38

23.9K 542 132
                                    

1 tahun kemudian...

Batu nisan seseorang diusap perlahan dengan senyuman hambar di bibir.

"Assalamualaikum. Apa khabar? Sihat?" kata orang tersebut sambil mengusap batu nisan itu dengan lembut.

"Tak sangka kan kau dah lama tinggalkan kami semua? Cepat je masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah masuk 1 tahun kau pergi," katanya lagi dengan senyuman hambar.

Alvin menghampirinya lalu memegang bahu untuk memberikan semangat untuk dia. Orang tersebut menoleh ke arahnya.

"Takpelah, kita kena redha dengan pemergian dia. Benda yang lepas jangan dikenang lagi," ujar Alvin dengan lembut. Orang tersebut mengganguk faham.

"Baiklah. Bini kau mana? Aku tak nampak dia pun," kata orang tersebut kepada Alvin.

"Dia ada dekat dalam kereta. Aku tak sampai hati nak kejut dia dari tidur. Dia tidur lena sangat. Maklumlah, tak lama lagi dia dah nak bersalin kan? Risau juga aku kalau dia terberanak dekat sini," ujar Alvin lalu tergelak. Syed turut tergelak bersamanya. Alahai..otak mamat ni memang sengal. Bini dia masih lama nak bersalin pun, dia kata dah nak bersalin. Ni kalau Soffiyah dengar memang nak kena luku agaknya.

"Untung lah kau tak lama lagi dah jadi ayah lagi," kata Syed kepadanya. Alvin tersenyum bangga. Dia mengangkat keningnya berkali-kali ke arah Syed.

"Mestilah. Tak sabar aku nak tunggu anak aku keluar," katanya walaupun dulu waktu Soffiyah mengandung anak luar nikah dan juga bukan anak kandungnya. Tetapi, dia sudah menganggap budak tersebut seperti anak kandungnya sendiri apabila sudah keluar.

"Ceh!!! Kau ingat aku cemburu ke?" cebik Syed walaupun dia memang cemburu kerana lelaki itu akan mendapat cahaya mata lagi. Dia pun nak juga. Sedih hidup.

"Pergilah buat anak!! HAHAHAHAHAH," kata Alvin lalu terkekeh-kekeh mentertawakan Syed. Suka dia melihat wajah masam mencuka lelaki tersebut.

"Bodoh ah kau!! Kau nak suruh aku buat dengan siapa? Hish!!" kata Syed lalu menumbuk bahu Alvin sedikit kuat. Alvin makin galak mentertawakan lelaki tersebut.

"Dahlah!! Aku malas nak layan kau ni. Menyampah pula aku. Kau fikir aku ada bi——"

"Amboiii..abang. Nak jadi bujang ke?" kata seorang gadis ke yang sedang menuju ke tempat mereka berdua.

Syed menelan air liur dengan kasar. Lalu dia melemparkan sengihan kepada gadis tersebut sambil menggosok lehernya.

"Erkk..sayang. Sayang dah lama ke dekat situ?" Soal Syed kepada Nurul. Nurul menyilangkan kedua tangan di dadanya. Wajahnya yang menahan marah dipandang dengan sengihan oleh Syed.

'Mampus aku,"

"Abang kata apa tadi? Ouh..nak mengaku bujang ek?" kata Nurul lalu memberikan cubitan maut pada pinggang, lengan lelaki tersebut. Syed mengadu kesakitan.

"Sayang..huaaa..janganlah cubit abang. Sakit tahu tak? Tengok lengan abang ni, habis dah merah-merah," adu Syed seperti budak kecil. Alvin membuat muka loya dengan sikap Syed yang terlebih manja.

"Ehh..kau!! Jangan nak mengada sangat dekat sini boleh tak? Geli aku," sampuk Alvin lalu membuat wajah geli. Syed menumbuk sekali lagi bahu lelaki tersebut.

"Suka hati akulah!! Bini aku. Kalau kau geli, tak payahlah tengok," geram Syed. Nurul tergelak. Dia memeluk tubuh Syed dengan erat.

"Betul tu. Dia cemburu dengan kita tu. Abang kan manja sangat dengan sayang," kata Nurul pula. Alvin hanya membuat muka menyampah dengan pasangan suami isteri tersebut.

"Ehh..layan korang berdua dekat sini, nak termuntah aku. Dahlah!! Aku nak chau!!"

Kata Alvin terus melangkah pergi. Nurul dan Syed tergelak. Nurul melihat kuburan kakak kandungnya, Siti Kasirah dengan tatapan yang sayu. Gadis itu sudah pergi meninggalkan dia selamanya.

Pelukkan dileraikan oleh Nurul. Dia mendekati kuburan tersebut dengan senyuman hambar. Batu nisan tersebut dikucup lama.

"Akak..Nurul datang ni. Akak apa khabar? Akak sihat? Akak..Nurul dah lama maafkan kesalahan akak dekat Nurul. Semoga akak tenang disana ye akak," katanya dengan sayu. Sekali lagi dia mengucup batu tersebut. Syed memeluk bahu isterinya.

"Semoga arwah tenang disana. Sayang janganlah sedih nanti abang ikut sedih sekali," ujar Syed kepada isterinya. Nurul mengganguk lemah.

Nurul masih belum mati. Waktu kejadian tersebut dimana dia terlantar di hospital. Semua itu adalah rancangan dari Alvin.

Dia yang merancang semua. Dia sengaja menyuruh Nurul berlakon mati agar Syed menyesal dengan perbuatannya. Dia mahu Syed rasa apa yang Nurul rasa sebelum ni.

Sebelum mereka bergerak ke hospital. Isterinya Soffiyah menghantar pesanan bahawa Nurul sudah sedar sepenuhnya. Dia memanjat syukur. Tetapi, rancangan tersebut terlintas di dalam fikirannya.

Dia menyuruh agar Nurul berlakon pura-pura mati. Dan apabila Syed melangkah keluar dari wad tersebut. Nurul terus membuka matanya. Hampir sahaja dia kehilangan nafas kerana dia berlakon menjadi mayat.

Dia sememangnya dapat menahan nafasnya selama beberapa minit. Dan waktu itu, bila Syed masuk kembali ke dalam wad tersebut, dia terkejut melihat Nurul sedang tersenyum manis ke arahnya. Hanya tuhan saja yang tahu betapa gembiranya dia pada waktu itu.

"Ibu Ad macam mana?" soal Nurul kepada suaminya. Mereka berpusing dan menziarahi kubur Adyan yang sedikit jauh dari kuburan Siti Kasirah.

"Ibu Ad macam tu jelah. Tapi sekarang dia dah boleh terima kenyataan yang Ad dah takde," balas Syed kepada isterinya. Nurul mengganguk faham. Datin Salha mendapat penyakit strok apabila mendapat berita mengenai anaknya, Adyan. Datin Salha mengambil masa yang lama untuk pulih seperti biasa. Dan wanita itu juga lama untuk menerima takdir Allah yang telah mengambil satu-satunya anak yang dia ada. Tetapi, dengan perlahan-lahan dia dapat menerima takdir tersebut dengan bantuan suaminya dan juga yang lain.

"Adyan..kami datang ni. Adyan apa khabar? Sihat? Adyan..kami dah lama maafkan salah Ad dekat kami. Kami tak berdendam pun dengan kau. Kami doakan semoga kau tenang disana," ujar Syed dengan tenang. Nurul mengganguk setuju.

"Betul tu. Kami dah lama maafkan kesalahan awak dekat kami. Dekat Zulaikha. Kami tak simpan dendam walau sikit pun dekat awak tau," kata Nurul. Syed tergelak melihat isterinya. Comel saja.

Nurul yang perasan suaminya asyik tersengih-sengih, terus memberikan satu cubitan lagi di lengan lelaki itu.

"Abang dah kenapa asyik tersengih macam orang gila?" malas Nurul. Syed mencubit pipi isterinya kerana terlalu geram. Nurul mencebik.

"Abang ni kan suka sangat cubit pipi sayang. Sakit tahu tak?" ujar Nurul lalu mengusap pipinya. Syed tidak kisah. Dia langsung tidak takut jika isterinya marah. Baginya, gadis itu kalau marah melihat comel dan bukannnya seram. HAHAHHAHAHAH.

"Dah, jom kita pulang. Mesti sayang dah penat kan?" ujar Syed kepada Nurul. Gadis itu mengganguk laju.

"Okey, kalau macam tu..kita pulang eh?"

"Okey, jom!! Eh..tapi Alvin dekat mana? Kereta dia dah takde pula,"

"Mungkin dia dah pulang dulu. Takpelah, biarkan je. Dia tak sabar lah tu nak bermanja dengan isteri dia," kata Syed lalu disambut gelakkan dari Nurul. Mereka berdua menuju ke tempat kereta Syed dan meloloskan diri ke dalam lalu meninggalkan kawasan tersebut.

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now