29

14.3K 476 129
                                    

Datin Mirah mendengus geram. Dia tidak dibenarkan keluar oleh suaminya untuk pergi ke rumah anak mereka.

"Aku nak pergi rumah Syed!! Abang jangan nak halang aku." kata Datin kepada Dato Fikri. Suaminya tidak menjawab.

"Abang!! Abang dengar tak? Aku nak pergi rumah Syed tahu tak! Anak kita kena ceraikan perempuan tak guna tu!!" katanya lagi. Dato Fikri mengurut kepalanya.

"Mirah, kau duduk jelah diam-diam dekat rumah. Anak kita dah besar. Biar jelah dia buat keputusan dia sendiri. Kita tak perlu masuk campur hal urusan rumah tangga dia," balas Dato Fikri menasihati isterinya yang suka masuk campur dalam urusan anak mereka. Dia sendiri pun tidak faham dengan sikap isterinya.

"Abang nak biar Syed buat keputusan sendiri? Abang tahu tak anak kita tu dah buat keputusan yang salah? Dia salah pilih pasangan dia!! Dan lagi satu, majlis perkhawinan dia dengan Ceyla akan berlangsung tak lama lagi. Nasib baik aku sempat selamatkan keadaan dengan memberitahu pihak luar yang perempuan tu cuma pembantu rumah je dan apa yang Syed cakap cuma untuk membuat prank untuk Ceyla waktu Syed kata yang perempuan tak guna tu isteri dia. Kalau tak kita yang malu tahu tak? Nanti kita juga yang disoal macam-macam oleh wartawan," marah Datin Mirah. Dato Fikir menggelengkan kepalanya berkali-kali. Pening dengan sikap isterinya. Boleh jadi gila agaknya kalau begini hari-hari.

"Mirah, lebih baik kita jangan je masuk campur. Biar Syed sendiri yang buat keputusan. Kita tak perlu nak masuk campur. Dahlah tu. Majlis tu kita batalkan je sebab Syed dah suka dekat isteri dia. Tak mungkin dia nak ceraikan Nurul," ujar Dato Fikir kepada isterinya. Datin Mirah menghentakkan beg di atas meja.

"Sebab tu aku kena pergi rumah Syed!!! Abang jangan nak halang aku. Dah, tepi!!" kata Datin Mirah lalu mengambil beg tangannya dan melangkah pergi. Dia menolak sedikit tubuh suaminya ke tepi.

"Mirah!! Ya Allah." Jerit Dato Fikri. Datin Mirah tidak memperdulikan suaminya. Dia terus melangkah keluar.

"Pak Samad, hantar aku pergi rumah Syed sekarang. Cepat!!"

"Baik, Datin," balas Pak Samad lalu membuka pintu untuknya. Datin Mirah terus meloloskan dirinya ke dalam.








Syed melihat cincin yang cantik dan berhuruf N dengan penuh minat. Dia ingin memberikan cincin tersebut kepada Nurul. Bibirnya mengukirkan senyuman kecil.

Syed dalam perjalanan pulang ke rumah mereka. Tidak sabar dia hendak memberikan cincin tersebut kepada Nurul.

"Tunggu abang datang. Kejap lagi abang sampai," kata Syed dengan hati yang gembira. Dia yakin pasti gadis itu akan menyukainya.

Kelajuan keretanya ditingkatkan. Dalam fikirannya cuma memikirkan Nurul saja. Dia sudah angau dengan isterinya sendiri.








Fryceyla terus meluru masuk ke dalam rumah Syed memandangkan dia mempunyai kunci rumah lelaki tersebut. Keadaan rumah tersebut sunyi.

"Syed!! Syed!!!"

Jeritnya dengan lantang di dalam rumah tersebut. Dia mencari Syed namun tidak jumpa. Matanya jatuh ke arah Nurul yang baru turun dari tingkat atas.

"Ceyla."

"Mana Syed? Suruh dia keluar!!" kata Fryceyla kepada Nurul. Tajam anak matanya melihat ke arah Nurul.

"Syed takde. Dia keluar. Aku pun tak tahu dia pergi mana sebab dia tak cakap pun nak pergi mana," jawab Nurul dengan jujur. Namun, gadis tersebut tetap tidak percaya dengan kata-katanya.

"Kau nak nak tipu akulah perempuan!! Kau sorok bakal suami aku dekat mana?" kata Fryceyla dengan kuat.

"Aku tak tipu pun. Aku tak sorok dia," balas Nurul mempertahankan dirinya. Fryceyla terus meluru menuju ke tingkat atas dan memeriksa semua bilik. Nurul mengekori langkah wanita itu dari belakang.

"Syed!! Syed!! Keluar!!"

"Dia takde. Dia keluar tadi,"

"Syed!!!"

"Dia takde dekat sini,"

Fryceyla tidak puas. Dia melangkah turun ke bawah. Dan Nurul setia mengikutinya dari belakang.

"Aku tahu bakal suami aku ada dekat sini. Kau sorok dia kan?"

"Aku tak soroklah!! Kau pergilah pulang!!! Cari tempat lain!!" balas Nurul lalu meraih tangan Fryceyla namun gadis itu terus menarik tangannya dengan kasar. Dan itu menyebabkan Nurul terjatuh terguling-guling di tangga.

"Arghhh!!!!"

Fryceyla terkejut. Tubuhnya tidak bergerak dan matanya tidak berkelip memandang wajah Nurul yang sedang berlumuran darah.

Gadis tersebut terus mendekati tubuh Nurul yang tidak sedarkan diri. Dia melihat ke arah cctv yang ada dirumah Syed. Fryceyla mencari alat lalu cctv tersebut dirosakkan agar kejadian tadi tidak terlihat oleh Syed.

Lalu gadis itu mencari akal agar kesalahannya tidak ketahuan. Dia mengambil kertas berserta pen lalu dia membuat sepucuk surat dan diletakkan di atas meja.

Bibirnya tersenyum senget. Tubuh Nurul yang tidak sedarkan diri dipandang dengan senyuman sinis. Dia mengangkat tubuh Nurul masuk ke dalam keretanya. Setelah selesai, dia membersihkan pula darah Nurul yang ada di lantai.

Setelah sudah memastikan semua bukti sudah tiada. Fryceyla terus melangkah pergi dari kawasan rumah tersebut bersama Nurul yang tidak sedarkan diri.







Syed telah tiba di rumah. Bibirnya tidak lekang dari senyuman yang bahagia. Pintu rumahnya dibuka namun tidak berkunci. Dia berasa tidak sedap hati namun perasaan tersebut dia tepis.

"Assalamualaikum, sayang. Abang dah balik." laungnya dengan gembira namun tiada sahutan. Dia menuju ke tingkat atas untuk mendapatkan isterinya namun tiada.

"Sayang, abang dah balik,"

Namun, tetap tiada sahutan. Syed menjadi kalut. Dia mencari kesemua tempat tetapi kelibat Nurul tetap tiada.

"Sayang!! Sayang!!"

Dia melihat ada sepucuk surat. Tangannya terketar-ketar membaca surat tersebut. Dibaca dengan teliti surat tersebut.

"Assalamualaikum, awak. Maafkan saya. Saya tak dapat nak teruskan hubungan ni. Saya tak suka pun dekat awak. Saya cuma nak kan harta awak je. Awak bodoh sebab mudah percayakan dengan lakonan aku. Aku sebenarnya tengah mengandungkan anak kepada lelaki yang aku cinta dan sudah semestinya lelaki itu bukan awak. Saya gembira sebab awak dah bagi harta awak separuh dekat saya. Kesian awak kan kena tipu hidup-hidup?"

Airmata Syed mengalir dengan laju. Hatinya berasa sakit kerana ditipu oleh Nurul. Dia jatuh terduduk dengan tangisan yang lebat.

"Arghh!!! Sampai hati kau buat aku macam ni, Nurul!! Sampai hati kau!!!"

Datin Mirah yang baru sampai terkejut melihat anaknya sedang menangis. Dengan langkah yang laju dia mendekati tubuh Syed dengan wajah yang risau.

"Syed, kenapa ni? Kenapa Syed menangis?"

"Mummy..."

"Kenapa Syed? Apa yang jadi?" soal Datin Mirah ingin tahu. Syed tidak menjawab, sebaliknya dia memberikan surat tersebut kepada ibunya. Datin Mirah membaca surat tersebut.

"Perempuan tak guna!! Berani dia buat Syed macam ni!!" marah Datin Mirah dengan lantang. Syed hanya mampu menangis. Datin Mirah memeluk tubuh anaknya.

"Takpe, Syed masih ada Ceyla. Biarkan je dia tu. Karma pasti akan datang dekat dia sebab buat Syed macam ni. Syed jangan sedih-sedih ye sayang," pujuk Datin Mirah. Entah mengapa dia berasa puas Nurul pergi meninggalkan Syed kerana memudahkan kerjanya untuk menyatukan Syed dengan Fryceyla.

Syed tidak mengganguk dan tidak menggeleng. Dia hanya menangis. Untuk pertama kalinya dia menangis untuk seorang perempuan.

'Sampai hati kau buat aku macam ni kan? Bila aku dah sayangkan kau sepenuh hati aku, kau pergi tinggalkan aku pula. Sampai hati kau, Nurul' getus hati Syed sayu.

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now