21

12.2K 506 122
                                    

Adyan tergelak sinis. Dia melihat gambar Nurul yang tersenyum manis. Tidak dia nafikan bahawa gadis itu sangat cantik.

Dia mengusap gambar tersebut berkali-kali bersama senyuman yang penuh bermakna. Gambar tersebut ditenung dengan penuh minat.

"Kau cantik sebenarnya. Cantik sangat. Tapi sayangnya kau tak secantik Zulaikha. Aku tak suka dekat kau. Aku benci sangat dekat kau. Kau faham tak? Aku benci sebab kau dah hancurkan kebahagian aku."

Adyan berkata dengan perasaan yang penuh dendam di lubuk hatinya. Dia sangat bencikan gadis itu sampai dia mati.

"Kalau aku masih belum dapatkan kebahagian aku. Aku takkan benarkan kau bahagia. Takkan!! Selagi kau hidup, aku akan buat kau terseksa."

Adyan tergelak jahat. Ruangan biliknya dipenuhi dengan gambar Nurul. Dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi empuk di dalam bilik tersebut.

"Game ni masih belum selesai. Aku masih belum puas nak bermain dengan kau." kata Adyan lalu berdiri dan melangkah keluar dari bilik tersebut.

Dia ingin berjumpa dengan seseorang. Seseorang tersebut dia letakkan di sebuah rumah yang agak jauh dari tempatnya.

Bibirnya tersenyum senget. Kunci kereta diambil lalu kereta ditujui. Dia meloloskan dirinya ke dalam kereta mewah miliknya dan melangkah pergi.








Nurul termenung di luar rumah milik Syed. Dia duduk di tepi kolam dengan kaki yang dimasukkan ke dalam kolam tersebut.

Nurul mendongak ke atas langit bersama senyuman hambar. Hidupnya penuh dengan dugaan yang Allah berikan. Tapi dia cuba untuk kuatkan diri hadapi semua dugaan tersebut.

"Ibu..ayah..Nurul rindu dekat korang berdua. Ayah dengan ibu apa khabar dekat sana? Ibu dan ayah sihat? Nurul sentiasa rasa yang ibu dan ayah ada dekat dengan Nurul." ujar Nurul seakan-akan kedua ibu bapanya masih hidup.

"Ibu..ayah. Korang nak tahu tak? Walaupun korang dah takde dekat dunia ni tapi Nurul sentiasa anggap ibu dan ayah masih hidup sebab korang berdua adalah semangat untuk Nurul teruskan hidup. Nurul kuat sebab korang berdua." katanya lagi lalu perlahan-lahan airmata mengalir.

"Nurul...esk..sayang..eskk..eskk..ibu..dan..esk..ayah."

Nurul menangis semahunya. Dari luaran dia nampak kuat tapi dalamannya dia sangat rapuh dan lemah.

"Nurul..."

Nurul tersentak. Dia menyeka airmatanya dengan laju lalu menarik nafas secara berkali-kali. Dia berdeham berkali-kali menghilangkan suara seraknya.

Syed datang menghampiri gadis itu. Dia berdiri di belakang Nurul. Syed memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya.

"Aku nak cakap sikit dengan kau."

"Nak cakap apa? Cakap je. Aku dengar," balas Nurul tidak mahu memandang suaminya kerana matanya masih sembab kerana menangis. Dia tidak mahu dipandang lemah.

"Aku nak cakap tapi kau kena tengok sini. Kau memang takde adab ke? Orang tengah bercakap pun kau masih menghadap sana," kata Syed kepadanya. Nurul tidak menjawab.

"Kau dengar tak ni? Aku tengah bercakap dengan kau kot,"

"Kau cakap jelah. Bukannya aku takde telinga nak dengar kau cakap. Kenapa kalau aku tak tengok muka kau, kau tak boleh nak bercakap ke? Boleh je pun kan? Cakap jelah," malas Nurul. Syed mendengus kasar.

"Kenapa kau tampar Ceyla siang tadi? Apa yang kau tak puashati dengan dia?" soal Syed ingin tahu. Nurul terdiam. Lelaki itu masih belum puas ke tampar dia?

"Kenapa kau nak tahu?"

"Sebab dia bakal isteri aku,"

Deng!!!

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now