31

14.5K 489 48
                                    

Alvin menuju ke kampung halaman Nurul untuk mencari gadis itu. Dia tidak akan berhenti untuk mencari gadis itu sehingga dia menemuinya. Kerana dia sudah berjanji waktu mereka masih kecil yang dia akan sentiasa ada dengannya dan akan melindunginya.

Dia sudah menganggap gadis itu seperti adik kandungnya sendiri. Tipulah kalau dia tidak mempunyai perasaan suka terhadap gadis itu. Tapi dia sedar yang gadis itu tidak menyukainya kembali.

Alvin terus membuang perasaan tersebut dan menganggap dirinya seperti adik kandung. Itu sudah cukup membuatkan dia bahagia kerana dia dapat sentiasa bersama dengan gadis itu.

"Kau dekat mana? Aku harap kau dalam keadaan yang baik," gumam Alvin perlahan. Alvin sudah sampai di hadapan rumah kayu milik keluarga Nurul. Dia keluar dari perut keretanya tersebut.
Tangga ditujui lalu dia naik ke atas.

"Assalamualaikum, Nurul! Nurul!! Kau ada dekat dalam tak? Nurul!!"

Laung Alvin dari luar rumah tersebut. Dia berkali-kali memanggil nama Nurul namun tiada sahutan. Alvin meraup wajahnya dengan keluhan.

"Kau pergi mana baby girl?" soalnya sendiri. Hatinya tidak berasa tenang selagi gadis itu dia belum lihat di depan matanya sendiri.

"Eh..awak. Awak buat apa dekat sini?" soal Soffiyah dengan dengan beg pakaian di tangannya. Wajah gadis itu kelihatan pucat. Matanya juga turut sembab. Lama Alvin merenung wajahnya lalu matanya dihalakan pula ke arah beg pakaian gadis itu.

"Aku tengah cari Nurul. Kau ada nampak dia tak?" soal Alvin dingin. Dia jatuh kasihan melihat keadaan gadis itu.

"Selama kau bawa Nurul keluar dari kampung ni. Dia dah takde pulang kesini lagi," jawab Soffiyah jujur dengan ramah. Alvin mengganguk faham.

"Kau nak pergi mana pula dengan beg pakaian kau ni? Kau nak berpindah ke?" soal Alvin sekali lagi. Dan kali lagi Soffiyah terdiam lalu kepalanya ditundukkan.

"Erkk..takde apalah. Aku saje bawa beg pakaian ni sebab...."

"Sebab apa?" soal Alvin ingin tahu. Soffiyah tidak dapat meneruskan ayatnya. Hanya airmata saja yang mengalir. Alvin tersentak.

"Eh, kenapa kau menangis pula ni? Aku salah cakap ke?" soal Alvin pelik. Soffiyah tidak menjawab. Lelaki itu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Takpe, kita duduk dulu. Kau cerita dekat aku apa masalah kau," ujar Alvin lembut. Soffiyah mengganguk faham. Mereka berdua duduk pada kerusi yang ada. Soffiyah mengesat airmatanya dengan kepala yang ditundukkan.

"Sekarang kau cerita dekat aku apa masalah kau. Kau jangan risau, kau boleh percayakan aku," kata Alvin kepadanya. Soffiyah mengganguk lemah. Dia penat asyik menangis.

"Sebenarnya aku sekarang kena halau dengan ibu aku sendiri," jujur Soffiyah berkata dengan nada yang lemah. Alvin mengerutkan keningnya tanda tidak faham.

"Kenapa dia halau kau? Apa yang kau buat sampaikan kau kena halau dengan ibu kau sendiri?" soal Alvin lagi. Soffiyah menggengam kedua tangannya dengan erat sambil memejamkan mata.

"A-aku mengandung," jawab Soffiyah malu. Alvin terkejut. Lama dia tidak mengeluarkan suara. Soffiyah menjadi malu yang tidak terkata.

"Kau mengandung?" soalnya menginginkan kepastian sekali lagi. Perlahan-lahan Soffiyah menggangukkan kepalanya.

"Siapa ayah anak dalam kandungan kau tu? Takkan dia taknak bertanggungjawab atas apa yang dia buat dekat kau?" soal Alvin geram. Kalau dia dapat juga lelaki tu, dia akan kerjakan sampai mampus. Suka hati dia je buat anak dara orang macam tu.

"Aku tak tahu. Dia suruh aku gugurkan kandungan ni sebab dia taknak budak ni. Selepas kejadian itu dia dah lama tak muncul. Aku dah cuba cari tapi dia rupanya dah nak kahwin dengan orang lain. Aku cuma tempat hilangkan naf—-"

Soffiyah tidak dapat meneruskan ayatnya. Dia hanya mampu menangis dan menangis. Alvin mengeluh. Dia tidak suka melihat perempuan menangis.

"Hmm..takpelah. Aku faham. Kau tak payahlah nak menangis lagi. Benda dah pun jadi. Kau tak boleh putarkan masa semula. Takpe, kau janganlah sedih," ujar Alvin kepadanya lalu melemparkan senyuman kecil. Soffiyah tersenyum hambar. Mungkin itu adalah karma untuk dirinya.

"Terima kasih,"

"Sama-sama. Sekarang kau nak pergi mana?" soal Alvin ramah. Soffiyah menggelengkan kepalanya tanda dia tidak tahu.

"Aku tak tahu. Aku rasa aku nak cari kerja lepastu cari rumah sewa. Aku akan jaga anak aku sendiri. Aku taknak gugurkan anak aku sebab dia tak bersalah langsung dalam hal ni," kata Soffiyah. Alvin tersenyum kecil walaupun gadis itu jahat tapi dia masih ada hati yang baik di dalam dirinya.

"Kalau macam tu..kau ikut aku," kata Alvin mengajaknya. Soffiyah tidak menjawab. Dia menggelengkan kepalanya.

"Kenapa?"

"Aku taknak ikut kau sebab kau tak kenal aku sangat. Kau tak takut ke kalau aku sengaja berlakon dan kikis harta kau?" soal Soffiyah kepadanya. Alvin tergelak.

"Takde apalah. Aku yakin kau dah berubah. Kau tak macam dulu lagi,"

"Tapi—-"

"Haihh..kau ni kan. Banyak cakap tahu tak? Tak penat ke mulut kau asyik bercakap je? Aku yang penat mendengar," omel lelaki tersebut. Soffiyah menjadi malu dengan serta-merta dia menutup mulutnya.

"Kau dah makan tak?" soal Alvin. Soffiyah menggelengkan kepalanya. Dia sudah beberapa hari tidak makan sejak dia dihalau oleh ibunya. Dia tidur di tepi jalan sebab tiada tempat untuk dia berteduh. Hidupnya sangat terseksa.

"Kita pergi makan dulu. Lepastu, kita gerak,"

"Tapi..ak—-"

"Jangan risau. Aku tak jual kau pun," Alvin berkata seperti tahu apa yang berada di dalam fikirkan gadis itu. Soffiyah mengganguk perlahan. Beg pakaian. Soffiyah dimasukkan ke dalam kereta. Lalu mereka berdua masuk ke dalam perut kereta dan meninggalkan kawasan tersebut.











Adyan membuka pintu bilik yang berkunci. Keadaan dalam bilik itu sangat gelap. Suis lampu dihidupkan. Seorang gadis yang bertudung dan berwajah cantik ditenung dengan senyuman sinis.

Tangan dan kaki gadis itu digari dan sukar untuk dia melepaskan diri. Kaki Adyan melangkah dengan senyuman sinis.

Matanya dengan mata gadis itu bertembung. Adyan dapat melihat dari dalam anak mata gadis itu penuh dengan kebencian memandangnya.

"Hye, dear. Rindu aku tak?" soalnya dengan senyuman. Dia mengusap pipinya gadis itu namun gadis tersebut terus memalingkan wajahnya. Adyan tergelak kecil.

"Garang. Aku suka," katanya lagi.

"Kau jangan nak sentuh akulah!! Aku benci kau!!"

Jerit gadis itu dengan lantang. Adyan tergelak jahat. Kepalanya diusap oleh Adyan. Gadis itu tidak mampu berbuat apa-apa kerana tangan dan juga kakinya digari oleh lelaki tak guna tu!!

"Kenapa ni sayang? Janganlah benci aku. Aku kan sayang kau," ujar Adyan. Dia melihat ke arah wajah, tubuh gadis itu yang penuh dengan lebam. Adyan selalu menyeksa gadis itu kerana gadis itu asyik melawan dirinya.

"Aku benci kau!! AKU BENCI KAU ADYAN!!!"

Pangg!!!

"Aku tak suka orang tinggikan suara dekat aku, Zulaikha," kata Adyan dicelah gigi.

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now