24

12.7K 512 90
                                    

Syed mencari kelibat isterinya namun tiada. Matanya meliar di setiap kawasan hotel tersebut. Hatinya dilanda risau memikirkan gadis itu.

"Bro!! Kacak kau ek sekarang." puji rakannya iaitu Adyan. Dia adalah rakan kepada Adyan. Mereka berdua telah berkawan dari dulu lagi. Tetapi, Syed tidak mengetahui bahawa Nurul pernah menjadi isteri kepada Adyan kerana dia tidak sempat datang ke majlis perkhawinan lelaki itu kerana ada urusan yang sangat penting.

Syed juga tidak pernah berjumpa dengan Nurul sepanjang gadis itu berkhawin dengan Adyan kerana Adyan tidak pernah membawa gadis itu berjumpa dengan rakannya apalagi diajak keluar bersama.

Dia hanya menyuruh gadis itu duduk dirumah. Oleh sebab itulah Syed tidak mengetahui bahawa Nurul adalah bekas isteri kepada rakannya sendiri. Syed juga tahu yang Adyan sudah bercerai dengan Nurul tapi dia masih belum tahu apa punca lelaki itu bercerai dengan Nurul.

"Thank you, bro. Kau datang seorang ke? Ibu dan ayah kau mana?" soal Syed kepada Adyan tetapi matanya masih meliar di kawasan hotel.

"Mereka berdua tak dapat datang. Sorry," balas Adyan kepada Syed. Lelaki itu mengganguk faham.

"Takpelah. Aku faham. Kau dah ada dekat sini pun dah kira okey," balas Syed lalu mengukirkan senyuman nipis. Adyan membalas senyuman tersebut.

"Kau cari siapa? Dari tadi aku tengok kau macam risau je. Kau cari apa sebenarnya?" soal Adyan pelik. Lelaki itu seperti cacing kepanasan. Syed menggaru keningnya.

"Kau ada nampak tak perempuan pakai tudung, tinggi dia cuma atas bahu aku je. Dia putih dan agak sedikit kurus. Kau ada nampak tak? soalnya kepada Adyan. Adyan terdiam. Sepertinya dia tahu siapa yang dimaksudkan oleh Syed.

"Takde. Siapa tu? Awek kau eh?" soal Adyan lagi walaupun dia sudah tahu siapa orang tersebut. Syed terdiam. Takkan dia nak beritahu kepada Adyan orang yang dia cari adalah isteri dia yang sah sedangkan dia akan berkhawin dengan Fryceyla tidak lama lagi. Tambahan pula, waktu dia dan Nurul berkhawin pun orang luar tidak tahu. Hanya keluarga sahaja yang tahu.

"Takdelah. Bukan awek aku. Cuma aku ada benda nak cakap dengan dia,"

"Ouh..macam tu. Takde pula aku nampak," balas Adyan malas. Syed mengganguk faham.

'Haih..mana dia pergi ni? Aku dah pesan jangan pergi mana-mana. Dia ni kan degil betul. Siap kau nanti kalau aku jumpa kau. Tak reti nak dengar cakap aku.' getus hati Syed.

"Takpelah. Kalau macam tu, aku cari dia dulu. Kau pergilah makan. Aku nak cari dia sekejap,"

"Eh..tak payahlah. Kau temanlah aku. Aku tak biasalah,"

"Takpelah. Kau pergi je dulu eh? Aku nak cepat ni. Chau dulu,"

"Syed!! Syed!!"

Syed tidak menghiraukan Adyan. Lelaki tersebut mendengus geram.

"Erghh!!! Siall!!"





Nurul menangis di sebalik pokok. Dia duduk bercakung dengan tangisan yang lebat. Sakitnya sangat sakit. Dia tidak sanggup untuk teruskan hidup lagi.

"Kenapa hidup aku macam ni? Kenapa? Tak pernah puas ke mereka nak hancurkan hidup aku? Kenapa tak biarkan aku mati je?" soalnya dengan teresak-esak. Dia mengesat airmatanya jangan deras mengalir.

"Aku tak kuat. Sumpah aku tak kuat. Aku kalah. Aku tak sanggup nak teruskan lagi. Kalau dia nak hukum aku, hukum jelah. Aku dah tak nak ada kaitan dengan dia lagi," katanya pasrah. Dia sanggup terima apa saja yang Syed akan buat kepada dirinya.

Bukti yang ada pun sudah hilang. Tiada guna lagi. Dia sudah tidak mempunyai bukti untuk ditunjukkan kepada Syed dan juga keluarganya. Jika dia memberitahu hal yang sebenarnya pun meraka tetap tidak akan percaya.

Fryceyla mendekati Nurul dengan senyuman mengejek. Dia berdiri di sebelah Nurul lalu rambutnya disisipkan ke telinga.

"Ada orang menangis dekat sinilah. Kesian sangat dekat orang tu. Macam nak mati je aku tengok," perli Fryceyla dengan wajah yang sengaja dibuat wajah sayu. Nurul menghentikan tangisannya lalu mengangkat wajahnya memandang Fryceyla.

"Kau buat apa dekat sini? Kau pergilah jelah dekat buah hati kau! Kau buat apa dekat sini lagi?" kata Nurul mendatar. Fryceyla tergelak.

"Kesian sangat kan hidup kau? Takde siapa pun yang percayakan kau kan? Kesian sangat. Emm..aku rasa kan hidup kau memang ditakdirkan oleh Allah untuk mati je. Lebih baik kau pergi bunuh diri je. Hidup kau akan lebih tenang. Takde masalah," balas Fryceyla seakan-akan tidak waras. Nurul memandang tajam.

"Aku masih belum gila nak bunuh diri. Allah paling benci orang yang membunuh diri," balas Nurul.

"Lah..aku dah bagi kau cadangan kot supaya aku tak menderita kan? Tapi kau pula taknak. Takpelah, kau memang nak hidup menderita je kan?"

"Itu bukan urusan kau. Aku malas nak layan orang yang tak waras macam kau ni," kata Nurul lalu berura-ura ingin melangkah pergi namun tangannya ditahan oleh Fryceyla.

"Aku belum habis lagi dengan kau sial!! Kau jangan nak kurang ajar sangat dengan aku!!" tengking Fryceyla. Nurul mencuba untuk melepaskan cengkaman tersebut tetapi gagal. Cengkaman Fryceyla terlalu kuat.

"Kau nak apa lagi hah? Tak puas lagi ke kau hapuskan bukti yang aku ada? Tak puas lagi?" soal Nurul. Fryceyla tergelak.

"Yah, memang aku tak puas!!! Berani kau kan buat macam tu? Kau memang tak dengar cakap aku. Tapi takpe. Nasib baik aku sempat tolak kau dalam kolam," katanya lalu tergelak. Fryceyla ingin menjemput Syed pergi bersamanya ke hotel tapi dia bersembunyi di rumah Syed untuk mendengar perbualan mereka berdua. Dia terus mendekati Nur dan Syed apabila gadis itu hampir membocorkan rahsianya. Oleh sebab itu, dia terus menolak tubuh Nurul masuk ke dalam kolam bersama telefon bimbitnya agar rahsianya tidak terbongkar.

"Tapi aku masih belum puashati dengan kau sebab Syed sanggup marah aku disebabkan kau!! Kau buat apa dekat dia sampai dia sanggup bela kau eh?" marah Fryceyla dengan wajah yang bengis. Nurul membalas pandangan maut gadis itu.

"Aku takde buat apa-apalah dekat dia!! Kau tanyalah dekat dia sendiri!!"

"Kau jangan nak melawan!! Perempuan tak guna!!!"

Pangg!! Pangg!!!

Dua tamparan hinggap dipipi Nurul. Fryceyla tersenyum puas. Nurul mencerlungnya tajam. Dia menarik rambut Fryceyla dengan kuat sehingga gadis itu menjerit kesakitan.

"Arghh!! Sakitlah!! Lepaslah bodoh!!!!"

"Berani kau tampar aku? Aku memang dah lama sabar dengan kau!!"

"Arghhh!!! Sakit!!!"

Perut Nurul ditumbuk oleh Fryceyla sehingga gadis itu terdorong ke belakang. Nurul terjatuh. Fryceyla berasa marah.

Fryceyla menarik tubuh Nurul lalu menghantukkan kepala gadis itu pada pokok yang berdekatan disitu. Nurul mengerang kesakitan.

"Arghh!!"

Pangg!! Pang!!

"Arghh!!"

"Aku belum puas lagi perempuan sial!!" kata Fryceyla. Mata Nurul semakin layu. Pandangannya juga semakin kabur.

"Nurul!!!"

Apa jadi dengan Nurul??😱❤️❤️apapun kita jumpa lagi malam nanti okeyh!!

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now