10

12.5K 481 48
                                    

Nurul sejak tadi hanya menundukkan kepalanya dengan wajah yang sedih. Alvin yang berada di sebelahnya tidak dihiraukan. Fikirannya serabut dan tidak dapat mengeluarkan sebarang suara.

Datin Mirah mencerlung tajam ke arah Nurul yang hanya berdiam diri saja. Wajah Nurul ditenung dengan penuh kebencian.

"Sumpah mummy! Syed tak kenal pun dengan perempuan ni! Sumpah demi Allah. Syed tak kenal dia pun." kata Syed bersungguh-sungguh. Dia dan juga Nurul sudah sah bergelar suami isteri.

"Takkan Syed tak kenal dia? Kalau Syed tak kenal dengan dia macam mana dia boleh ada dekat rumah Syed sendiri?" soal Datin Mirah menginginkan kepastian. Syed meraup wajahnya dengan kasar.

"Tak tahu. Syed pun tak tahu macam mana dia boleh masuk. Tolong percayakan Syed," ujar Syed seakan merayu. Suami Datin Mirah melihat ke arah Nurul.

"Nurul kan?" soal suami Datin Mirah yang bernama Dato Fikri kepadanya. Nurul mengangkat wajahnya lalu mengganguk.

"Macam mana Nurul boleh masuk dekat rumah Syed? Nurul kenal ke dengan dia?" soal Dato Fikri kepada Nurul.

"Sebenarnya..macam ni. Saya Alvin, abang kepada Nurul. Nurul tak kenal pun dekat anak Dato dan Datin. Semua yang berlaku ni bersebab," ujar Alvin dengan serius. Dia tidak mahu keluarga itu berfikir yang buruk terhadap Nurul. Walaupun dia agak sakit hati dengan kedegilan Nurul yang bertegas nak membantu Syed daripada diperangkap.

"Jadi kau la abang kepada dia ni. Macam mana adik kau boleh ada dekat rumah anak aku? Macam mana dia boleh masuk? Ataupun kau dengan adik kau ni memang dah rancang sesuatu dekat anak aku kan?" tuduh Datin Mirah melulu. Nurul lantas menggelengkan kepalanya.

"Tak..bukan macam tu. Saya takde niat pun nak buat perkara yang tak baik. Saya masih waras lagi nak buat dosa. Saya cuma nak selamatkan anak Datin," cantas Nurul jujur. Mereka semua memandang ke arahnya.

"Apa maksud kau nak selamatkan anak aku?"

"Saya terdengar perbualan mungkin teman wanita daripada anak Datin. Dia kata nak perangkap anak Datin untuk khawin dengan dia dalam masa yang terdekat. Tapi saya tak sangka semua yang terjadi terkena dekat diri saya sendiri," ujar Nurul dengan kesal. Syed menghampiri Nurul lalu pergelangan tangan gadis itu dicengkam kuat.

"Kau nak kata Fryceyla nak perangkap aku? Kau nak fitnah dia pula? Aku dah kenal dengan dia dah lama! Tapi kau? Aku langsung tak kenal dengan kau! Suka hati kau je kan nak fitnah dia!" marah Syed. Alvin lantas melepaskan cengkaman tangan Syed daripada Nurul. Dia menumbuk pipi Syed dengan sedikit kuat.

Buk!!

"Kau jangan berani nak sakitkan dia." kata Alvin lalu menarik Nurul bersembunyi di belakangnya. Syed memegang pipinya yang terasa kebas. Datin Mirah terkejut dengan perbuatan Alvin yang menumbuk anaknya.

"Berani kau sentuh anak aku??" marah Datin Mirah lalu menampar pipi Alvin. Nurul terkejut. Dato Fikri menarik tubuh isterinya agar menjauh dari Alvin.

"Dah. Jangan bergaduh!"

"Dia dah melampau! Dia tumbuk anak kita depan mata kita! Aku takkan duduk diam je!" kata Datin Mirah kepada suaminya. Matanya tajam melihat ke arah Nurul dan Alvin.

"Kau tak apa-apa ke?" soal Nurul dengan perasaan rasa bersalah yang bergunung. Dia menyesal kerana masuk campur dengan urusan orang lain. Kalaulah dia mendengar cakap Alvin supaya tak masuk campur dengan hal orang lain. Pasti yang semua berlaku pada waktu itu takkan terjadi.

"Aku tak apa-apa. Kau jangan risaulah," balas Alvin lalu menggosok kepala Nurul yang berlampikkan tudung.

"Eh, perempuan! Kau dengar sini eh? Aku takkan pernah anggap kau tu isteri aku! Kau dengar tak? Aku takkan pernah anggap kau isteri aku sampai aku mati! Kau tu cuma isteri atas kertas je!" marah Syed dengan lantang. Alvin mengepal penumbuk. Nak je dia tumbuk muka Syed hingga pecah.

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now