30

15.8K 467 46
                                    

3 minggu berlalu...

Semenjak kejadian Nurul meninggalkan Syed. Lelaki itu jarang bercakap apalagi senyum. Terasa hidupnya tidak bermakna lagi apabila orang yang dia sayang telah pergi tinggalkan dia.

Hanya tinggal beberapa hari lagi hari perkhawinan dia dengan Fryceyla akan berlangsung. Syed hanya menurut sahaja tetapi hatinya masih tertulis nama Nurul. Dia juga tidak mampu berbuat apa-apa kerana Nurul tidak akan kembali lagi.

"You..baju ni cantik tak? Sesuai tak untuk i?" soal Fryceyla kepada bakal suaminya. Syed tersenyum kecil lalu mengganguk.

"Cantik," balas Syed kepada Fryceyla. Dia masih memikirkan Nurul. Dia tidak menyangka gadis itu akan pergi tinggalkan dia dan dia tidak sangka yang gadis itu mempunyai lelaki lain. Dan membuatkan hatinya bertambah sedih adalah gadis itu mengandungkan anak orang lain sewaktu bergelar isterinya.

Dia tidak menyangka semua itu. Syed sudah menerima kembali Fryceyla di dalam hidupnya. Mungkin jodohnya hanya dengan Fryceyla dan bukan dengan Nurul.

"Betul ke ni? I tak nampak gemuk ke?" kata Fryceyla risau dirinya terlihat nampak berisi. Syed tergelak mendengarnya.

"Tak kisahlah kalau you nampak gemuk sekalipun. I tetap khawin juga dengan you," balas Syed lalu mengusap kepala Fryceyla dengan senyuman yang kacak. Gadis itu tersenyum bahagia lalu tubuh Syed dipeluk dengan erat. Syed membalas pelukkan tersebut.

"I sayang tau dekat you. You jangan tinggalkan i,"

"I takkan tinggalkan you," balas Syed kepadanya. Fryceyla tersenyum gembira. Akhirnya, dia dan juga Syed akan bernikah tidak lama lagi tanpa ada penghalang.







Alvin masih berusaha menjejaki kedudukan Nurul yang hilang tanpa dijangka. Dan yang lebih mengejutkan adalah apabila dia membaca surat yang Syed berikan pada waktu dia menghilangkan diri.

Alvin meraup wajahnya. Kepalanya terasa pening. Dia tahu gadis itu bukan seperti yang Syed sangkakan. Pasti ada yang tidak kena.

Dia ada menyuruh Syed untuk memeriksa cctv yang ada di dalam rumah tersebut tetapi cctv tersebut sudah dirosakkan. Syed berfikir bahawa itu adalah daripada perbuatan dari Nurul tapi tidak bagi Alvin. Dia yakin ada seseorang yang masuk ke dalam rumah tersebut.

"Nurul, kau dekat mana sekarang? Kau okey ke? Aku risaukan kau." ujarnya sendiri dengan perlahan. Dia merehatkan dirinya yang kurang tidur sejak beberapa hari kerana sibuk mencari kedudukan Nurul.

Mata dipejamkan rapat lalu dibuka kembali. Dia mengambil kunci keretanya dan melangkah pergi untuk mencari Nurul di kampung.

"Lebih baik aku pergi ke kampung dia dulu. Mana tahu dia ada dekat sana," gumamnya lalu meloloskan diri dan keretanya meninggalkan kawasan rumah mewah tersebut.







Datin Salha berborak sesama sendiri dengan Datin Mirah manakala suami mereka pula sama seperti mereka. Masing-masing mempunyai topik yang hendak dibualkan.

Adyan dan Syed duduk di luar kawasan rumah keluarga Syed. Tidak lama lagi Syed akan bergelar suami sekali lagi.

"Bro, tak terasa kan? Kau dah nak khawin sekali lagi." kata Adyan lalu tergelak. Syed tersenyum nipis.

"Hmm. Aku pun tak sangka yang aku akan kahwin sekali lagi," balas Syed dengan senyuman hambar. Dia rindukan isterinya.

"Kau janganlah sedih. Kau lupakan jelah perempuan tu. Dia tak layak pun dengan kau. Kau je yang tak percaya cakap aku. Sekarang kau tengok? Dia dah ikut jantan lain," ujar Adyan kepadanya. Syed mengeluh panjang.

"Aku minta maaf sebab tak percayakan kau waktu tu. Aku minta maaf, Ad," ucap Syed berkali-kali. Adyan tersenyum kecil. Bahu rakannya ditepuk berkali-kali.

"Takde apalah. Sebagai kawan kau, aku kenalah jaga kau daripada dapat perempuan spesis macam dia tu. Kau kena lupakan dia,"

"Aku akan lupakan dia, Ad. Aku benci dekat dia. Aku menyesal anggap dia macam isteri aku. Dia sepatutnya layak jadi perempuan simpanan aku je," kata Syed dengan wajah yang sukar ditafsirkan. Adyan tersenyum penuh makna.

"Takpe, bro. Aku faham perasaan kau. Aku yakin kau boleh lupakan dia. Kau dah ada bidadari kau. Ceyla lagi baik daripada dia," kata Adyan. Syed mengganguk dengan senyuman.

"You!!!"

"Eh, kenapa ni?"

"Takde apa. I rindu dekat you je," balas Fryceyla dengan manja. Syed memeluk tubuh bakal isterinya.

"Manjanya. Rindu sangat ke ni?"

"Yup. I rindu sangat dekat you. You sibuk bercerita dengan Ad sampaikan you dah lupakan i," balas Fryceyla dengan wajah yang masam mencuka.

"Alalala, manjanya bakal bini aku ni. Sorry sayang,"

"Hmmm,"

"Syed, aku pergi dulu eh. Korang boraklah. Aku nak keluar kejap,"

"Kau nak pergi mana pula?"

"Aku ada urusan nak kena buat," balas Adyan. Syed mengganguk faham. Mata Adyan dan mata Fryceyla bertembung dan bibir mereka mengukirkan senyuman antara satu sama lain.

"Aku pergi dulu? Nanti kalau umi cari aku, cakap je aku keluar ada urusan nak kena buat,"

"Baiklah. Hati-hati bawa kereta tu. Jangan bawa laju sangat," pesan Syed lalu dibalas anggukan dari Adyan.

"Emmm....you..."

"Ye, sayang. Kenapa ni sayang?" soal Syed lembut kepada Fryceyla. Dia membelai rambut gadis itu. Fryceyla hanya membiarkan saja.

"I lapar. Nak makan,"

"Sayang lapar ke? Kenapa tak pergi makan dulu. Nanti masuk angin perutnya macam mana?" risau Syed kepada Fryceyla. Gadis itu mencebik. Dia melentokkan kepalanya pada dada Syed sambil tangannya memeluk erat tubuh lelaki tersebut.

"Macam mana i nak makan kalau bakal suami i takde dengan i. I nak makan sekali dengan bakal suami i, taknak makan seorang diri. Tapi dia tak perduli langsung pun dekat i," sayu Fryceyla berkata dengan wajah yang mendung.

Syed menjadi rasa bersalah. Dia mencium ubun-ubun Fryceyla. Rasa bersalah kerana membiarkan gadis itu bersendirian.

"Sorry, sayang. I tak tinggal sayang cuma tadi i borak sikit dengan Ad. Sorry," ucap Syed bersungguh-sungguh. Fryceyla mencebik.

"You tak sayang pun dekat i kan?"

"Ya Allah, i sayang dekat sayang. Kalau i tak sayang dekat sayang, i takkan buat keputusan untuk khawin dengan sayang," balas Syed kepada Fryceyla. Gadis itu tersenyum bahagia. Dia memandang wajah Syed dengan senyuman di bibir.

"Betul ni? You tak tipu i kan?"

"Tak sayang," balas Syed dengan senyuman. Fryceyla mengganguk. Pipi sebelah kanan Syed dikucup olehnya dengan senyuman.

"Sayang dekat you banyak-banyak,"

"I pun sayang dekat sayang," balas Syed. Fryceyla mengganguk.

"Kalau macam tu, jom kita makan. Sayang dah lapar kan?"

"Hmm..dah lapar," balas Fryceyla dengan wajah yang mendung. Syed mengusap kepalanya dengan lembut.

"Alala..kesian dia dah lapar. Jom, kita makan ye sayang,"

"You suapkan i!!"

"Yelah, i suapkan sayang,"

"Okey, jom!!"

Fryceyla meraih tangan Syed lalu digenggam. Mereka berdua malngkah masuk ke dalam untuk makan.

Fryceyla menyimpan senyuman yang bahagia di dalam hati. Lelaki sudah itu sudah kembali jatuh cinta dengannya.

'Syed milik aku. Cuma aku.'

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now