25

14.5K 537 229
                                    

"Nurul!!!"

Fryceyla tergamam. Suara tersebut membuatkan dia terdiam seribu bahasa. Perlahan-lahan kepalanya dipusingkan melihat ke arah suara tersebut. Air liur ditelan kasar.

Dia melihat ke arah tubuh Nurul sekilas. Kepala gadis itu mengeluarkan cecair merah sebelum dia menoleh kembali ke arah suara tersebut.

Syed mencerlungnya dengan pandangan maut. Fryceyla menjadi kecut perut. Dia mencari alasan untuk melarikan diri daripada kesalahan yang dia buat.

"Y-you..i..."

Syed terus menolak tubuh Fryceyla lalu mendekati tubuh isterinya. Sayu hatinya melihat Nurul yang sedang berlumuran darah. Dia meletakkan kepala Nurul di atas ribanya.

"Nurul, bangun. Nurul." kejutnya sambil menepuk-nepuk perlahan pipi gadis itu. Tetapi, gadis itu sudah tidak sedarkan diri. Fryceyla menjadi kalut.

Syed memandang Fryceyla tajam. Dia berdiri lalu satu tamparan yang kuat hinggap di pipi Fryceyla dengan wajah yang bengis.

Pang!!

"Kau buat apa ni??"

"I-i tak salah!! Dia yang salah!! Dia yang mula dulu!! I cuma nak pertahankan diri i je!!" dalih Fryceyla dengan wajah yang takut. Syed mencengkam pipi Fryceyla dengan kuat sehingga gadis itu mengadu kesakitan.

"Kau jangan fikir aku bodoh. Dah terang-terang kau cederakan dia tapi kau kata kau tak salah lagi?" marah Syed dicelah gigi. Gigi diketap kuat sambil matanya mencerlung tajam ke arah Fryceyla.

"Y-you..sakit..."

"Lagi sakit hati aku kau buat Nurul macam tu!!"

Pangg!!!

Satu lagi tamparan hinggap di pipi Fryceyla. Gadis itu memegang pipinya yang terasa kebas. Kemarahan Syed tidak dapat dibendung lagi. Suaranya yang sangat lantang dan kuat menarik perhatian orang ramai.

Datin Mirah dan suaminya terus menuju ke tempat mereka. Begitu juga dengan Adyan dan Siti Kasirah. Ramai mata yang memandang ke arah mereka.

"Sanggup you tampar i disebabkan perempuan tak guna tu!! I ni bakal isteri you!!!" marah Fryceyla kepadanya. Syed mencengkam leher Fryceyla dengan kuat. Gadis itu mencari oksigennya yang terasa ingin terputus.

"Dia isteri akulah!! Bukan perempuan tak guna!!!" kata Syed dengan keras. Fryceyla terbatuk-batuk sambil mencuba melepaskan cengkaman Syed.

Datin Mirah kalut mendekati mereka lalu meleraikan cengkaman anaknya. Syed melepaskan cengkaman tersebut dengan mata yang tajam.

"Syed!! Apa Syed buat ni?? Syed dah gila ke apa?" marah Datin Mirah lalu memeluk tubuh bakal menantunya. Gadis itu mencari nafasnya yang hampir putus.

"Yah!! Memang Syed dah gila!! Gila disebabkan perempuan tu!!"

"Apa Syed cakap ni? Dia bakal isteri Syed tahu tak? Apa nak jadi dengan Syed?" tengking Datin Mirah. Suami Datin Mirah menjadi malu dengan kekecohan  yang berlaku.

Syed tidak menjawab. Dia kembali mendekati isterinya yang tidak sedarkan diri. Dia kalah dengan egonya. Akhirnya, airmatanya jatuh setitik demi setitik.

"Maafkan aku, Nurul. Maafkan aku." ucapnya berkali-kali sambil mengucup ubun-ubun Nurul dengan lama. Ramai mata yang memandang ke arah Syed. Ramai yang berasa pelik siapa gadis yang bersama dengan lelaki itu.

Syed mencempung tubuh Nurul dengan penuh berhati-hati. Baru sahaja dia ingin melangkah pergi, Datin Mirah menghalangnya.

"Syed nak pergi mana? Majlis belum habis lagi."

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now