12

10.3K 488 22
                                    

Syed merebahkan tubuhnya di atas katil bersaiz King yang ada di dalam biliknya. Kepala diurut perlahan dengan mata yang terpejam.

Dia tidak menyangka bahawa dia sudah bergelar suami kepada seorang perempuan yang dia tidak kenal. Dia juga tidak tahu gadis itu baik ataupun tidak.

"Macam mana dia boleh kenal dengan aku? Macam mana dia boleh masuk ke dalam rumah aku huh? Atau dia dah rancang semua yang jadi ni dari awal?" gumam Syed perlahan. Mata dibuka lalu dia mengubah posisinya dengan duduk bersila di atas katil.

"Haih..kalau aku dapat tahu yang dia rancang semua ini. Aku takkan sesekali maafkan dia. Takkan! Aku akan buat dia hidup terseksa." tekad Syed dengan serius. Dia menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.








Nurul duduk bercakung di luar rumah milik Syed. Keadaan yang sunyi membuatkan dia menjadi takut. Matanya meliar melihat kawasan tersebut.

"Seram."

Nurul tidak berganjak dari tempatnya. Perutnya yang berbunyi dipegang bersama dengan keluhan di bibir.

"Ya Allah, laparnya. Aku nak makan apa ni?" katanya sendiri. Dia membuka beg silangnya lalu dompet dikeluarkan. Bibirnya tersenyum kecil melihat duit yang berjumlah 30 ringgit di dalam dompetnya.

"Dah cukup untuk beli makanan. Alhamdulillah." katanya dengan senyuman. Dia berdiri lalu membuka gate rumah untuk pergi membeli makanan.

Nurul menunggu teksi yang ada berhampiran di kawasan perumahan tersebut. Dia yakin pasti ada teksi yang masuk ke dalam kawasan tersebut.

"Tunggu jelah. Aku yakin pasti ada teksi yang masuk dekat sini. Takpe, tunggu jelah." ujar Nurul lalu menunggu teksi.

5 minit kemudian namun tetap tiada teksi yang masuk ke dalam kawasan tersebut. Bibirnya mengeluarkan keluhan.

"Lama lagi ke ada teksi ni? Aku dahlah lapar." keluhnya. Dia mengambil masa lagi untuk menunggu. 15 minit kemudian tapi tetap sama saja. Dia mengambil keputusan untuk masuk kembali ke dalam rumah Syed. Langkahnya yang lemah dan wajah yang mendung masuk ke dalam.

"Hmm..laparnya."

Nurul duduk bersila di depan pintu Syed. Badannya disandarkan pada pintu tersebut. Tangannya pula memegang perutnya yang lapar.

"Lapar. Takpelah Nurul. Kau tidur jelah. Nanti rasa lapar tu akan hilang." ujar Nurul lalu memejamkan matanya. Beberapa minit kemudian, dia sudah diulit mimpi dalam keadaan duduk.







Syed melangkah keluar dari bilik air. Lalu almari pakaian dihampiri dan memilih baju dan seluar lalu disarungkan ke tubuhnya. Dia mengeringkan rambutnya yang basah sebelum menuju turun ke tingkat bawah. Fikirannya memikirkan tentang Nurul yang berada di luar rumahnya.

"Dia buat apa sekarang eh? Dia dah berambus ke dari rumah aku? Lebih baik aku tengok dia dulu."

Syed menuju ke pintu hadapan lalu membuka pintu tersebut. Dia terkejut melihat Nurul yang tertidur. Gadis itu terjaga dari tidurnya apabila pintu tersebut dibuka oleh Syed.

"Ermm..eh?? Awak buat apa dekat sini? Dah lama ke awak dekat situ?" soal Nurul dalam keadaan yang mamai. Syed memandangnya dari atas hingga bawah.

"Aku ingatkan kau dah berambus dari rumah aku. Rupanya kau masih ada ek dekat sini? Kau memang tak malu ke?? Sampai sanggup tidur dekat sini?" kata Syed dengan senyuman sinis.

"Awak sendiri yang bawa saya ke rumah awak sebab awak nak tahu kalau saya yang rancang perangkap awak ataupun tak. Dan awak lupa ke yang saya ni kan memang nak harta awak je. Takkan senang macam tu je saya nak lepaskan peluang ni kan?" kata Nurul dengan senyuman senget. Syed memandangnya tajam.

"Perempuan murah! Aku akan pastikan kau menyesal! Kau ingat aku nak bagi ke harta aku dekat perempuan tak sedar diri macam awak ni? Kau ingat aku bodoh sangat?"

"Saya tahu saya perempuan murah. Tak sedar diri. Semua yang awak cakap tu semua betul dan takde yang salah. Kalau awak tak nak perempuan murah ni jadi isteri awak, baik awak ceraikan saya," balas Nurul dengan tenang. Syed semakin marah melihat Nurul seperti itu.

"Aku tak sangka pula perangai kau macam ni kan? Terdesak sangat nak duit sampai sanggup kena tangkap khalwat dengan aku? Memang takde rasa malu ke dalam diri kau sial?" marah Syed kepadanya. Nurul hanya beriak tenang. Sedikit pun dia tidak marah dengan apa yang dikatakan oleh Syed.

"Saya kan dah kata memang saya perempuan murah. Awak pernah dengar ke perempuan murah ada perasaan malu? Memang awak bodoh kan? Rupa dah kacak tapi bodoh pula," balas Nurul menambahkan lagi kemarahan Syed. Dia malas nak berkelakuan baik dengan orang yang masih tetap dengan pendiriannya dengan menuduhnya dan tidak percaya dengan apa yang dia katakan.

"Argh!! Kalau kau nak harta sangat!! Nak duit, aku boleh bagi kau lah! Tapi dengan syarat,"

"Syarat? Apa syarat dia?"

"Aku akan bagi kau duit berapa yang kau nak. Tapi kau kena berambus dalam hidup aku. Dan kedua, aku tak nak kau beritahu dekat orang lain yang kau tu isteri aku yang sah! Kau faham?" kata Syed kepada Nurul. Gadis itu terkesima. Matanya tidak berkelip memandang wajah Syed.

"Kenapa kau diam? Kau jangan risau. Kau cakap je kau nak berapa. Aku akan bagi kau," katanya lagi. Nurul tidak menjawab.

"Kau setuju tak?"

"Tapi awak sendiri yang kata yang awak nak cari tahu kalau saya bersalah ataupun tidak kan? Kenapa awak tiba-tiba nak buat syarat macam tu pula?" soal Nurul pelik. Syed mengukirkan senyuman senget. Dia menghampiri tubuh Nurul lalu wajahnya didekatkan dengan wajah gadis tersebut. Nurul menjauhkan sedikit wajahnya yang sangat dekat dengan wajah Syed.

"Memang aku yang cakap macam tu. Aku akan cari tahu kalau kau bersalah atau tak. Dan aku buat syarat macam tu pun kalau kau terbukti tak bersalah. Tapi kalau kau bersalah dan kau penyebabnya, aku akan pastikan kau menyesal sebab buat hidup dan ganggu aku. Tapi kalau kau tak bersalah, aku akan bagi kau berapa je kau nak dan kau boleh berambus dari hidup aku," balas Syed kepadanya. Nurul terdiam.

"Kau faham?"

"Faham,"

"Good. Tapi kau jangan lupa yang kau tak boleh beritahu dekat orang lain yang kau tu isteri aku yang sah. Kau tu cuma isteri atas kertas je! Jangan nak buat keputusan suka hati kau. Sedar diri sikit," ujar Syed. Nurul tergelak.

"Saya tahu semua tu. Awak tak perlu ingatkan saya banyak kali," balas Nurul malas. Syed mengganguk lalu menjauhkan wajahnya.

"Kau masuk. Tapi kau jangan nak berlagak macam rumah kau sendiri pula. Rumah ni bukan rumah kau," kata Syed. Nurul hanya mengendahkan saja kata-kata dari lelaki tersebut dan melangkah masuk ke dalam. Syed menutup pintu lalu mengikuti langkah Nurul dari arah belakang.

"Kau dengar sini. Mulai esok aku nak kau sign borang perjanjian kita berdua. Kau jangan degil pula tak nak sign, kalau kau tak nak aku buat sesuatu dekat kau. Kau faham tak?"

"Faham,"

"Okey. Kau boleh tidur dekat mana-mana je. Dekat lantai pun boleh. Lagi seronok kalau tidur atas lantai kan? Macam je kau tak biasa," kata Syed lalu tergelak sinis sebelum menuju ke tingkat atas.

Setelah kelibat lelaki tersebut sudah tiada. Nurul mengeluh panjang. Dia duduk di atas sofa yang empuk. Airmatanya bertakung hanya tunggu masa untuk pecah.

"Takpe. Kalau dia dah anggap diri kau murah, gila harta, kau tunjukkan je dan iyakan saja apa yang dia cakap. Takde guna kau jelaskan semuanya, Nurul. Kalau itu yang dia anggap dekat diri kau, kau buat je anggapan dia tu." kata Nurul dengan perlahan.

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now