19

11.1K 522 59
                                    

"Ya Allah, Nurul!!"

Nurul terkejut dengan kehadiran suaminya disitu. Dia tersengih sumbing melihat wajah sang suami. Nurul berdehem menghilangkan rasa janggal.

"Kau buat apa ni? Kenapa banyak sangat buih sabun ni? Kau main sabun eh?" kata Syed lalu mengecilkan matanya. Nurul menggaru keningnya dengan sengihan yang tidak hilang pada bibirnya.

"Erkk..mana ada main sabun. Sabun yang main aku. Bukan aku yang main sabun," balas Nurul lalu wajahnya dipalingkan daripada memandang wajah Syed. Seram!

"Kau fikir aku budak 1 tahun ke bangang? Agak-agaklah kalau kau nak tipu aku. Macam je aku ni bodoh sangat percaya dengan cakap kau yang tak masuk akal langsung tu," malas Syed. Dia melihat badan isterinya penuh dengan sabun dan basah kuyup. Kepalanya digelengkan berkali-kali.

"Aku tak suruh kau pun percaya cakap aku. Aku cakap je,"

"Ada je kan benda kau nak jawab? Tak reti nak diam ke mulut tu?"

"Sebab Allah ciptakan mulut ni untuk bercakap selagi tidak cacat. Bukannya jadi bisu,"

"Hah, melawan!! Melawan!! Aku cili juga mulut kau tu," ujar Syed. Nurul menjeling malas. Asyik nak ikut cakap dia je. Geram betul aku. Nasib baik kau tu masih bergelar suami aku. Kalau tak..dah lama aku maki. Sabar jelah Nurul. Nasib kau dapat suami macam dia.

"Siapa suruh kau main sabun ni?"

"Takde siapa pun yang suruh. Aku sendiri yang nak main,"

"Banyak benda boleh dibuat kot. Tapi main sabun juga yang kau nak. Gila ke apa?"

"Mana ada gila. Aku masih waras. Best kot main sabun. Kau taknak ikut sekali ke?"

Syed terus keluar dari bilik air tanpa berkata sepatah langsung. Nurul menggaru kepalanya. Dia berasa pelik dengan suaminya yang tidak berkata apa-apa sebelum keluar.

"Dia marah ke dekat aku? Tapi aku takde pula buat dia marah. Takde pula aku kacau barang dia. Aku cuma main sabun je. Buat belon guna sabun. Kan best tu," ujar Nurul lalu tergelak kecil. Dia menyambung semula aktivitinya tanpa memikirkan hal tersebut.

"Nurul!!"

Nurul terkejut. Akibat jeritan yang secara mengejut tersebut. Dia tergelincir lalu terjatuh di atas lantai. Dia mengerang kesakitan.

"Aduhh..aduh..sakitnya." adunya dengan airmata. Syed juga turut terkejut. Dengan langkah yang laju dia mendekati tubuh isterinya dengan wajah yang risau.

"Kau ni tak reti nak hati-hati ke? Kau tengok sekarang, kau dah jatuh," bebelnya memarahi Nurul. Nurul hanya membiarkan sahaja Syed membebel kerana sakit di pinggangnya tidak terkira. Begitu juga dengan kakinya. Dia merasa kakinya terseliuh pada waktu itu.

"Kau dengar tak aku cakap apa ni?"

"Sksksksksks...sakit..." adu Nurul dengan tangisan. Syed jatuh kasihan. Dia memegang kaki Nurul. Gadis itu mengerang kesakitan.

"Sakit sangat ke ni?" ujar Syed dengan lembut. Nurul mengangguk kepalanya dengan laju dengan linangan airmata.

"Dah. Kau janganlah nangis. Cengeng betul kau ni. Buruk tahu tak muka kau bila nangis," ujarnya lagi lalu mengesat airmata Nurul dengan lembut. Nurul masih setia mengalirkan airmatanya. Sakit yang dia rasakan tak terkira.

"Mestilah kena nangis!! Sakit tahu tak? Kau bukannya rasa pun. Aku yang rasa!!" geram Nurul dengan esakan. Syed tergelak kecil. Comel pula dia tengok gadis itu.

'Alahai..comel pula kau ni.' getus hati Syed.

"Yelah. Sakit sangat eh? Aku rasa kaki kau terseliuh ni,"

"Apa rasa-rasa? Memang terseliuh pun sengal!"

Akhirnya, terletus jua tawa Syed dengan gelagat isterinya yang mencuit hati. Nurul pula semakin geram.

"Kau ni. Orang tengah sakit kot. Kau boleh pula gelakkan aku," cebik Nurul semakin melebatkan tangisannya. Syed menghentikan tawanya.

"Yelah. Aku tak gelak. Kau janganlah nangis. Tak cantik," kata Syed lalu mencempung tubuh Nurul dengan pantas. Nurul tergamam. Dia menjadi malu. Bibirnya seakan terkunci.

Tubuh Nurul diletakkan di atas katil secara perlahan-lahan. Lalu Syed mengambil kotak kecemasan di dalam biliknya sebelum dia masuk kembali ke dalam bilik isterinya.

"Siapa suruh main sabun lagi. Macam budak-budak tahu tak? Nasib baik cuma terseliuh je. Cuba bayangkan kalau kaki kau patah. Menyesal seumur hidup nanti." bebelnya tidak berhenti. Nurul hanya mampu pasrah. Dah macam perempuan. Asyik membebel je. Syed mengurut perlahan kaki Nurul secara perlahan-lahan lalu menyapu ubat.

Nurul memerhati wajah suaminya yang sangat kacak. Bersih dan putih. Sangat hensem!! Bibirnya mengukirkan senyuman kecil.

'Hensem juga eh suami aku ni? Untung aku dapat khawin dengan dia kan? Eh..gatal pula kau eh.' desis hati Nurul.

Dia tergelak kecil secara tiba-tiba yang membuatkan Syed memandangnya pelik. Dah kenapa gelak secara tiba-tiba? Kena sampuk ke apa budak ni?

"Kau dah kenapa? Dah jadi sewel sebab jatuh tadi? Ke otak kau dah mereng sebab jatuh?" perli Syed kepada isterinya lalu menyambung mengurut kaki Nurul. Nurul menghentikan tawanya lalu berdehem.

"Mana ada. Salah ke kalau aku gelak? Suka hati akulah nak gelak. Kau sia——-auchh!! Sakitlah!!!"

Nurul mengadu kesakitan apabila suaminya menekankan dengan kuat tangannya pada tempat yang sakit di kakinya.

"Menjawab!! Menjawab!! Fikir baguslah tu melawan cakap suami,"

"Suami aku ke? Aku ni isteri kau ke? Aku kan cuma isteri kau di atas kertas je," balas Nurul sinis. Syed terdiam. Dia menyambung semula mengurut kaki Nurul dan setelah selesai dia berdiri dan melangkah keluar dari bilik tersebut tanpa mengeluarkan suara dan perkataan.

Nurul menundukkan kepalanya. Dia tahu dia bukannya isteri kepada lelaki tersebut. Isteri kepada suaminya sendiri. Dan dia juga tahu yang lelaki itu pasti tidak akan menganggap dirinya sebagai isterinya walaupun mereka sudah bergelar suami isteri yang sah.

Bibirnya mengeluarkan keluhan kecil. Bila agaknya dia mendapat kebahagian yang sebenarnya? Dia memang tidak layak untuk disayangi ke? Tak layak berbahagia seperti orang lain?

"Hmm..sedar diri kau tu. Kau cuma isteri dia atas kertas je. Dia tak anggap kau pun isteri dia apalagi sayang dekat kau. Dia cuma sayang dan cinta dekat kekasih hati dia je. Bukannya dekat kau," ujar Nurul dengan senyuman hambar. Dia melihat kakinya yang sudah berbalut. Bibirnya tersenyum kecil.

Dia tidak tahu sama ada lelaki itu suka ataupun tidak pada dirinya. Tapi dia sangat berharap semoga suaminya dapat menerimanya sebagai isteri yang sebenarnya. Dia akan menunggu waktu itu walaupun harus menunggu dalam masa yang lama.

"Kalau kita memang dah berjodoh, pasti akan ada indahnya pada waktu yang tepat. Kalau tidak berjodoh, aku terima dengan hati terbuka," kata Nurul lagi tanpa dia sedar Syed masih berada di luar biliknya. Bibir lelaki tersebut tersenyum sebelum dia melangkah masuk ke dalam biliknya.

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now