil berjalan? Apa lagi jawapan kau?" soal Nurul kepadanya. Syed terdiam. Otaknya ligat berfikir untuk menjawab soalan gadis tersebut.

'Mati. Itulah gatal sangat masuk bilik dia. Kan dah kena. Apa aku nak jawab ni? Otak tolong bagi kerjasama boleh tak? Waktu macam ni jugalah idea kau takde keluar. Bengap betul.' getus hati Syed.

"Kenapa kau diam?"

"Mana ada aku diam. Tak nampak ke aku tengah bercakap ni? Aku dekat sini pun sebab kau tadi hampir dari atas katil waktu aku masuk tadi. Lain kali kalau nak tidur tu jangan macam biawak yang berenang. Tak pasal-pasal nanti kau tercium lantai. Nasib baik aku sempat sambut kau tadi tahu tak?" kata Syed dengan serius dengan wajah yang dingin.

Nurul pula yang terdiam. Dia cuba mengingati. Dia bukannya tidur atas katil pun. Bukannya dia tertidur dekat sejadah lepas solat tadi ke?

"Bukannya aku tidur dekat situ ke?" kata Nurul lalu menunjukkan sejadahnya. Syed melihat ke arah tersebut seketika sebelum wajahnya dipalingkan.

"Kau merepek apa? Kau mimpi ke? Sejak bila pula kau tidur dekat situ? Bengap. Sah mamai. Baik kau pergi dulu semula. Aku nak keluar. Tak ingin aku nak duduk lama-lama dekat bilik kau ni," kata Syed dingin. Nurul menjelingnya tajam. Siapa suruh masuk dalam bilik aku? Ada aku suruh ke? Eh mamat ni..kecil besar je aku tengok.

"Keluar lah. Buat apa berdiri dekat situ lagi. Menyampah betul aku,"

"Apa-apa jelah. Ouh sorry aku terlupa. Aku nak minta maaf sebab tampar kau tadi. Okey? Aku keluar dulu,"

Syed terus melangkah keluar dari bilik Nurul manakala Nurul tercengang. Matanya tidak berkelip. Dia minta maaf macam tu je? Mamat ni memang nak kena baling kuali agaknya baru nak sedar.

"Ceh!! Dia minta maaf macam tu je? Tapi takpelah. Asalkan dia dah minta maaf pun dah cukup. Aku dah lama maafkan kau Syed. Jangan risau. Aku takkan simpan perasaan dendam dekat kau. Walaupun mulut aku cakap benci tapi aku tak boleh bencikan orang," ujar Nurul sendiri dengan senyuman hambar. Apa yang dia kata sememangnya betul. Dia memang jenis yang sukar membenci orang. Dia selalu memaafkan orang yang selalu berbuat salah dengannya. Baginya, semua manusia di muka bumi tiada yang lepas daripada membuat kesilapan.

"Aku akan buktikan dekat kau yang aku tak bersalah pun. Bukan aku yang perangkap kau. Tapi dia yang perangkap kau tahu tak? Tapi kau selalu pandang aku jahat. Sebab tu aku berlakon jadi jahat je. Cakap dengan kau asyik nak marah je. Semua benda aku buat pun semuanya salah. Tapi takpelah. Nanti kebenarannya akan terbongkar juga," kata Nurul lagi lalu kembali tidur.

Dalam Nurul tidak sedar. Syed masih setia berada di luar pintu biliknya. Lelaki itu terdiam mendengar setiap butir bicara yang keluar dari mulut Nurul.

"Dia? Siapa dia? Siapa yang Nurul maksudkan?"

Syed berfikir siapa yang dimaksudkan oleh gadis itu. Tapi dia tidak mahu percaya seratus peratus dengan Nurul. Mana tahu gadis itu cuma berlakon sahaja.

Dia kena cari bukti jika benar gadis itu tidak bersalah. Sedikit sebanyak kata-kata Nurul menyentuh hatinya.

"Aku pun tak tahu dengan perasaan aku. Hati aku katakan kau baik tapi otak kata kau cuma berlakon untuk mendapatkan harta aku. Aku minta maaf." kata Syed lalu menuju ke bilik tidurnya. Fikirannya merawang memikirkan tentang dia yang dimaksudkan oleh Nurul.

Dia kena cari tahu siapa orang tersebut. Lambat ataupun cepat itu belakang cerita. Dia mesti tahu siapa orang yang berani perangkap dia dengan Nurul.

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Onde histórias criam vida. Descubra agora