TAMAT

23.4K 623 103
                                    

"Mummy!!"

"Ya Allah, budak ni. Nurul!! Kenapa buat mummy terkejut macam tu? Haihh..geram je mummy dengan Nurul ni." ujar Datin Mirah kepada menantunya. Nurul tersengih. Dia menghidu masakkan mak mertuanya yang sangat menyelerakan.

"Wahh...mummy!! Sedapnya bau!!" katanya dengan teruja. Datin Mirah tergelak melihat menantunya. Wajah teruja gadis itu membuatkan hatinya berasa senang.

"Sedap ek? Takpe, Nurul duduk je dulu. Mummy nak siapkan dulu makannnya. Nanti dah siap, kita makan sama-sama," ujar Datin Mirah. Laju sahaja Nurul menggangukkan kepalanya.

Dia dan Datin Mirah sangat rapat. Kemana-mana Datin Mirah pergi, pasti dia akan membawa menantunya sekali.

"Syed mana? Mummy tak nampak pun." katanya.

"Ouh..dia keluar kejap nak jumpa Alvin. Katanya ada urusan sikit yang nak diselesaikan," balas Nurul. Datin Mirah mengganguk faham.

"Dah lama ke dia keluar?"

"Dalam 20 minit lepas macam tu. Kenapa mummy?"

"Takde pape. Mummy tanya je," kata Datin Mirah dengan senyuman. Dato Fikri yang baru masuk ke dalam bersama cucu pertama mereka menuju ke arah Datin Mirah dan Nurul.

"Cucu nenek dah balik."

"Nenek!! Rindu dekat nenek!!" kata seorang budak yang berusia 7 tahun itu kepada Datin Mirah. Nama yang diberi adalah Syed Aikal Bin Syed Arnizam.

"Alolo..kesian cucu nenek ni rindu dekat nenek. Takpe, ni Aikal mandi dulu nanti Aikal dah siap mandi, kita makan tau," kata Datin Mirah. Budak tersebut mengangguk laju lalu terus menuju ke bilik untuk membersihkan diri.

"Aih..abang. Baru keluar kejap dah penat," perli Datin Mirah kepada suaminya. Dato Fikri memejamkan matanya.

"Penatlah. Budak tu tak reti duduk diam. Abang tak boleh biarkan dia jalan seorang diri. Semua tempat dia nak pergi. Nasib je cucu kesayangan," ujar Dato Fikri lalu disambut gelakkan dari Nurul dan Datin Mirah.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam,"

Syed mengucup tangan kedua ibubapa. Nurul pula mengucup tangan suaminya yang baru saja ke rumah.

"Dah selesai urusan dengan Alvin?" soal Nurul kepada suaminya. Lelaki itu mengganguk.

"Dah selesai sayang," jawab Syed lalu mengucup dahi isterinya. Nurul hanya tersenyum sebagai balasan untuk suaminya.

"Hah..baguslah kalau macam tu. Sekarang..jom kita makan. Makanan dah siap ni," pelawa Datin Mirah.

"Aikal mana?"

"Aikal ada dekat atas tengah bersihkan diri. Kejap lagi dia turunlah tu," balas Datin Mirah bagi pihak Nurul. Syed mengganguk.

"Emm..mummy. Airiq suruh kita datang ke majlis kesyukuran sempena kelahiran anak dia yang pertama dengan Zulaikha minggu depan," ujar Syed.

"Minggu depan?"

"Yah..minggu depan. Dia suruh kita semua hadir majlis tu,"

"Ouh..boleh je. Nanti kita pergi sana,"

"Okey," balas Syed dengan senyuman. Nurul berselera sekali makan masakkan dari mak mertuanya.

"Amboii..sayang. Makan langsung tak bersuara ek?" perli Syed. Gadis itu tersedak. Dengan langkah yang laju dia memberikan segelas air untuk Nurul. Air tersebut diminum dengan rakus oleh Nurul.

"Abang ni!! Hish!! Geram betul sayang!!"

"Erkk..sorry sayang," balas Syed dengan wajah yang tidak bersalah. Datin Mirah dengan suaminya hanya menggeleng.

"Ayah!!!"

"Eh..anak ayah. Mari sini. Rindu ayah tak?" kata Syed kepada anaknya.

"Rindu!!"

"Alalala...manjanya anak ayah seorang ni," kata Syed lalu mengucup dahi, pipi anaknya berkali-kali. Mereka yang lain hanya mampu tersenyum.

Nurul tersenyum melihat kemesraan suaminya dan juga anaknya. Dia bersyukur kerana akhirnya dia dapat merasakan kebahagian yang sebenar.

Dulu dia tidak pernah merasa apa itu erti kasih sayang yang sebenar. Tetapi, disebabkan satu kejadian telah mengubah hidupnya sepenuhnya. Walaupun banyak rintangan yang dia hadapi, namun pada akhirnya dia dapat juga kebahagian yang dia ingini.

Bagi, Alvin dan Soffiyah mereka sudah mempunyai 3 cahaya mata. Dua lelaki dan seorang perempuan. Manakala bagi Airiq dan Zulaikha, mereka baru saja mendapat satu cahaya mata pada bulan lepas.

Bagi, Datin Salha dan juga suaminya. Mereka sudah berpindah ke tempat baru kerana rumah yang mereka duduki terlalu banyak kenangan bersama arwah anak mereka, Adyan Hafiz. Dan bagi Fryceyla pula, gadis itu sudah dimasukkan ke dalam rumah sakit jiwa kerana fikiran gadis itu sudah tidak waras lagi.

Nurul tersenyum bahagia. Kini, dia mempunyai keluarga kecil yang sangat berharga untuknya. Dan dia sangat menyayangi suami dan anaknya.

'I'm not a mistress. Aku isteri kepada Syed Arnizam yang sah. Dan bukan perempuan simpanannya. Jika dulu dia menganggap aku perempuan simpanan, kini dia anggap aku seperti intan berlian yang sangat dia sayangi.'

Syed dan Nurul berpandangan antara satu sama lain. Syed mendekatkan bibirnya pada telinga gadis tersebut lalu membisikkan sesuatu.

"I love you, my lovely wife."

Nurul tersipu-sipu malu. Dia mengukirkan senyuman manis.

"I love you too, my husband,"




-TAMAT-

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now